Penyakit Anjing Gila Di Malaysia, Tiada Lagi ‘I Wanna Touch A Dog’

Rabies

Penyakit Anjing Gila Di Malaysia, Tiada Lagi ‘I Wanna Touch A Dog’

Belum pun reda kes denggi di Malaysia, timbul pula cerita Ebola dan kini menyambut kepulangan jemaah haji kita dinasihatkan supaya berhati-hati dengan MERS-CoV dan salah satu lagi jangkitan yang terdapat disekeliling kita iaitu Rabies ataupun juga dikenali sebagai penyakit anjing gila yang mungkin boleh didapati melalui anjing liar.

Rabies

Apakah Rabies?

Satu gigitan anjing di salah sebuah bandar di negeri Perlis telah menimbulkan panik dikalangan penduduk dan gigitan anjing adalah sangat berbahaya kerana risiko jangkitan adalah amat tinggi terutamanya jika kesan gigitan itu tidak dirawat.

Rabies adalah sejenis penyait zoonotik yang mana virusnya disebarkan melalui haiwan kepada manusia. Penyakit ini menjangkiti haiwan liar dan haiwan jinak dan disebarkan kepada manusia melalui air liur ataupun kesan calar yang dibuat oleh haiwan tersebut. Rabies terdapat di kesemua benua kecuali Antartika dan lebih daripada 95% kematian manusia berlaku di Asia dan Afrika.

Tempoh pengeraman virus Rabies adalah 3-8 minggu. Bermakna, jika seseorang dijangkiti virus tersebut, dia mungkin akan mengambil masa 3-8 minggu untuk menunjukkan simptom pertama. Tempoh paling cepat untuk menunjukkan simptom ialah 9 hari dan paling lewat ialah 7 tahun. Jadi, kita anda digigit anjing hari ini, tidak mustahil simptomnya hanya akan muncul 7 tahun akan datang.

Cara jangkitan Rabies kepada manusia

Rabies boleh menjangkiti manusia melalui kulit apabila terdapat gigitan atau dicakar oleh haiwan yang dijangkiti Rabies. Anjing adalah perumah dan penyebar Rabies yang paling utama. Walaubagaimanapun, terdapat juga kematian manusia yang dilaporkan selepas terdedah kepada musang, rakun, skunk dan serigala.

Jangkitan juga boleh terjadi jika bahan yang mengandungi virus terutamanya air liur terkena luka ataupun tisu manusia. Secara teorinya, gigitan daripada manusia boleh menyebarkan virus ini namun belum dipastikan.

Jarang sekali, tapi Rabies juga boleh disebarkan melalui udara atau transplan organ yang berjangkit. Memakan daging mentah atau tisu haiwan dipercayai tidak menyebabkan jangkitan kepada manusia.

penyakit anjing gila

Gejala Rabies

Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang pada otak dan saraf tunjang.

Simptom Rabies yang paling awal ialah demam, sakit dan perubahan deria pada tempat gigitan, iaitu pesakit mungkin berasa kebas, cucuk-cucuk atau rasa seperti terbakar yang tidak boleh dijelaskan. Virus akan terus merebak ke sistem saraf tengah, menyebabkan kerosakan dan keradangan berterusan kepada otak dan saraf tunjang.

Apabila sudah melibatkan otak, pesakit akan mudah terangsang, berhalusinasi dan takut pada tiupan angin (aerophobia). Sesetengahnya gerun dan takut kepada air (hidrophobia) disebakan oleh kekejangan otot kerongkong dan menyebabkan kesakitan apabila menelan.

Pada peringkat seterusnya, pesakit mengalami kecelaruan dan sawan yang boleh menyebabkan kematian.

Salah satu manifestasi Rabies ialah paralytic Rabies (sawan lumpuh) yang mana tidak terlalu akut dan mengambil masa yang lebih lama. Otot-otot menjadi lumpuh secara beransur-ansur, bermula daripada otak yang terkena gigitan. Secara perlahan-lahan, pesakit akan mengalami koma dan akhirnya menyebabkan kematian. Sawan lumpuh yang mencatatkan 30% daripada kes Rabies yang menjangkiti manusia biasanya tidak dapat dikesan, jadi laporan mengenainya adalah kurang.

 

Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dijangkiti Rabies.

Elakkan memegang haiwan liar ataupun haiwan peliharaan terutamanya kucing atau anjing di kawasan yang disyaki terjejas dengan Rabies.

Jika terkena gigitan anjing, ataupun berhubung dengan orang yang disahkan menghidap Rabies, segera cuci kawasan luka dengan air sabun dan terus ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

Di Malaysia, 3 negeri yang disyaki berisiko tinggi untuk jangkitan Rabies ialah negeri di bahagian Utara, ialah Penang, Perlis dan Kedah namun negeri lain tak mustahil boleh turut menyebarkan virus ini jika anjing liar dibiarkan berkeliaran dan langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Walaupun anjing dikatakan halal, dalam keadaan begini minta jauhi dulu ya.

Sebarang pertanyaan, atau saja-saja nak sembang boleh hubungi saya,

Fyda : 012 621 1883

 

Sumber : MOH

Myhealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *