Pemakanan Untuk Wanita Menopaus Bantu Tampil Sihat Dan Aktif

pemakanan untuk menopause

Pemakanan Untuk Wanita Menopaus Bantu Tampil Sihat Dan Aktif

Wanita adalah makhluk istimewa yang melalui beberapa fasa dalam hidupnya. Seperti yang sudah saya kongsikan sebelum ini mengenai menopaus yang bukanlah penyakit, tetapi adalah perubahan semulajadi dan perjalanan hidup yang harus dilalui oleh seorang wanita. Tak dinafikan, keadaan ini bukanlah mudah, namun minda adalah kunci penyelesaian. Tetapkan dalam minda bahawa anda mampu dan boleh melalui fasa ini.

Bagi yang terlepas boleh baca di sini.

Untuk entry ini saya berjanji untuk kongsikan cara semulajadi untuk menghadapi masalah pra-menopaus dan menopaus tanpa sebarang kesan sampingan kerana ada doktor yang lebih berminat membekalkan wanita istimewa ini dengan pil perancang yang diketahui tidak sesuai untuk semua orang kerana kesan sampingannya, apatah lagi orang-orang tua yang mempunyai masalah kesihatan.

Masalah ini mudah diatasi dengan perubahan gaya hidup, termasuk perubahan pola pemakanan kepada vegetarian, senaman aerobik dan amalkan teknik-teknik yang boleh memberi ketenangan.

pemakanan untuk menopause

Atasi simptom menopause dengan makanan tambahan

Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini yang saya rujuk di laman web Dr Weil dan buku Return To Joy of Health yang ditulis oleh Dr Zoltan P. Rona ialah:

1. Makanan berasakan soya

Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik.

2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen

Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.

Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.

Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.

Rasberi

Siberia Ginseng

3. Vitamin E

Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina.

4. Gamma-Linolenic asid (GLA)

Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus.

5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C

Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus.

6. Boron

Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen boron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.

Suplemen Paling Gempak Untuk Anti Penuaan

tips awet muda

Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.

Suplemen Membantu Simptom Pra-menopause Dan Bantu Wanita Tampil Sihat Dan Bergaya

Energizing Soy Protein (ESP) – Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.

Vitamin B Complex – Gabungan lengkap kesemua 8 jenis vitamin B untuk menguatkan badan dan melengkapkan kekurangan vitamin B dalam nutrisi harian. Juga dilengkapi dengan folate dan biotin yang sangat penting untuk kesihatan.

Folate, badan yang penting untuk sel darah merah sukar diserap melalui makanan, jadi vitamin B cO Shaklee direka untuk membantu penyerapan zat ini untuk digunakan oleh badan dengan berkesan.

Vitamin C – Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.

Vita-Lea – Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Omega Guard  РUntuk jantung yang sihat selepas menopaus kerana hormon estrogen melindungi wanita daripada masalah jantung.

Ostematrix – Membekalkan kalsium secukupnya dan mengelakkan osteoporosis dikalangan wanita menopaus. Keistimewaan juga ialah mengandungi magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Dengan ini, penyakit batu karang dapat dielakkan.

petua awet muda

Mungkin anda tertanya-tanya, begitu banyak kah perlu dimakan? Ya, jika anda mampu. Pelaburan untuk kesihatan tidak pernah rugi. Namun, cadangan saya paling kurang semua wanita menopaus perlu memiliki Vivix dan Vita-Lea. Namun, anda boleh hubungi saya, kita boleh bincang dengan lebih lanjut apa sebenarnya suplemen yang sesuai untuk anda.

Sampai sini dulu, semoga dapat membantu anda untuk mengatasi masalah menopaus secara semulajadi dan moden supaya anda terus yakin dan yakin untuk menuruskan aktiviti malahan semakin aktif.

Sila hubungi saya untuk sebarang maklumat lanjut,

Fyda Noh

 

www.wasap.my/60126211883

atau boleh isi borang di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *