Punca Sebenar Kematian Mengejut Ibu Dalam Pantang Disisi Anak Kecil

punca ibu mati selepas bersalin

Punca Sebenar Kematian Mengejut Ibu Dalam Pantang Disisi Anak Kecil

Gugur juga air mata saya mendengar dan membaca kisah seorang guru yang dikatakan meninggal di sisi anak-anaknya yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa ketika suaminya keluar bekerja. Sedangkan cikgu itu masih dalam pantang.

Allahu…

Besarnya dugaan terpaksa berpantang sendirian. Kalau tahun-tahun lalu kita dengar kisah ramai wanita dalam pantang yang meroyan sampai membunuh bayinya dan hampir membunuh bayinya, kini kematian yang menyayatkan.

Guru tersebut dikatakan menjalani pembedahan semasa bersalin dan kematiannya berkaitan dengan paru-paru berair dan masalah jantung. Setakat ini saya belum dengar lagi punca kematian sebenar ibu ni, tapi kemungkinan besar kematian mengejut ini disebabkan oleh pulmonary embolism, iaitu darah beku dalam saluran darah di paru-paru. Biasanya darah beku ini datang dari bahagian kaki, yang dipanggil Deep Vein Thrombosis (Darah beku dalam saluran darah vena bahagian dalam) yang mana sangat berisiko kepada ibu mengandung dan lepas bersalin.

Tapi,

Pulmonary embolism adalah antara punca utama kematian ibu mengandung sehingga 6 minggu lepas bersalin. Kejadian ini, walaupun sangat jarang berlaku tapi bila ia terjadi boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Kebanyakkan kes hanya diketahui melalui post mortem sahaja, sebab tu adalah penting untuk kenali tanda-tanda awal gejala ini dan ambil langkah pencegahan.

punca ibu mati selepas bersalin

Kenapa Ibu Mengandungi Berisiko Tinggi Untuk Darah Beku

Semasa mengandung, darah ibu lebih pekat daripada biasa kerana perubahan fisiologi yang berlaku. Selain itu, bayi yang semakin membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama dalam badan ibu dan menyebabkan aliran darah kurang lancar.

Disebabkan darah yang mengalir dari kaki berlawanan dengan graviti, darah lebih lama berkumpul di kaki. Sekiranya kaki kurang digerakkan, darah itu terus berkumpul dan boleh membentuk darah beku.

Sekiranya darah beku ini cukup untuk menutup salur darah tersebut, ibu itu boleh mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan menyakitkan betis bila berjalan. Selalunya kalau hanya sebelah kaki saja yang bengkak, ibu itu suspek utama darah beku di kaki. Jadi, terus ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut walaupun tiada sakit.

Jika keadaan ini tak dirawat awal, darah beku itu boleh pecah bila-bila masa saja, dan jika darah beku itu menyumbat di paru-paru, ini akan menyebabkan pulmonary embolism.

Faktor Risiko Yang Meningkatkan Kejadian Pulmonary Embolism

Walaupun seseorang ibu itu tiada penyakit apa-apa, masih muda sebenarnya tetap ada risiko untuk mendapat pulmonary embolism, tapi risiko menjadi lebih tinggi apabila seseorang ibu tersebut ada faktor risiko ini:

1. Berusia lebih daripada 35 tahun

2. Sudah melahirkan anak lebih daripada 2 orang

3. Lumpuh atau tidak bergerak terus melebihi 3 hari

4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30. Untuk pengetahuan, BMI melebihi 23 termasuk dalam kategori berat berlebihan.

5. Menjalani pembedahan caeserean atau apa-apa pembedahan sepanjang tempoh mengandung atau lepas bersalin.

6. Menaiki penerbangan jarak jauh – lebih daripada 4 jam.

7. Mengalami masalah kurang air atau dehidrasi.

8. Sejarah darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu.

9. Tumpah darah semasa bersalin, iaitu melebihi 1 liter.

10. Dimasukkan (transfusi) darah semasa mengandung atau selepas bersalin.

11. Menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah pekat seperti antiphospholipid syndrome, protein S deficiency dan thrombophilia.

12. Kandungan kembar

13. Menghidap penyakit kencing manis atau kolesterol tinggi sebelum mengandung, lagi-lagi kalau gula tak terkawal.

14. Merokok

15. Pengambilan ubat yang boleh meningkatkan darah beku. Contohnya kemoterapi atau terapi hormon.

Tanda-Tanda Pulmonary Embolism

Pulmonary embolism ni dia macam strok atau serangan jantung. Maksudnya berlaku secara tiba-tiba dan susah nak ramal bila dia akan berlaku dan berlaku kepada siapa. Tapi, tanda yang paling ketara yang meningkatkan risiko berlakunya pulmonary embolism ini ialah bengkak kaki.

Jadi, jika tiba-tiba bengkak kaki dan sebelah saja, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Baik rasa sakit atau tidak. Kalau tak bengkak pun, jika berjalan rasa sakit di betis, lebih baik jangan abaikan.

Ada juga yang kakinya jadi kemerahan dan berasa panas. Ini mungkin tanda-tanda darah beku di kaki.

Apabila pulmonary embolism menyerang, seseorang itu akan mengalami tanda-tanda di bawah:

1. Sesak nafas dan rasa semput

2. Sakit dada

3. Jantung berdegup laju

4. Batuk berdarah

5. Mungkin boleh rasa pening, loya, nak pitam

Sebenarnya tak perlu tunggu 5 tanda ni timbul, asal wanita itu mengandung, atau baru bersalin dalam tempoh 6 minggu, segeralah ke hospital jika kaki tiba-tiba bengkak atau sakit.

Cara Untuk Mencegah Darah Beku Semasa Mengandung

Saya tahu, ramai dah wanita yang risau kan? Dah takut nak mengandung? Seorang pakar O&G pernah cakap, mengandung tu umpama naik kenderaan di jalan sempit, yang berliku menaiki bukit. Maksudnya walaupun seorang wanita itu sihat, bila dia mengandung, kehidupan dia terus jadi berisiko.

Tapi, jangan risau sebab in sha Allah ada cara untuk kita elakkan masalah ini. Namun, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Jangan lupa berdoa supaya Allah sentiasa lindungi ibu dan bayi.

Semua ibu mengandung dan berpantang boleh ikut panduan ini:

1. Amalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan, tanya doktor atau misi yang jaga ibu-ibu apakah senaman yang sesuai untuk dibuat semasa mengandung. Jalankan kehidupan yang aktif. Kalau selalu penat, nak rehat je, nak melepek saja, kena buat sesuatu. Tapi, bukanlah bermaksud kena buat kerja berat, cuma kena maintain aktif.

2. Minum air dengan banyak atau jumlah yang sepatutnya. Mungkin sehari dalam 2-3 liter, bergantung kepada aktiviti dan cuaca.

3. Kalau perlu duduk dalam jangka masa yang lama, contohnya bekerja di ofis ataupun dalam penerbangan melebihi 4 jam. Stretch kaki atau lunjurkan kaki setiap 20-30 minit. Kemudian, bangun berjalan-jalan kurang lebih setiap 2-3 jam.

Kalau perlu berdiri lama, sentiasa gerakkan kaki ataupun hujung jari kaki.

Kecuali kalau memang ibu dinasihatkan untuk berehat saja, mungkin ada masalah kesihatan tertentu. Boleh pakai TED stoking, iaitu stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku dikaki, tinggikan kaki lapik dengan bantal (jika boleh) dan sentiasa gerakkan hujung jari.

4. Sentiasa mematuhi jadual temujanji dengan doktor dan misi.

5. Berhenti merokok dan pandai kawal stress.

Sementara itu, jika ibu selepas bersalin sama ada bersalin biasa atau pembedahan. Jika berdaya, cuba berjalan secepat mungkin. Kagum sangat dengan wanita di Sabah ni. Lepas bersalin, boleh terus berjalan sendiri dari dewan bersalin ke wad.

Jika perlu rehat selepas pembedahan terutamanya, sila pakai stoking khas anda. Dan boleh juga urut kaki perlahan-lahan untuk membantu peredaran darah.

Ibu juga mungkin memerlukan ubat untuk cairkan darah. Kalau bersalin di hospital kerajaan, memang ibu yang bersalin secara caeserean akan dibekalkan dengan ubat cair darah, heparin.

Pemakanan Yang Mungkin Boleh Bantu Cegah Darah Beku

Biasanya, untuk ibu yang berisiko tinggi, doktor akan bagi aspirin sepanjang mengandung, selalunya dalam dos yang rendah. Aspirin adalah ubat cair darah yang mengandungi salicylate. Salicylate ni lah yang dipercayai boleh mencairkan darah. Salicylate ni sebenarnya didapati daripada tumbuhan.

Antara tumbuhan yang mengandungi salicylate ialah:

  • Aprikot, oren, blackberry, nanas, blackcurrrant, plum, blueberry, prun, raspberry, strawberry, anggur.
  • Herba dan rempah termasuklah kari, paprika, kunyit, halia, peppermint, gingko.

Makanan yang kaya dengan vitamin E dan asid lemak omega-3 kerana kedua-duanya bersifat mencairkan darah.

Makanan lain yang boleh mengurangkan darah beku termasuklah makan yang kaya dengan vitamin C.

Tapi saya sangat rekemen ibu-ibu mengandung untuk amalkan set mengandung Shaklee, yang boleh diamalkan selepas bersalin, sesuai untuk ibu menyusu dan sesuai untuk diamalkan untuk jangka masa panjang.

Sebab vitamin Shaklee dibuktikan boleh meningkatkan kesihatan dan tak merosakkan organ seperti buah pinggang atau hati.

Bagaimana pun, jika ibu sudah disahkan ada darah beku di kaki, sila lah berbincang dengan doktor yang merawat sebelum makan apa-apa suplemen atau apa-apa rawatan alternatif.

set bersalin paling murah

 

Untuk maklumat lanjut Set Postnatal/ Set Bersalin boleh klik sini Set Bersalin Pilihan Ibu.

Vitamin ini hanya cadangan sahaja untuk ibu mengandung, bersalin dan menyusukan bayi, bukannya untuk merawat apa-apa penyakit.

Jika berminat nak dapatkan vitamin ni, boleh whatsapp saya di 012 621 1883 atau boleh isi borang di bawah,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *