Pesakit Endometriosis Perlu Elakkan Perkara Yang Dicadangkan Oleh Pakar Sakit Puan. No.2 Paling Ramai Orang Buat

cara merawat endometriosis

Pesakit Endometriosis Perlu Elakkan Perkara Yang Dicadangkan Oleh Pakar Sakit Puan. No.2 Paling Ramai Orang Buat

Untuk wanita yang normal, setiap bulan akan ada darah haid mengalir dari faraj keluar. Sebaliknya, wanita yang mengalami masalah endometriosis, darah haid bukan saja keluar dari araj tapi boleh bertaburan dalam perut dan disekitar rahim, di ovari dan saluran fallopian.

Darah haid bersifat toksik dan boleh merosakkan sel telur wanita itu sendiri dan sel telur suaminya. Mungkin ini menyebabkan masalah sukar hamil dan masalah senggugut yang teruk pula.

cara merawat endometriosis

Penyebab Endometrosis Mungkin Boleh Dielakkan

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, namun beberapa teori yang ditimbulkan oleh saintis. Dua teori yang paling popular ialah sel endometrium dipindahkan ke tempat lain sama seperti cara barah merebak dan satu teori lagi menyatakan bahawa sel-sel pada organ itu yang bertukar menjadi sel endometrium tanpa diketahui sebabnya.

Namun endometriosis terjadi kerana banyak faktor lain, termasuk tahap kesihatan imun sistem yang bergantung kepada corak pemakanan dan gaya hidup

Amalan Untuk Mengawal Endometriosis Yang Dicadangkan Oleh Pakar Sakit Puan

1. Ubah tabiat dan adab makan.

Pillih makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak pengawet dan perisa (makanan segera dan makanan proses)

a. Lebih makan sayur-sayuran, ulam-ulam dan buah-buahan – Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam-logam dan asid amino yang diperlukan oleh badan.

Makanan semulajadi ini juga mengandungi antioksida yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau immuniti.

b. Diantara buah-buah yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima, strawberry dan kurma.

c. Sayur dan ulam-ulam yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immuniti.

2. Pengambilan supplement

Antioksida dan vitamin lain

  • Vitamin C 500 mg – 1000mg sehari akan meningkatkan ketahanan untuk mengurangkan risiko penyakit.
  • Vitamin E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immuniti
  • Multivitamins yang mengandungi B-Complex dan zat besi
  • Antioksida juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel. Kesan baiknya ialah dapat mencegah penyakit dan awet muda.

3. Penggunaan hormone natural progesterone.

Penghidap endometriosis mengandungi hormone estrogen melebihi kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel-sel yang sensitif kepada tindakan estrogen seperti endometrium dan sel payudara tumbuh membiak tanpa kawalan. Ini menggalakkan pertumbuhan endometriosis, fibroid dan ketumbuhan pada payudara.

Pil progesterone yang biasa digunakan oleh pakar ialah Norculut  untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga krim progesteron semulajadi yang dijual dipasaran. Walaupun krim progesteron biasanya tidak memberi kesan sampingan, namun kena pilih yang semulajadi lah. Takut bahan yang dicampur tu boleh menyebabkan masalah lain.

4. Makanan dan ubat anti keradangan

Peroses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan keradangan yang teruk. Keradangan ni yang boleh menyebabkan sakit dan merosakkan sel tempat tumbuhnya endometriosis dan kawasan sekitarnya.

Makanan seperti betik dan nenas banyak mengandungi enzim yang boleh mengurangkan keradangan. Bahan-bahan tersebut ialah papase dan bromalin. Ada banyak lagi makanan lain yang mengandungi kesan anti-radang dan sangat baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

Perkara Yang Sebaiknya Dielakkan Untuk Pesakit Endometriosis

1. Minuman kopi dan teh, namun teh hijau adalah pilihan yang terbaik. Jauhkan juga minuman berkarbonat. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa-sisa estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing atau ubat-ubat yang tak dilupuskan dengan baik.

2. Segala jenis semburan racun serangga, racun rumput rumpai ,cat, bahan kimia dalam produk skincare, sabun, bahan pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Mana yang boleh elak, kita elakkan dan sebaiknya pilih produk organik.

3. Tenangkan fikiran dan relaks sebab bila kita stress, marah dan berdendam boleh mengurangkan ketahanan badan. Bila imuniti badan lemah, panyakit mudah menyerang.

Bagi muslimat – solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi agama lain pula meditasi, yoga dan lain-lain yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.

4. Riadah atau senaman sangat penting – 30 minit sehari, tak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikut kegemaran masing-masing. Contohnya zumba ke dan banyak senamrobik yang boleh ikut kat YouTube.

5. Bercampur dengan orang lain dan elakkan bersendiri – cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin. Ataupun boleh cari kawan yang mempunyai masalah yang sama dan saling menyokong satu sama lain.

Cadangan Suplemen Untuk Penghidap Endometriosis

Saya pernah berkongsi pengalaman beberapa pesakit endometriosis. Kata mereka, sakitnya bila haid tu memang tak tergambar. Sakit sangat-sangat. Ubat tahan sakit dah macam gula-gula dah. Hingga ada yang tak mahu jumpa orang sebab tak nak orang nampak sakit dia.

Jika anda menghidap endometriosis, anda tentu rasa pengalaman yang sama kan? Anda boleh terus tahan sakit setiap bulan dan jadikan ubat tahan sakit sebagai gula-gula atau berikhtiar untuk ubah gaya hidup.

Suplemen Shaklee in sha Allah boleh jadi salah 1 kaedah untuk membantu anda tingkatkan kualiti hidup dan kurangkan sakit.

 

Klik sini untuk rujuk artikel asal yang ditulis oleh Pakar Sakit Puan : Dr Hamid Arsat

merawat endometriosis

 

Vivix

Vivix mengandungi sebatian polifenol yang telah mendapat perhatian ramai saintis kerana memberi manfaat dalam bidang kesihatan, termasuk kepada pesakit endometriosis.

Sebatian polifenol yang bersifat anti-radang membantu mengurangkan sakit. Bersifat anti neoplastik yang mencegah pembentukan sel asing dalam badan.

Polifenol juga berfungsi meningkatkan sistem imun dan juga berfungsi memelihara sel-sel badan.

Semua ini dibuktikan melalui sains.

Energizing Soy Protein

Membekalkan proten baik untuk membantu membina sel baru. Soya ESP bebas GMO dan dijamin ditanam dan diproses secara organik dan bebas daripada racun rumpai, racun serangga dan sebarang pengawet makanan.

ESP membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan dan membantu menguatkan sistem peranakan.

OmegaGuard

Mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi sebagai anti radang untuk mengurangkan sakit

GLA Complex

Mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu mengawal selia hormon wanita.

VitaLea, B Co dan Vita C

Vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh badan untuk fungsi normal.

Jadi, perlu ingat, walaupun kebanyakan sakit senggugut ialah fisiologikal, memang biasa berlaku dikalangan remaja tapi jika sakit berterusan dan sangat sakit, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika endometriosis dikesan lebih awal, lebih senang untuk dikawal dan potensi sistem pembiakan boleh dilindungi.

Vitalea juga mengandungi zat besi untuk menggantikan semula zat besi yang banyak hilang melalui darah haid.

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk fungsi badan yang sihat. Apa lagi wanita banyak kehilangan kalsium melalui darah haid.

Dan magnesium boleh membantu untuk mengawal pengecutan otot rahim untuk mengurangkan sakit senggugut semasa haid.

 

 

Ramai pesakit endometriosis tak dapat menggambarkan kesakitan dengan perkataan. Memang sakit sangat, hinggakan ubat tahan sakit pun dah macam gula-gula.

Anda boleh terus pilih untuk sakit setiap bulan hingga akhirnya terpaksa korbankan uterus dan ovari, atau cuba tukarkan gaya hidup kepada yang lebih sihat. Dan cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee.

Boleh whatsapp saya untuk info lanjut.

Fyda – 012 621 1883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *