Pilihan Vitamin Terbaik Untuk Ibu Pertama Kali Mengandung Hadapi Tempoh Kehamilan Yang Mencabar

tanda mengandung kali pertama

Pilihan Vitamin Terbaik Untuk Ibu Pertama Kali Mengandung Hadapi Tempoh Kehamilan Yang Mencabar

Selepas 1 pasangan melangsungkan perkahwinan, pasti impian mereka untuk memiliki cahaya mata untuk mengeratkan lagi kasih-sayang antara keduanya. Namun begitu, dalam kegembiraan itu ada terselit juga pelbagai persoalan terutamanya di benak sang isteri kerana dialah yang akan menanggung lagi 1 nyawa di dalam dirinya.

Cetek dengan pengalaman, dah tentu banyak persoalan yang perlu dirungkai.

Antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu hamil, terutama yang baru kali pertama ialah:

1. Apakah cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil?

2. Adakah saya perlu mengubah diet saya apabila hamil?

3. Bagaimana mendapat bekalan nutrisi sepanjang kehamilan?

4. Mengapa doktor memberikan vitamin untuk ibu hamil?

5. Apakah vitamin terbaik untuk saya dan bayi saya?

Semua persoalan anda akan saya jawab dengan panjang lebar nanti. Jika anda perlukan personal consultation atau sesi T&C (tender & care), dengan rendah hati saya mempelawa anda untuk hubungi saya.

tanda mengandung kali pertama

Cabaran Ibu Hamil Yang Perlu Jaga 2 Nyawa

9 bulan adalah tempoh yang cukup lama, hampir-hampir mencecah setahun. Sampai kini sukar untuk dipercayai wanita telah memikul berat bayi dalam tempoh yang begitu lama dalam perutnya, sudah tentu cabarannya sangat besar. Disamping perlu jaga kesihatan bayi, kesihatan dirinya juga sangat penting.

Cabaran ini mungkin berbeza antara setiap ibu, jadi elakkan menghakimi orang lain yang mungkin kesannya lebih besar dan teruk daripada seseorang yang lain.

Antara cabaran yang dihadapi ialah :

  • Morning sickness
  • Alahan teruk
  • Tiada selera makan
  • Anemia
  • Keletihan, rasa malas
  • Sakit belakang
  • Sembelit
  • Kejang kaki
  • Kaki bengkak, sehingga boleh sampai ke bahagian bawah badan
  • Buasir
  • Sakit ulu hati atau perut sering masuk angin
  • Tekanan darah tinggi dan berisiko untuk sawan jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik.
  • Sukar tidur
  • Sakit bahagian tulang belakang
  • Sakit payudara
  • Jangkitan kulat pada vagina
  • Vena varikos atau salur darah bahagian kaki mengembang

Begitu banyak kan cabaran ibu mengandung. Jadi, wajarlah Allah mengangkat darjat ibu 3 kali lebih tinggi daripada darjat bapa untuk anak-anak. Kebanyakan wanita mengandung memang mengalami masalah di atas, namun bergantung sama ada berat atau ringan dan jika mengganggu aktiviti harian, mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan. Namun, jangan risau kerana biasanya simptom di atas akan berakhir dengan meningkatnya usia kandungan, rehat secukupnya, dengan pemakanan yang baik dan sokongan daripada suami dan keluarga.

Nutrisi Yang Penting Untuk Kebaikan Ibu Mengandung Dan Bayinya

Seorang ibu hamil secara amnya perlu makan bijiran dan sayuran hijau dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi keperluan asid folik. Selain itu, karbohidrat dan protein juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga.

Kekurangan zat besi pula menyebabkan ibu hamil mendapat masalah anemia, yang jika tidak dibendung akan memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi semasa mengandung dan risiko tumpah darah semasa kelahiran. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu dan bayi pada masa hadapan.

Bagaimana mendapat nutrisi secukupnya semasa hamil?

Setiap orang sepatutnya mengamalkan makanan seimbang setiap hari, bukan ketika mengandung sahaja. Pakar pemakanan telah mencadangkan makanan  berikut untuk ibu hamil dan didapati memenuhi keperluan zat ibu dan bayi yang dikandungnya.

  • Telur – mengandungi 12 vitamin dan mineral penting, serta protein yang penting untuk pertumbuhan janin.
  • Ikan laut dalam (mackerel, salmon, ikan kod) – Kaya dengan omega 3 yang amat diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan otak. Jika mahukan anak yang pintar dan genius, inilah masanya untuk dapatkan DHA banyak-banyak
  • Kekacang – Kekacang yang kaya protein dan fiber mengelakkan masalah system pencernaan seperti sembelit dan angina.
  • Sayuran hijau – Bukan sahaja mengandungi pelbagai vitamin, malahan sayuran hijau mengandungi fiber yang tinggi untuk melancarkan sistem penghadaman.

Kenapa Perlu Makan Vitamin Atau Makanan Tambahan Semasa Mengandung

Bila ibu mengandung dan mendaftar kandungan di klinik, pasti dibekalkan dengan vitamin. Bergantung kepada klinik, mungkin ibu dapat sebiji pil sahaja atau dapat banyak.

Kenapa tiba-tiba nak kena makan semua ni? Sebelum ni tak ada pun.

Bila ibu mengandung, keperluan nutrisi atau zat makanan semakin meningkat. Ada beberapa zat makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang tinggi untuk memastikan bayi membesar dengan baik.

Semua ini sepatutnya didapati dalam diet harian, tapi sayangnya banyak makanan kita yang sudah kurang zat. Dan juga daripada aktiviti penyediaan makanan itu sendiri, zat daripada makanan turut berkurang. Jadi, untuk membantu melengkapkan zat makanan ibu hamil, doktor telah membekalkan ibu-ibu dengan vitamin antenatal yang diperlukan oleh ibu mengandung.

Namun, ramai ibu mengadu tidak boleh makan vitamin-vitamin tersebut kerana:

  • Bau yang kuat dan tidak menyenangkan
  • Pewarna yang kuat
  • Menyebabkan sembelit
  • Sering pening atau loya selepas makan vitamin

Bukan sedikit yang mengadu mengalami masalah ini, dan ada yang tidak makan vitamin langsung. Masalah utama yang dirisaukan ialah anemia, iaitu kekurangan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan ibu dan kepada bayi. Apalagi ramai wanita di Malaysia mengalami kekurangan zat besi. Apabila hemoglobin rendah sangat, sehingga menyebabkan simptom anemia, ada kemungkinan ibu memerlukan transfusi darah

Rahsia saya atasi anemia dan sembelit semasa hamil

Sejak zaman anak dara lagi saya sering mengalami masalah sembelit sehingga menyebabkan saya mengalami masalah angin. Apabila saya berjumpa seorang tukang urut, dia menjelaskan bahawa usus melintang saya terlalu panjang, sehingga mengendur sebab itu pergerakan usus saya sedikit lambat sehingga menyebabkan masalah sembelit. Tak tahulah betul ke tidak, tapi macam logik juga kan?

Apabila saya mengandung, memang lagi teruklah sembelit sampaikan perut masuk angin. Setiap hari agaknya kepala pening kerana perut masuk angin. Dan saya juga turut mengalami masalah untuk menelan suplemen terutamanya B-Complex kerana bau yang kuat.

Jadinya saya memang culas juga makan vitamin walaupun masa tu saya sudah amalkan Set Hamil Shaklee. Akhirnya apabila kandungan mencecah 30 minggu, Hb saya jatuh dibawah 10. Apabila, terpaksalah saya tahan juga makan vitamin dengan konsisten. Nasib baik keadaan saya tidaklah serius seperti Sis Aya Chalo ni. Sampai keluar masuk hospital.

Vitamin Shaklee yang saya amalkan ialah

1. Vitalea with iron

2. B Complex with folic acid

3. Sustained Released Vitamin C

4. Ostematrix

5. Omega Guard

6. Energizing Soy Protein

Set ini mengambil masa lebih kurang 3-4 untuk habis. Awal-awal memang saya sendiri rasa mahal juga, tapi bila dah guna memang sangat berbaloi sebab tahan lama dan produk semulajadi pula tu. Apa lagi dengan menjadi ahli, memang boleh dapat dengan harga lagi murah. Dan juga vitamin ini boleh diteruskan selepas bersalin dan untuk masa hadapan.

elakkan tekanan darah tinggi semasa bersalin

Fungsi setiap vitamin

Vitalea with iron

Mukltivitamin dan mineral lengkap untuk membantu melengkapkan nutrisi dalam makanan ibu yang mungkin hilang semasa proses membasuh, memasak dan penyimpanan. Semasa mengandung, memang penting sangat untuk dapatkan zat makanan secukupnya untuk keperluan ibu dan bayi.

Disamping itu, kandungan zat besi yang mudah diserap membantu untuk meningkatkan paras Hb ibu. Yang penting, pil ini tidak berbau dan tidak menyebabkan sembelit.

Zat besi boleh menyebabkan sembelit dan menyeksakan ibu hamil.

B Complex with Acid Folic

Asid folik memang elok diambil sebaik sahaja ibu merancang untuk mengandung atau sekurang-kurangnya pada peringkat awal kehamilan kerana asid folik membantu pembentukan saraf bayi dan mengelakkan spina bifida.

Sementara vitamin B, terutamanya vitamin B12 membantu untuk membina sel darah merah dan mengelakkan anemia.

Sustained Released vitamin C

Vitamin C membantu penyerapan zat besi, jadi pengambilan vitamin C secukupnya penting untuk mengelakkan anemia akibat kekurangan zat besi.

Disamping itu, vitamin C juga meningkatkan sistem imun ibu dan mengelakkan jangkitan.
Keistimewaan vitamin C Shaklee adalah ia dibebaskan secara berperingkat mengikut keperluan tubuh. Jadi, paras vitamin C sentiasa maintain dalam darah.

Ostematrix

Sumber kalsium untuk ibu hamil kerana meningkatnya keperluan untuk dikongsi dengan bayi.
Selain itu, ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium boleh melembutkan najis dan magnesium yang mengawal pengecutan otot mencegah ibu hamil daripada sembelit.

Ostematrix juga dilengkapkan dengan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan mengelakkan terjadinya penyakit batu karang

Disamping itu, Ostematrix juga membantu mengurangkan simptom kejang kaki yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Omega Guard

Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang dilengkapi dengan 7 jenis asid lemak perlu untuk perkembangan otak bayi.

Omega juga boleh bantu masalah sembelit.

ESP

Sumber protein untuk keperluan ibu dan bayi serta menjadi sumber tenaga tambahan untuk ibu, terutamanya ibu yang bekerja. Mengandungi kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Ibu dapat membantu membina sel baru yang lebih baik dan sihat.

Harga Set Hamil Shaklee

Vitalea with Iron Formula – RM93.75 (120 biji)
B Complex with Acid Folic – RM58.75 (120 biji)
Sustained Release Vitamin C- RM97.50 (180 biji)
Ostematrix – RM61.25 (120 biji)
Omega Guard – RM136.25 (90 biji)
ESP – RM161.25 (850 gram)

Jadi, 1 set premium ini berharga RM608, tapi jika anda join ahli dah tentu akan dapat harga yang lebih murah.

Jangan tunggu lagi untuk dapatkan Set Hamil Premium ini sebab memang jimat kerana boleh diambil selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi. Terutamanya ibu-ibu yang selalu letih, Hb tak pandai naik, sembelit dan kejang kaki. Memang sangat disarankan.

Waktu mengandung sepatutnya jadi waktu yang mengujakan, bukannya asyik nak baring saja sebab keletihan. Masa inilah nak rasa seronoknya bayi bergerak dalam perut. Sebab itu ibu perlu cergas, tak maulah terlepek je.

Ibu boleh hubungi saya sekarang untuk menempah Set Mengandung yang mesti diamalkan oleh semua ibu mengandung.

Wasap saya sekarang – Fyda www.wasap.my/60126211883

Atau isi borang di bawah dan saya akan hubungi ibu dengan segera.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *