Penuaan Sendi Boleh Mengakibatkan Kecacatan Kekal

sakit sendi lutut

Penuaan Sendi Boleh Mengakibatkan Kecacatan Kekal

Seksanya bila sakit sendi lutut. Nak berjalan susah, duduk susah, bangun susah, pendek kata semua pergerakan boleh menyebabkan kesakitan.

Sakit sendi ini biasanya disebabkan oleh kerosakan pada tulang rawan. Tulang rawan adalah tisu yang lembut dan licin yang menutupi hujung tulang yang keras dan membantu melancarkan pergerakan tulang. Untuk sendi yang besar seperti sendi lutut, antara tulang rawan ini terdapat cecair pelincir yang dipanggil cecair sinovial. Tulang rawan dan cecair sinovial ini saling membantu untuk menyerap hentakan atau tekanan pada sendi.

Tulang rawan terbina daripada kolagen dan 2 jenis protein yang bergabung dengan bahan lain iaitu glycoprotein dan proteoglycans. Seperti sel-sel lain, tulang rawan juga mengalami kerosakan dan digantikan dengan rawan yang baru. Jadi, untuk mengekalkan sendi yang sihat, kadar kerosakan dan kadar baikpulih sendi perlulah seimbang. Bila sendi sudah mula bermasalah, maksudnya kadar baikpulih rawan telah menurun, dan keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya osteoarthritis.

Osteoarthritis juga adalah sejenis penyakit yang melibatkan keradangan kerana apabila berlaku kerosakan sel, badan akan menghantar sel-sel untuk menghapuskan sel yang rosak itu dengan cara menghasilkan keradangan. Sebab itu, sendi yang mengalami osteoarthritis akan membengkak dan kemerahan.

Kemudian, tulang rawan menjadi haus dan permukaan tulang yang keras akan bergeser antara 1 sama lain. Bayangkan kalau 2 benda keras bergeser, tentu pergerakannya tidak lancar. Sebab itu sendi yang mengalami osteoarthritis akan menjadi sakit apabila berlaku pergerakan. Lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan pada kedua-dua permukaan tersebut dan mungkin ada serpihan tulang baru yang tumbuh yang terus menyebabkan kesakitan.

Berita baiknya, osteoarthtis hanya melibatkan tulang dan tidak melibatkan organ-organ lain.

sakit sendi lutut

Siapa yang boleh mendapat osteoartritis

1. Warga emas. Akibat proses penuaan, fungsi fisiologi badan menurun dan tulang rawan tak dapat dibaik pulih lagi. Cecair sinovial juga akan berkurangan dengan peningkatan umur.

2. Mengalami kecederaan pada sendi

3. Penggunaan sendi secara berlebihan, mungkin boleh berlaku pada orang yang aktif bersukan atau melakukan kerja-kerja berat yang menggunakan fizikal.

4. Orang yang mengalami obesiti.

5. Mempunyai kecacatan pada sendi. Contohnya, kaki yang tidak sama panjang, kaki bengkok ke luar atau ke dalam. Senang cakap alignment tak betul, macam tayar kereta yang senang haus kalau alignment tak betul.

Gejala penyakit osteoarthritis

Osteoarthritis boleh melibatkan semua sendi dalam badan, namun sendi yang paling kerap terjadi ialah sendi lutut, sendi pinggul dan sendi-sendi kecil di tangan.

Gejala osteoartritis yang paling utama ialah sakit dan kaku pada sendi. Biasanya pada waktu awal pagi ketika bangun dari tidur, sendi amat susah untuk digerakkan, seolah-olah sendi itu terkunci.

Simptom ini boleh jadi berterusan atau bergantung kepada tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Kadangkala cuaca juga boleh mempengaruhi simptom ini.

Sendi juga boleh membengkak dan kemerahan kerana adanya keradangan.

Apabila doktor melakukan pemeriksaan, mungkin terdapat bunyi apabila sendi digerakkan dan pergerakan sendi tersebut juga mungkin terbatas.

Biasanya X-Ray atau ujian-ujian lain tidak perlu dilakukan apabila doktor mengesyaki seseorang menghidap osteoarthritis melainkan dia betul-betul mahu memastikan bukan penyakit lain seperti tulang patah atau jenis arthritis yang lain.

sakit sendi lutut

Rawatan osteoartritis

Rawatan osteoarthritis bergantung kepada keadaan pesakit. Pada peringkat, rawatan hanyalah untuk mengurangkan sakit supaya penghidapnya boleh bergerak dengan selesa.

Rawatan pada peringkat awal ialah:

1. Ubat penahan sakit

2. Fisioterapi dan senaman

3. Menurunkan berat badan

4. Mengubah gaya hidup.

Namun, proses kerosakan sendi akan terus berlaku, namun kadarnya mungkin boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengurangkan berat badan.

Kemudian, pesakit-pesakit mungkin ditawarkan suntikan cecair sendi sintetik sekiranya kaedah diatas tidak lagi berkesan untuk mengawal kerosakan sendi.

Kaedah yang terakhir apabila kerosakan sendi semakin ketara dan mungkin kecacatan dapat dilihat secara fizikal, pesakit akan ditawarkan untuk melakukan pembedahan untuk menukar sendi lutut kepada sendi palsu. Namun, ada juga kes di mana pembedahan juga tidak menyelesaikan masalah osteoarthritis.

Kisah Mak Cik Gayah yang tetap menahan kesakitan walaupun sudah menukar lutut besi.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau saja nak sembang-sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Sumber rujukan:

http://www.rheumatology.org

MyHealth

What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine Might Be Killing You – Dr Ray MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *