Penyakit Sering Lupa, Tanda Awal Penuaan Otak

tanda penuaan otak ialah mudah lupa

Penyakit Sering Lupa, Tanda Awal Penuaan Otak

Pernahkah perkara ini terjadi kepada anda? Iaitu anda teringat nak ambil sesuatu dalam bilik, tapi bila masuk bilik terlupa apa nak ambil. Ataupun selit pen kat cuping telinga tapi seharian mencari pen yang hilang.

Bunyi macam pernah kan?

Jika anda pernah mengalami keadaan begitu, bermakna otak anda sedang mengalami proses penuaan. Sememangnya penuaan adalah proses semulajadi dan tidak dapat dielakkan. Namun, apabila melibatkan otak, ia menyebabkan kita menjadi pelupa dan lebih teruk jika melarat menjadi nyanyuk ataupun Alzheimer.

tanda penuaan otak ialah mudah lupa

Pernah tak terjadi macam ni?

Kajian mendapati proses penuaan otak boleh bermula pada umur 40 tahun, iaitu lebih awal daripada usia orang berpencen di Malaysia. Namun begitu, kajian juga mendapati terhadap faktor-faktor luaran yang lain yang menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat.

Dalam penyelidikan terhadap perubahan genetik yang melibatkan pembelajaran dan memori yang diketuai oleh pakar neurologi Sekolah Perubatan Harvard, Dr. Bruce Yanker mendapati sel otak responden yang berumur antara 26 hingga 40 tahun menunjukkan corak genetik yang sama.

Sebaliknya, sel otak responden berumur 73 tahun ke atas menunjukkan banyak kerosakan. Sementara golongan pertengahan umur antara 40-70 menunjukkan pebagai variasi dan ada diantara mereka yang menunjukkan corak seperti orang muda yang belum mengalami apa-apa proses penuaan.

Ini bermakna, proses penuaan otak adalah berbeza diantara setiap individu. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Faktor-faktor yang dipercayai mempengaruhi keadaan ini ialah:

  • Masalah kesihatan
  • Pengambilan ubat
  • Pemakanan
  • Tekanan yang dihadapi dalam hidup
  • Tahap pendidikan
  • Bagaimana seseorang itu menggunakan otaknya

Bagaimana melambatkan penuaan otak

1. Banyakkan makan sayur-sayuran

Kajian telah dijalankan keatas 13,000 orang wanita selama 25 tahun oleh Sekolah Perubatan Harvard mendapati risiko nyanyuk adalah lebih rendah dikalangan wanita yang makan banyak sayur. Mereka mendapati sayuran terbaik ialah sayuran hijau.

Jadi, sila pastikan hidangan anda mengandungi sayuran yang banyak. Brokoli, kubis, kubis bunga, pak choy, sawi, bayam adalah antara pilihan sayur yang baik untuk otak.

Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi anthocyanin dan quercetin yang menjadi sumber untuk menajamkan ingatan dalam binatang kajian di makmal.

Tips : Panduan Pemakanan Malaysia 2010 menyarankan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur dan 1 hidangan buah setiap hari. Maknanya, dalam 1 hidangan makanan, separuh adalah sayur.

2. Boron yang banyak

Boron adalah sejenis mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit, namun para pengkaji mendapati sangat memberi kesan kepada aktiviti otak. Kekurangan boron dalam badan menjadikan seseorang kurang peka terhadap apa yang berlaku disekelilingnya.

Tips : Boron boleh didapati dalam kekacang, sayuran yang berdaun, epal, pear, pic dan anggur. 60g kekacang dan 2 biji buah-buah setiap membekalkan boron yang cukup untuk keperluan tubuh. Atau cara yang paling mudah ialah dengan makan Ostematrix Shaklee yang turut mengandungi boron dengan kadar yang diperlukan oleh badan.

3. Zink

Zink juga adalah sejenis mineral yang terbukti berkesan terhadap memori. Para pengkaji di cawangan Universiti Perubatan Texas di Galveston, USA mendapati bahawa keupayaan untuk mengingati perkataan dan corak yang dilihat meningkat 12-17% dengan pengambilan zink dalam kadar yang betul.

Dalam kajian yang melibatkan lelaki pula, didapati lelaki yang mempunyai kandungan zink yang rendah lebih cenderung melakukan kesilapan dalam ujian daya ingatan. Ini menunjukkan bahagian otak yang berfungsi untuk memori jangka pendek dan kepekaan terjejas jika kekurangan zink dalam badan.

Tips : Makanan yang mengandungi zink ialah kerang, ikan, sayur-sayuran, kekacang, dhal dan bijirin. 30g tiram membekalkan 20mg zink untuk keperluan harian. Zink Shaklee juga membekalkan zink yang cukup untuk keperluan harian seseorang.

4. DHA

Fungsi DHA terhadap perkembangan otak memang sudah diketahui umum. DHA membantu perkembangan otak kanak-kanak malahan sejak dalam kandungan lagi. Jadi pengambilan DHA yang cukup semasa ibu hamil dan diperingkat kanak-kanak akan membantu memelihara kesihatan otak.

Tips : Badan manusia tidak boleh menghasilkan DHA sendiri, jadi perlu dapatkannya daripada pemakanan. Antara sumber DHA adalah telur dan minyak ikan. Namun, berhati-hati memilih minyak ikan kerana sesetengah produk di pasaran mengandungi sisa logam akibat laut yang tercemar. Untuk keselamatan yang dijamin, pilihlah minyak ikan Shaklee.

5. Jauhi rokok

Rokok memang diketahui umum adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit, sama ada anda adalah perokok aktif ataupun perokok pasif. Rokok boleh menyebabkan pembetukan plak pada saluran darah dan boleh menghalang pengaliran darah ke otak. Sel otak yang kekurangan oksigen boleh mati.

6. Belajar mengawal tekanan

Jika kehidupan harian anda sentiasa melibatkan tekanan dan anda membiarkan tekanan menguasai anda, anda mudah hilang fokus dan boleh menyebabkan sakit kepala sehingga boleh menjejaskan fungsi otak.

Jadi, belajarlah mengawal tekanan dengan cara bermeditasi atau melakukan aktiviti yang anda sukai.

7. Amalkan senaman

Senaman yang sederhana dan berterusan boleh mengurangkan penyakit nyanyuk lebih kurang 50%. Sekurang-kurangnya anda boleh habiskan masa 30 minit 3 kali seminggu untuk berjalan. Berjalan adalah senaman yang terbaik sebenarnya.

8. Rehat secukupnya

Dalam erti kata lain dapatkan tidur yang cukup kerana tidak cukup tidur boleh menganggu ingatan. Walau sibuk macammana sekalipun, cuba dapatkan waktu tidur yang konsisten setiap hari, atau tidur waktu siang untuk lebih produktif.

Jika anda bercadang untuk gantikan tidur pada hari minggu, anda membuat pilihan yang salah kerana itu tidak akan membantu apa-apa.

9. Aktifkan otak, banyakkan berfikir

Aktiviti yang banyak menggunakan otak seperti membuat latihan matematik, Sudoku, berfikir, membaca, teka silang kata dan sebagainya boleh merangsang sel otak untuk bersambung dan ini boleh meningkatkan daya ingatan dan ketajaman otak.

Walaupun sudah berusia, jangan biarkan otak berkarat walau usia sudah meningkat.

Walaupun kita memang tidak dapat elak proses penuaan, tapi sekurang-kurangnya kita cuba lambatkan sikit. Tak adalah muda-muda lagi dah nyanyuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *