Penjagaan Luka Czer Tak Boleh Ala Kadar, Kalau Lambat Sembuh Memang Perit

luka pembedahan terbuka

Penjagaan Luka Czer Tak Boleh Ala Kadar, Kalau Lambat Sembuh Memang Perit

Seboleh-bolehnya setiap ibu yang mengandung tentu harapkan akan bersalin biasa. Walau sakitnya mungkin sangat berat, sebenarnya itulah kebahagian apabila bayi lahir.

Namun, ada juga keadaan yang mana ibu terpaksa dibedah. Perasaannya sama juga bila tengok baby tu. Tapi, penjagaan lepas bersalin mungkin perlu lebih teliti berbanding bersalin biasa.

Sebab kalau luka bersalin tu bernanah, aduihai seksanya. Nak baring susah, nak bangun susah, nak susukan baby tu susah.

Jadi, saya nak berkongsi 5 tips untuk bantu ibu-ibu yang bersalin czer untuk jaga luka pembedahan, untuk elakkan bernanah dan lambat sembut.luka pembedahan terbuka

5 Tips Membantu Ibu Bersalin Czer Jaga Luka Supaya Cepat Sembuh

1. Pemakanan seimbang, sesuai untuk ibu berpantang.

Lepas bersalin, tentu dah ada senarai makanan yang perlu berpantang kan? Makanan tu sejuk, makanan ni berangin. Kadang-kadang ada juga orang yang tak setuju dengan amalan orang tua ni.

Sebaiknya, jangan la kita lawan. Yang penting pemakanan kita tu cukup karbohidrat, protein, serat dan vitamin mineral nya.

Nutrisi yang sangat membantu untuk penyembuhan luka ialah protein dan vitamin C. Kedua-dua ni sangat penting untuk penghasilan kolagen oleh badan dan sekaligus dapat bantu penyembuhan luka czer dengan cantiknya. Selain itu, kedua nutrisi ni juga bantu untuk elakkan parut yang besar atau keloid.

Cadangan saya ialah ibu ambil set pantang Shaklee. Yang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh ibu lepas bersalin. Bukan saja untuk cepat sembuhkan luka, tapi juga untuk kecergasan badan dan boleh bantu banyakkan susu badan.

2. Pastikan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering

Masa awal-awal lepas bersalin biasanya perut berlipat-lipat lagi kan? Terutama kat kawasan czer tu. Jadi kawasan situ akan mudah berpeluh dan kalau lepas mandi susah nak kering sebab terlindung.

Jadi ibu boleh baring atas katil untuk elak kawasan czer berlipat, kemudian lap pakai tuala bersih. Kalau takut nak pegang kawasan tu, takut luka terbuka, boleh guna hair dryer. Memang cepat kering dan penting dan tak perlu pegang kawasan situ.

3. Guna bantal untuk alas bila menyusu

Bila nak menyusu sambil duduk, alas atas perut tu dengan bantal biasa. Ada bajet lebih boleh beli bantal yang memang khas untuk menyusu. Ini untuk elak berat baby menekan kawasan czer kita time menyusu secara langsung.

Kalau selesa, boleh juga menyusukan baby sambil baring.

4. Gunakan penyokong abdomen.

Gunakan penyokong perut tu, macam bengkung ke tapi janganlah ketat pun. Sekadar nak menampung perut bila berjalan supaya lebih selesa. Kalau tak tampung, rasa beratnya perut, macam nak terburai.

5. Kurangkan sakit dan nak cepat sembuhkan luka

Yang ini sangat disukai oleh ramai ibu lepas czer, iaitu amalkan suplimen paling ekslusif – iaitu Vivix. Dalam Vivix tu ada resveratrol. Ada satu kajian menunjukkan resveratrol dapat mengurangkan rasa sakit. Bukan tu sahaja, resveratrol juga mempunyai banyak kebaikan seperti baikpulih sel, jadi luka pun cepat sembuh. Vivix meningkatkan penghasilan mitokondria (pusat janakuasa dalam sel), jadi badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tengah pantang.

Jadi saya sangat recommend untuk ambil vivix waktu pantang. Dan memang ramai ibu-ibu lepas operation yang ambik Vivix sangat happy semasa berpantang dan lebih sihat.

Apa kata Ibu-Ibu Yang Bersalin Secara Operation Mengenai Vivix?

luka czer berair

luka czer bernanahluka czer bila sembuh

luka czer berdarah

luka czer terbuka

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *