Penyakit Muka Senget Yang Sesiapa Pun Boleh Kena

vivix

Penyakit Muka Senget Yang Sesiapa Pun Boleh Kena

Apa perkara pertama yang biasa anda buat bila bangun dari tidur? Baca doa? Yang tu memang pastilah. Bersyukur masih hidup dan senyum untuk hadapi hari baru. Tapi, ada orang bila senyum, rasa sebelah muka je bergerak. Sebelah lagi macam keras je macam tu. Apa agaknya perasaan masa tu? Bila tengok cermin, muka senget sebelah. Seram tak?

Rileks dulu. Jangan panik. Dalam keadaan apa-apa pun mesti bertenang. Mungkin masa tu anda takut kena strok kan? Sebab memang salah satu simptom strok ialah lumpuh otot muka. Satu keadaan lain yang menyebabkan lumpuh otot muka ialah Bell’s Palsy dan memang mengalami kerosakan pada saraf tapi tak dikategorikan sebagai strok.

Dalam Bell’s Palsy, saraf yang terlibat ialah saraf yang bersambung ke otot muka yang dipanggil facial nerve (saraf muka – macam pelik pula dialih bahasa).

Secara ringkasnya, Bell’s Palsy ini disahkan secara klinikal yang mana hanya otot muka sahaja yang terlibat, dan biasanya melibatkan kesemua otot sebelah muka, manakala strok biasanya melibatkan bahagian mata ke bawah tanpa otot dahi.

 

vivix

Punca Bell’s Palsy

Bell’s palsy terjadi apabila facial nerve mengalami keradangan, membengkak atau terhimpit antara tulang menyebabkan saraf itu menjadi lemah atau lumpuh. Namun, kenapa boleh jadi begitu tidak diketahui.

Ada juga pakar percaya bahawa Bell’s palsy disebabkan oleh jangkitan kuman seperti jangkitan kuman pada otak atau kuman yang menyebabkan selsema – herpes simplex. Mereka percaya bahawa keradangan dan bengkak pada facial nerve disebabkan oleh tindak balas terhadap jangkitan. Apabila saraf ini bengkak dalam laluannya, ia dihimpit oleh tulang sehingga menganggu perjalanan darah ke sel saraf.

Bell’s Palsy juga sering dikaitkan dengan selsema, jangkitan telinga tengah, tekanan darah tinggi, kencing manis, ketumbuhan, penyakit Lyme, sarcoidosis dan kecederaan pada tengkorak.

Walaupun Bell’s Palsy boleh terjadi kepada sesiapa, namun jika anda termasuk dalam golonagan┬ádi bawah, anda adalah berisiko tinggi:

–Mengandung

–Menghidap kencing manis

–Mempunyai jangkitan paru-paru

–Mempunyai sejarah keluarga Bell’s Palsy

vivix

Bolehkah Bell’s Palsy sembuh ?

Prognosis Bell’s Palsy adalah sangat baik namun bergantung kepada tahap kerosakan saraf tersebut. Secara kasarnya, pemulihan boleh dilihat dalam tempoh 2 minggu. Biasanya seseorang akan baik sepenuhnya dalam masa 3-6 minggu walaupun tanpa rawatan. Namun ada juga yang mencapai masa setahun ataupun tak sembuh sampai bila-bila.

Walapun Bell’s Palsy boleh sembuh tanpa rawatan, namun biasanya rawatan seperti berikut akan diberikan bergantung kepada keadaan pesakit:

–Steroid untuk mengurangkan keradangan

–Ubat anti viral jika puncanya ialah virus.

–Ubat tahan sakit atau tuala yang hangat jika ada kesakitan

–Gunakan cecair penitis mata atau pelindung mata

–Urutan pada otot muka

–Fisioterapi untuk merangsang otot muka

Nak tunggu sembuh sendiri tak ada masalah, tapi sanggup ke muka senget macam beberapa bulan? Jadi disamping rawatan moden, boleh juga cuba suplement untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada badan dalam proses penyembuhan.

vivix merawat bell palsy

 

Assalam dik.. ni kak nak share pasal anak akak yang kena Bell Palsy hari tu.. Alhamdulillah dah habis sebotol Vivix tu nampak dah ada perubahan kat muka dia.. mulut dah nampak ok tak senget sangat bila dah bercakap.. kening boleh dah nak kerut kan.. mata tu dah nampak boleh dah tetapi katanya tak sakit dah mata bila mandi.. Sebab hari tu tak boleh tutup rasa pedih je. Terima kasih sangat-sangat kat shaklee boleh membantu pelbagai penyakit. akak pun ambil juga Vivix tu.. sebab akak ada darah tinggi. Alhamdulllah nampak tekanan darah dah normal sekarang ni. Thank u ye dik.

Selagi boleh usaha untuk sembuhkan dengan cepat, kita usahakan. Bagi orang yang mengalami masalah ini, bukan sahaja kesakitan atau tak selesa, tapi juga rasa rendah diri untuk berjumpa dengan orang ramai.

Jika anda sendiri, saudara-mara atau kenalan mengalami masalah ini, boleh usaha untuk cepatkan penyembuhan dengan Vivix Shaklee. Mudah-mudahan tempoh baik pulih saraf yang terlibat lebih cepat dan dapat mengurangkan komplikasi.

Jika perlukan konsultasi daripada saya, boleh hubungi 012 621 1883.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *