Penyakit Tulang Reput Punca Mak Cik Kecil Hati Dengan Doktor

Penyakit Tulang Reput Punca Mak Cik Kecil Hati Dengan Doktor

Lucu pula bila saya ingat cerita ini. Baru-baru ini ada satu status FB yang saya rasa agak viral juga berkenaan seorang wanita berumur yang berjumpa doktor di sebuah klinik dan mengadu lututnya sakit.

Lalu, apa jawapan doktor itu?

“Mak cik dah tua. Tulang mak cik dah reput”

Bunyinya agak kasar dan saya rasa sebab itulah anak mak cik menulis di Facebook sebagai tanda tak puas hati.

Namun, itulah hakikat sebenarnya yang berlaku. Dalam bahasa yang sangat mudah, mesej itu disampaikan bahawa tulang mak cik sudah menjadi rapuh.

Apakah osteoporosis?

Dalam bahasa mudah, osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan mudah retak. Ini disebabkan oleh kepadatan tulang berkurang akibat kekurangan kalsium dan mineral lain yang menjadi asas pembinaan tulang yang kuat.

Tulang adalah tisu hidup yang mengalami proses kematian sel dan perlu diperbaharu. Sekiranya kalsium dalam badan tidak mencukupi, kekuatan tulang juga akan berkurang. Bayangkan kalau bangunan tak cukup batu-bata, sudah tentu tidak sekukuh bangunan yang bahan buatan yang cukup sempurna.

tulang reput

Dah tua tak semestinya tak boleh aktif

Tanda-tanda osteoporosis ialah:

Sakit belakang, pada bahagian tengah iaitu rasa sakit pada tulang belakang.

Kehilangan berat.

Badan membongkok

Tulang senang patah walaupun hanya mengalami kecederaan ringan.

Faktor yang mempengaruhi osteoporosis

1. Jantina
Wanita lebih tinggi risiko untuk mengalami osteoporosis berbanding lelaki.

2. Usia
Semakin usia meningkatkan semakin tinggi risiko osteoporosis.

3. Bangsa
Wanita berkulit putih dan wanita Asia lebih mudah mengalami osteoporosis

4. Saiz kerangka badan
Orang bertubuh kecil lebih cenderung mengalami masalah ini kerana kadar kepadatan tulang berkurang dengan lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai kerangka
lebih besar.

5. Hormon pembiakan
Paling ketara terjadi pada wanita kerana hormon estrogen adalah pelindung tulang. Sebab itu, apabila wanita sudah menopaus atau menyusukan bayi yang mana kedua-dua keadaan menjadikan hormon estrogen berkurangan, maka wanita lebih cenderung untuk kehilangan lebih banyak kalsium daripada tulang dan tulang menjadi kurang padat.

Begitu juga dengan lelaki apabila usia semakin meningkat. Pengurangan hormon testosteron menjadikan tulang lelaki turut kurang tumpat dan mudah rapuh. Namun kejadian osteoporosis dikalangan lelaki lebih rendah berbanding wanita.

6. Kurang pengambilan kalsium dalam diet harian.

Mungkin berlaku dikalangan mereka yang tidak sukakan produk tenusu.

7. Gaya hidup tidak sihat

Pengambilan alkohol dan tabiat merokok menjadi punca utama masalah ini dikalangan lelaki, selain kekurangan hormon test.

Bagaimana mencegah osteoporosis

Kalsium.

Tentu itu yang bermain di fikiran kan? Memang tepat dah jawapan itu. Tulang memerlukan banyak kalsium untuk memastikannya padat dan kuat.

Namun, percaya tak walaupun anda mendapat kalsium yang cukup, tetap tak mampu untuk mengelakkan osteoporosis.

Kenapa?

Kerana kalsium sahaja tidak mencukupi jika tidak cukup agen-agen lain untuk memproses kalsium.

Jadi, sebelum mengamalkan apa-apa suplemen kalsium, pastikan anda memeriksa kandungan magnesium dan vitamin D sekali kerana  kedua-dua bahan ini memastikan kalsium di proses dengan betul dan tentu sekali dapat mengelakkan penyakit lain contohnya batu karang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *