Petua Cepat Sembuhkan Luka Bersalin, Dah Kena Balik Kerja Walau Baru Sebulan Berpantang

luka bersalin cepat sembuh

Petua Cepat Sembuhkan Luka Bersalin, Dah Kena Balik Kerja Walau Baru Sebulan Berpantang

Orang tu baru lepas beranak kott… My God..

Susah nak percaya bila ada orang sebulan lepas beranak dah kena balik bekerja. Betul-betul tak boleh bayang. Wanita tu dahla baru lepas mengandung selama 9 bulan. Melahirkan anak menyabung nyawa. Tapi tak dapat rehat betul-betul untuk pulihkan badan.

Bersalin anak bukan macam salin baju. Bukak, campak-campak je. Sebulan tu, ada yang luka belum sembuh. Dah kena buat kerja pula. Ada yang hormon belum stabil elok. Masih teringat-teringat lagi kat anak yang menyusu badan.

Tapi, ibu yang sangat kuat ni terima tu sebagai lumrah kehidupan. Dah kita kerja dengan orang, kenalah ikut peraturan orang. Tapi yang dirisaukan luka tak berapa nak sembuh lagi. Nak bekerja pun tak selesa sebab susah nak jalan.

Jom saya kongsikan pengalaman berpantang saya dan luka pun cepat sembuh.

luka bersalin cepat sembuh

Apa perlu dilakukan sebaik sahaja ibu lepas bersalin?

Ibu yang bersalin kehilangan banyak darah semasa proses bersalin, jadi berpantang tidak boleh dibuat main-main. Saya dengar banyak rungutan daripada bidan, wanita-wanita Melayu makin lupa dan ambil mudah cara berpantang nenek moyang. Semua nak ekspress. Betul kita makin sibuk, tapi badan kita pun lama nak guna. Kalau sakit nanti, kita juga yang susah.

Jadi, ibu perlu pastikan mendapat rehat yang cukup untuk kembalikan semula tenaga yang hilang.

Rahim yang sudah 9 bulan mengembang perlu kembali kepada saiz asal sebelum mengandung dengan kadar yang cepat untuk elakkan pendarahan yang banyak atau tumpah darah. Banyak kecedaran dalaman yang kita tak nampak. Jadi, ibu perlu dapatkan pemakanan berkhasiat dengan nutrisi yang cukup supaya proses pemulihan luka luaran dan dalaman berlaku dengan baik dan lancar.

Secara logiknya memang ibu lepas bersalin masih perlukan vitamin atau suplemen sama seperti semasa mengandung. Walaupun dah bersalin, teruskan saja vitamin yang diambil masa mengandung tu.

Selain daripada vitamin yang diberi di klinik, banyak lagi vitamin-vitamin dipasaran dengan kualiti yang lebih baik tapi perlu melabur sedikit duit lah. Antara pilihan vitamin yang terbaik ialah set berpantang Shaklee.

Kenapa saya sangat puas hati dan cadangkan Set Berpantang Shaklee kepada semua ibu-ibu di Malaysia.

1. Luka cepat sembuh

Pengalaman saya lahirkan kedua-dua anak memang koyakan agak besar. Bukan salah saya. Semasa anak pertama, perineum tidak disokong dengan baik. Doktor perempuan, kecil pula tu. Mungkin tak berapa kuat tekanan pada perineum sebab jalan terbuka dengan sangat cepat. Masa cek di PAC baru 6cm, tapi bila masuk labor room terus baby dah nak keluar. Tu yang mereka tak sempat nak guard betul-betul.

Anak kedua pula sama juga, masuk labor room dah 10cm dan kepala anak pun nak keluar dah. Tapi, dok sibuk nak suruh mengengsot ke bawah nak bagi tangan betul-betul pegang pemegang katil tu. Bila dah angkat punggung, memanglah koyak besar. Kalau baby dah nak keluar, mana nak tahan-tahan lagi.Tapi, tak apa la. Itu namanya pengalaman. Alhamdulillah, mak dan anak selamat dan sihat.

Tapi, saya perasan walaupun luka agar besar tapi dalam seminggu dua tu dah kering dah dalam sebulan lebih dah selesa nak berjalan macam biasa.

Tapi yang penting dan paling penting dan merisaukan ibu dalam pantang ialah nak buang air besar takut luka terbuka. Tapi tak terjadi pada saya walaupun ada juga tempoh sembelit masa anak pertama.

2. Elakkan anemia

Masa bersalin, seorang ibu kehilangan sekurang-kurangnya 200-500mls, yang turut membawa bersama zat besi. Kalau kurang zat besi tu hemoglobin (Hb) pun berkurang. Jadi pengangkutan oksigen ke sel badan tak berlaku dengan baik. Tu yang boleh jadi pucat, pitam dan letih lesu.

Jadi, suplemen zat besi sangat-sangat diperlukan untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang masa bersalin

3. Mengekalkan atau memberi tenaga

Syukur sangat sebab perjalanan bersalin saya mungkin antara yang mudah. Untuk kedua-dua anak,walaupun sakit mula terasa dalam beberapa jam sebelum bersalin tapi sakit yang betul-betul sakit nak bersalin tu mungkin kurang setengah jam. Proses meneran pun macam tak guna tenaga yang banyak sangat.

Tapi saya sendiri pernah saksikan ibu-ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunggu jalan terbuka sepenuhnya. Untuk menahan sakit tu, dah gunakan banyak tenaga. Bila dah sampai waktu meneran, ada yang fail sebab dah habis tenaga. Hingga terpaksa dibedah pula.

Lepas bersalin, tenaga ni perlu dipulihkan dengan cepat, sebab lepas bersalin masih banyak tanggungjawab terhadap baby yang perlu dipenuhi. Paling utama, susukan baby yang biasanya berjaga malam hingga memaksa ibu turut berjaga.

4. Bantu kawal stress

Saya berpantang kat rumah mak kat kampung. Kat rumah tu, mak, ayah dan adik lelaki yang masih sekolah je tinggal. Jadi, memang kena manja lah orang berpantang ni. Semua yang diminta insha Allah dipenuhi. Risiko nak stress memang sangat-sangat rendah.

Tapi akibat perubahan hormon, tak sikit ibu dalam pantang yang mengalami tekanan sampai tahap gila meroyan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa kekurangan vitamin B boleh meningkatkan risiko stress dalam kalangan ibu dalam pantang.

5. Kurangkan sembelit

Ini antara mimpi ngeri ibu lepas bersalin. Sama ada bersalin biasa atau secara pembedahan czer. Nak buang air besar tu memang bercinta la. Masa saya bersalin anak pertama, memang takut sangat nak pergi tandas sebab luka agak besar. Sampai 10 hari tahan. Last sekali misi marah dan dia bagi tips untuk mudahkan aktiviti di bilik air.

Tapi boleh dibuat di tandas cangkung saja, iaitu duduk bersipuh di birai toilet bowl. In sha Allah memang mudah sangat.

6. Susu badan meriah.

Memang sangat diharapkan oleh semua ibu kerana meraka tahu apa yang terbaik untuk baby. Alhamdulillah, saya dah susukan anak pertama lebih 2 tahun dan bakal grad anak kedua bulan 12 nanti. Walaupun anak kedua saya agak culas memerah susu, tapi alhamdulillah, bekalan susu tetap banyak.

7. Kurang rambut gugur.

Orang tua-tua kata, bila bayi dah start menyembur air liur tu, rambut ibu mula gugur. Sejauh mana kebenaran kata orang tua tu saya tak taula, tapi yang saya tahu salah 1 sebab rambut gugur ialah kurang zat makanan, terutamanya zink dan protein.

Pengalaman saya berpantang dengan Shaklee

Saya rasa tak ada masalah sangat berpantang kecuali part yang luka agak besar itulah. Tapi dalam masa kurang lebih seminggu tu dah ok sebabnya anak sulung saya lahir 3 Mei 2015. Apa peristiwa bersejarah bulan Mei? Masa tu kan mengundi, PRU ke-13 kan pada 5 Mei. Saya pun ikut mengundi. Memang diberi keistimewaan lah, tak perlu beratur tapi masa tu saya berjalan saja macam biasa sebab wheelchair semua digunakan. Sampai ada kawan ternampak, hairan dia tanya “Betul ke baru lepas bersalin? Nampak cergas dan laju lagi jalan”

Anak kedua pula jaundis sampai kena masuk wad 2 kali. Mula-mula sebaik sahaja lepas bersalin, iaitu kurang 24 jam. Doktor suspek ABO incompatibility sebab saya berdarah O dan suami darah jenis AB. Ibu-ibu yang berdarah O dan pasangannya darah jenis lain, anak mereka berisiko untuk dapat kuning sebab darah tak serasi, tapi tak semestinya kenalah. Cuma risiko lebih tinggi.

Untuk kali kedua, kuning selepas beberapa hari. Saya syak sebab kurang menyusu sebab kakaknya pun sibuk nak menyusu lagi. Mula-mula sedih ingatkan susu tak banyak. Tapi, bila masuk wad saja dengan baby, terpaksa perah sebab cepat sangat penuh. Rupanya, susu dihabiskan oleh si kakak.

Alhamdulillah, sampai sekarang baby dah umur 7 bulan, kedua-duanya masih menjadi penghisap susu momy yang tegar dan susu masih banyak. Boleh lagi pam untuk baby.

set berpantang murah

Macam mana pula pengalaman berpantang korang?

Jomla share-share.

Ini adalah set berpantang yang saya amalkan. Sebenarnya saya start makan dengan konsisten selepas bersalin anak pertama dan teruskan makan juga walaupun tak mengandung. Dan saya rasa badan lebih cergas dan sihat selepas amalkan vitamin.

Lepas bersalin, memang kena cepat-cepat pulihkan badan kita. Sebab ada baby yang perlu diuruskan. Apa lagi kalau berpantang sendiri, nak kena uruskan ahli keluarga lain pula. Tapi pastikan dalam 2 minggu pertama ada orang jaga anda juga ya..

Kalau berminat nak dapatkan set pantang ni boleh whatsapp Fyda di 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Atau klik gambar di bawah untuk buat pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *