Penularan Virus Influenza, Perlukah  Panik Dan Kalut Cari Vaksin?

virus influenza

Penularan Virus Influenza, Perlukah  Panik Dan Kalut Cari Vaksin?

Baru je kita masuk tahun baru, kita dikejutkan dengan penularan wabak Influenza. Sebenarnya di Sabah dah bermula dengan penyakit Polio yang dah lebih 20 tahun tak ada, tapi muncul secara tiba-tiba.

Kemudian, Tahun Baru Cina pula digemparkan dengan virus Novel Corona yang berasal dari Wuhan, China. Namun yang mengejutkan, walaupun banyak negara di dunia bertindak menyekat kedatangan pelancong dari China, hanya Malaysia je masih benarkan.

Ayoyo!

Harap Malaysia dapat ambil langkah sewajarnya dalam menangani masalah ni.

Saya sebenarnya nak berkongsi pasal Influenza. Walaupun Influenza tu memang tiap-tiap tahun ada di negara kita ni, tapi yang tahun ni macam panik betul. Sampaikan semua orang mencari vaksin dan ubat selsema pun habis di seluruh negara.

Soalnya, patutkah kita panik dalam isu ini?

virus influenza

Adakah Influenza Ni Sebenarnya Bahaya Hingga 1 Malaysia Patut Panik?

1. Wabak atau outbreak dalam Bahasa Inggeris ialah situasi apabila tiba-tiba ramai yang mendapat sesuatu jangkitan pada masa yang sama. Virus influenza ni sebenarnya sentiasa ada, cuma mungkin ada faktor tertentu ramai orang yang dijangkiti pada 1 masa tertentu dan ada yang berpotensi jadi kritikal dan meninggal.

2. Perlu ke semua orang dapatkan vaksin influenza? Influenza ni simptomnya ialah selsema, tapi lebih parah daripada selsema biasa. Golongan yang mempunyai sistem imun yang rendah, berisiko tinggi untuk simptom yang lebih teruk.

3. Golongan yang berisiko tinggi ni digalakkan untuk dapatkan vaksin setiap tahun. Bukannya bila wabak datang, barulah tergagau cari vaksin. Pastu, mula lah timbul isu vaksin nak expired la, manufacture nak habiskan vaksin la. Kehadiran wabak tu takda siapa boleh duga.

4. Golongan yang berisiko tinggi ialah kanak- kanak bawah 5 tahun. Walaupun bayi ternyata lebih berisiko, namun vaksin influenza hanya diberikan kepada bayi 6 bulan dan ke atas. Selain itu golongan warga emas dan orang yang ada penyakit yang merendahkan imun, termasuklah kencing manis, kanser, darah tinggi dan orang yang mengalami masalah sistem pernafasan dan begitu juga wanita mengandung.

Kumpulan berisiko tinggi ini digalakkan mengambil vaksin setiap tahun.

Kalau orang yang termasuk dalam golongan ni, digalakkan juga ambil vaksin setiap tahun, sebab kita tak tahu pun tahap imun kita.

5. Virus influenza akan berubah setiap tahun (mengalami mutasi), jadi WHO akan mengeluarkan cadangan kepada pengeluar farmaseutikal mengenai vaksin yang perlu dihasilkan berdasarkan penyelidikan pakar mengenai virus yang dijangka menyerang pada tahun berikutnya.

6.Vaksin ni bukanlah untuk diambil semasa virus sedang menular. Sebab tu dinasihatkan ambil setiap tahun secara berkala, barulah bila virus menular, in sha Allah antibodi dalam badan kita dah kenal virus tersebut.

7. Virus influenza ni memang senang merebak melalui udara. So, kalau tempat yang padat macam sekolah ke, memang senang merebak la. Kalau memang dah kena selsema tu tapi masih ok, hadkan masa keluar rumah. Kalau perlu juga, pakai lah mask ke. Dengan cara ni, harap boleh kurangkan jangkitan wabak.

vaksin influenza

Tahu Tak Bagaimana Virus Boleh Menyerang Tubuh Kita?

Virus ni dia tak boleh membiak (replicate) sendiri, untuk dia membiak dia kena ada perumah (host). Sel kita ni adalah salah 1 perumah untuk mereka membiak.

Macammana mereka boleh masuk ke dalam sel kita dan membiak?

Bila ada kuman masuk dalam badan, sistem imun akan diaktifkan. Namun, jika imun tak cukup kuat maka dia tidak mengenali kuman tu sebagai musuh.

Virus ni ada satu keupayaan untuk menyamar, macam sesumpah. Bila dia lalu dekat-dekat sel (termasuklah sel imun) dia menyamar sebagai nutrien yang diperlukan oleh sel. So sel ni pun akan jemput mereka masuk dengan rela.

Ada juga keadaan, sel imun tak cukup kuat untuk membunuh virus ni, hanya mampu kurung saja.

Bila virus ni dah masuk dalam sel, seolah-olah dia yang mengawal sel itu. Jadi, dia akan terus bertindak membiakkan anak-anak dia. Secara tak langsung, sel yang dah dijangkiti oleh virus tu dah jadi kilang untuk menghasilkan virus.

Virus-virus yg dihasilkan tu akan keluar dari sel tu dah mula masuk ke sel-sel lain dan melakukan perkara yang sama.

Tapi tahukan anda kita boleh hentikan proses ini.

makanan kuatkan imun

Bagaimana Nak Hentikan Jangkitan Virus Kepada Sel Kita?

Sel kita ni Allah buat lengkap, bukan sekadar bekerja je, dia juga ada sistem pertahanan sendiri. Sepertilah tentera yang pertahankan negara.

Bila sel kita sihat, cukup nutrien yang diperlukan, sel ni boleh kenal siapa kawan siapa lawan. Bila virus masuk je, terus berbunyi alarm yang akan trigger sel tu untuk keluarkan interferon. Interferon ni akan halang virus tu dari membiak dalam sel tu, dan akan bagi warning kepada sel-sel berhampiran yang ada musuh sedang mengganggu.

Bila sel yang sihat mampu memberi isyarat kepada sel-sel lain bahawa dia sedang dicerobohi oleh virus, askar-askar yg dipanggil T cell akan segera datang untuk menghapuskan sel yang dah dijangkiti, jadi virus dah tak boleh membiak.

Satu lagi, sel tubuh kita ni ada angkatan yang dipanggil antibodi. Antibodi ni dia kenal siapa virus walaupun menyamar, dia akan melekat pada virus, macam askar/polis gari penjahat. Vaksinasi adalah antara cara untuk tubuh kita bina antibodi, dengan ‘memperkenalkan’ penjahat ni kepada tentera ni, so bila jumpa balik diorang dah kenal dah muka penjahat ni.

Jadi amat penting untuk kita pastikan sel-sel kita sihat, kuat dan gembira. Sebab tu kita perlu berikan sel kita nutrien yang cukup. Semua ni boleh kita kawal melalui pemakanan…

Makanlah makanan seimbang dan sihat. Kurangkan atau elak terus makanan rapu, terutama kepada anak-anak. Kurangkan makanan dan minuman bergula tinggi, sebab gula akan buat sel kita makin confuse. Bila confuse dia susah nak kenal mana dah makan kawan dan mana lawan.

Banyakkan mengambil sumber-sumber vitamin yang membantu sel kita jadi sel yang sihat, misalnya

✔️ Vitamin C (ini paling penting. Paling tak nak makan suplimen pun, ambil lah Vitamin C)
✔️ Vitamin D
✔️ Protein
✔️ Omega-3
✔️ Vitamin B
✔️ Vitamin E
✔️ trace minerals

Sekarang ni banyak produk immune booster di pasaran, tapi jangan ingat bila dah ambil immune booster kita dah OK. Asas penjagaan diri dan pemakanan kena jaga betul-betul.

Nak Dapatkan Sel Imun Booster Terbaik?

Boleh hubungi saya untuk dapatkan info pasal produk immune booster ni.

Hubungi 012 621 1883, atau direct whatsapp

www.wasap.my/60126211883/setboostimun

www.wasap.my/60126211883/setboostimun

www.wasap.my/60126211883/setboostimun

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.