Punca Kembung Perut Orang Dewasa Dan Cara Mengatasi

punca kembung perut orang dewasa

Punca Kembung Perut Orang Dewasa Dan Cara Mengatasi

Setiap kali Doktor X buat lokum, mesti ada orang dewasa yang datang ke klinik kerana sakit perut. Tapi lepas ditanya rupanya bukanlah sakit, tapi lebih kepada rasa tak selesa dan rasa perut penuh. Ataupun kita panggil sebagai kembung perut. Tambah-tambah lagi tidak berkentut sepanjang hari

Kembung perut boleh disebabkan oleh banyak sebab. Bermula daripada sebab paling ringan iaitu pergerakan usus yang semakin perlahan apabila usia meningkat, tersalah makan atau tidak sesuai dengan laktosa dan yang berat iaitu kanser.

Untuk entry ini kita bincangkan pasal kembung perut yang biasa-biasa sajalah, walaupun saya tahu tentu ramai yang risau kembung perut sebab kanser kan? Tapi, kembung perut disebabkan kanser disertai oleh tanda-tanda lain dan bukan kembung perut semata-mata, kecuali jika anda ada sejarah keluarga yang mempunyai kanser, jadi mungkin anda berisiko.

punca kembung perut orang dewasa

Sebab-sebab biasa kembung perut dan cara mengatasinya.

1. Terlebih makan
Mungkin ini adalah sebab yang paling utama. Maklumlah dah jumpa makanan kegemaran, jadi mesti kena makan 3 pinggan. Cara untuk elakkan ialah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

2. Makanan yang tinggi lemak.
Lemak mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna berbanding karbohidrat dan protein. Jadi perut akan berasa penuh dalam jangkamasa yang lama. Jadi, perlu kurangkan makanan berlemak dalam diet harian.

3. Makan terlalu laju
Alahai, kalau dah sibuk nak kejar masa makan pun tak boleh pelan-pelan. Rasulullah dah beri panduan supaya kita mengunyah makanan sebanyak 44 kali. Pakar juga percaya makan secara perlahan-lahan boleh mengurangkan risiko terlebih makan

4. Pergerakan usus perlahan
Apabila usia meningkat, otot usus dan perut hilang keanjalannya dan juga fungsi pencernaan akan merosot. Tempoh pencernaan makanan mengambil masa yang lama menyebabkan makanan berada dalam perut dalam tempoh yang lama dan menyebabkan kembung.

Kurangkan gas dalam usus

Gas dalam usus juga boleh menjadi penyebab kembung perut. Separuh daripada gas ini adalah udara luar yang ditelan. Separuh lagi adalah daripada tindakan bakteria dalam usus yang membantu proses pencernaan. Jika gas ini tidak dikeluakan dengan betul, maka terjadilah kembung perut dan tidak selesa.

Udara mungkin boleh masuk dalam perut melalui aktiviti di bawah:

1. Minum dengan penyedut minuman.

2. Mengunyah gula-gula getah.

3. Banyak minum minuman bergas.

4. Makan gula-gula seperti lolipop atau candy.

Ada juga orang yang cenderung menelan banyak udara ketika gemuruh atau gelisah. Jadi kalau anda ada masalah begini, perlu belajar cara mengawal tekanan dan kurangkan gelisah. Contohnya teknik pernafasan dan belajar untuk relaks.

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan kembung perut

1. Kekacang dan kacang merah
Kekacang mempunyai gula yang tidak dicerna di perut iaitu oligosakarida dan akan dicerna di usus oleh bakteria pencernaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi gula dan kanji yang menghasilkan gas di dalam perut.

Contohnya kubis, kubis bunga, lobak merah, prun dan aprikot.

3. Pemanis makanan seperti sorbitol dan fruktosa yang ditambah dalam makanan yang diproses sukar untuk dihadam dan mungkin boleh menghasilkan gas dalam perut.

4. Produk tenusu perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tidak serasi dengan laktosa.

5. Bijirin penuh pula walaupun dikatakan bermanfaat untuk kesihatan namun mungkin boleh menyebabkan kembung perut kerana kandungan serat yang tidak boleh dihadam.

Bila perlu jumpa doktor

Kebanyakan kembung perut boleh disembuhkan sendiri di rumah. Tapi jika masalah berterusan atau disertai dengan simptom-simptom lain lebih baik mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Ok, nanti saya akan buat entry apakah simptom-simptom yang boleh mengaitkan masalah kembung perut dengan kanser. In sha Allah.

Jika ada sebarang persoalan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya:

Fyda Noh : 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *