Penyebab Salur Darah Tersumbat Yang Mesti Diketahui Elakkan Serangan Jantung

Lemak tinggi dalam darah

Penyebab Salur Darah Tersumbat Yang Mesti Diketahui Elakkan Serangan Jantung

Baru-baru ini berlangsung 1 simposium yang dianjurkan oleh Lumen berkisar tentang rawatan optimum untuk serangan jantung akut. Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, kenyataan yang menakutkan ialah penyakit kardiovaskular terus menjadi punca utama kematian di negara kita. Yang lebih menakutkan lagi, Malaysia mempunyai kadar yang paling tinggi kematian dikalangan orang muda berbanding di negara Barat dengan purata 59 tahun di negara kita dan 66 tahun di negera Barat. Bayangkan, belum pun mencapai umur warga emas.

Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok biasanya terjadi akibat pembentukan atheroma ataupun mendapan lemak pada dinding salur darah yang bila-bila masa boleh pecah dan menyumbat saluran darah ke jantung atau ke otak. Keadaan ini dipanggil aterosklerosis.

Lemak tinggi dalam darah

Kenali Aterosklerosis atau Salur Darah Tersumbat

Aterosklerosis adalah keadaan yang menjejaskan saluran darah arteri yang bersaiz besar dan sederhana. Ia keadaan di mana plak ataupun atheroma terbentuk pada dinding arteri dan boleh mengganggu perjalanan dah menyebabkan saluran darah mengeras dan kurang kenyal.

Yang paling menakutkan apabila plak itu pecah ia boleh termendap di mana-mana saluran darah yang menghantardarah ke organ-organ badan. Jika ia menghalang darah ke jantung, maka akan berlaku serangan jantung. Jika menghalang darah ke otak, berlakulah strok.

Bagaimana aterosklerosis terbentuk

Secara normalnya, arteri mungkin boleh mengeras apabila usia semakin meningkat. Aterosklerosis boleh terjadi kepada mana-mana arteri dalam badan tetapi lebih cenderung berlaku kepada salur darah ke jantung, arteri pada leher yang menghantar darah ke otak dan salur darah yang menghantar darah ke bahagian kaki.

Bahagian dalam dinding arteri yang dipanggil endothelium ialah lapisan yang nipis dan mudah terluka. Aterosklerosis terjadi apabila terdapat luka pada endothelium yang mengundang sel-sel daripada sistem pertahanan dan berlakunya keradangan.

Antara perkara yang boleh menyebabkan luka pada dinding arteri:

  • Kecederaan pada endothelium atau tekanan akibat trauma secara langsung (aliran darah) atau tekanan darah tinggi.
  • Dirosakkan oleh radikal bebas yang mengalir dalam darah, daripada asap rokok ataupun pencemaran.
  • Lemak atau kolesterol yang berlebihan dalam darah, terutamanya kolesterol jenis LDL.
  • Paras gula yang tinggi dalam darah.

Apabila endotelium terluka, tindak balas keradangan akan berlaku. Sel-sel pertahanan badan akan berkumpul di kawasan endotelium terbuka. Selain sel-sel ini, kolesterol LDL mengambil peluang untuk masuk ke lapisan bawah endotelium iaitu intima dan akan berlaku proses pengoksidaan dengan kehadiran radikal bebas. Sel yang dipanggil macrophage akan ‘makan’ LDL ini, dan berubah menjadi sel buih (foam cell). Sel ini akan mati, tetapi lemak akan terus berkumpul di dalam lapisan intima. Proses ini akan berterusan jika terdapat luka pada tempat yang sama dan membentuk plak yang boleh menyumbat saluran darah.

Aterosklerosis dikatakan bermula sejak zaman kanak-kanak, namun mengikut kajian aterosklerosis dilihat pada usia 20-an dan 30-an tapi tidak menyebabkan apa-apa masalah kerana untuk menunjukkan simptom sehingga salurannya menjadi sempit atau plak itu pecah dan dan mendap pada salur darah yang lebih kecil yang menyalurkan darah ke organ-organ badan.

Apa yang boleh berlaku kepada plak aterosklerosis?

Penyakit ini boleh menjadi penyakit senyap selama beberapa tahun atau dekad. Tetapi apabila plak yang termendap pada dinding arteri mencapai saiz tertentu sehingga menyempitkan saluran darah dan gagal menghantar darah yang cukup. Simptom yang biasanya terjadi ialah sakit atau tidak selesa yang biasanya berlaku semasa senaman atau aktiviti fizikal kerana sewaktu itu oksigen yang lebih banyak diperlukan oleh sel. Seseorang boleh mengalami sakit dada jika saluran darah itu menuju ke jantung, sakit pada betis jika saluran darah menuju ke kaki dan mungkin mengalami lemah-lemah badan jika saluran darah itu ialah ke otak.

Yang kedua, dan paling ditakuti ialah apabila plak itu pecah dan menyebabkan saluran darah ke jantung atau otak tersumbat. Jadi seseorang boleh mengalami serangan jantung atau strok.

Walaupun penyakit ini mengambil masa berpuluh-puluh tahun, namun ada beberapa faktor risiko yang boleh mempercepat proses ini:

Faktor yang tidak boleh diubah

  • Peningkatan usia
  • Lelaki
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung koroner pada usia muda (<55 tahun untuk lelaki dan <65 tahun untuk wanita)
  • Bangsa – lebih ramai penduduk di Asia Selatan lebih terdedah kepada masalah ini.

Faktor risiko yang boleh diubah

  • Merokok
  • Kurang aktiviti fizikal atau aktiviti fizikal yang berlebihan
  • Pemakanan – Kurang buah-buahan dan sayur-sayuran.

– Makanan yang tinggi lemak, terutamanya lemak trans

– Kurang pengambilan asid lemak perlu omega-3.

  • Pengambilan alkohol berlebihan.
  • Faktor fisiologi seperti tekanan perasaan, kemurungan.
  • Pencemaran udara mungkin salah satu faktor.

Faktor risiko boleh wujud bersama

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Lemak dan kolesterol yang  tinggi dalam badan.
  • Obesiti

Adakah masalah ini boleh dirawat atau dilambatkan?

Aterosklerosis termasuk dalam penyakit kronik dan berterusan (progressive), jadi tiada rawatan yang boleh membuangnya kecuali dengan cara pembedahan. Namun, ada cara untuk melambatkan perkembangan sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Contohnya, ubat anti-kolesterol untuk mengurangkan paras kolesterol dan mengurangkan perkumpulan lemak dalam dinding arteri.

Yang paling penting ialah gaya hidup yang sihat untuk melambatkan proses penyakit.

Yang kedua, ialah menjalani pemeriksaan saringan terutamanya kesihatan jantung dan paras kolesterol dalam darah. Walaupun awak tu abang sado, paras kolesterol anda mungkin tinggi.

Cadangan Produk Shaklee Untuk Cegah Aterosklerosis

penawar strok

1.Vivix

Vivix merupakan antioksida yang kuat yang boleh mencegah pengoksidaan LDL & mengelakkannya menjadi kolesterol jahat.

Vivix juga bersifat anti radang untuk mencegah keradangan berlebihan yang boleh menjadi punca terbentuknya plak dalam salur darah.

2. ESP – Energizing Soy Protein ialah sumber protein bebas GMO yang lengkap semua asid aminonya. ESP membantu pembinaan sel-sel yang baik dan membantu menguatkan salur darah.

ESP juga boleh membantu mengurangkan kolesterol.

3. Vita-Lea ialah multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Jadi, dia menjadi makanan sel untuk pembinaan sel yang lebih baik.

4. OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik dunia. Dibuat daripada ikan laut dalam yang bebas pencemaran. Berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan paras kolesterol.

Omega juga boleh bantu untuk turunkan berat badan.

 

Sebarang pertanyaan atau nak order produk Shaklee untuk kesihatan, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

Kalau nak oder sendiri, boleh klik Saya Nak Sihat.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *