Panduan Melawat Old Trafford Di Manchester Bersama Anak-Anak


Panduan Melawat Old Trafford Di Manchester Bersama Anak-Anak

Kami pergi Manchester memang tak lain tak bukan, si suami peminat setia Manchester United. Jadi, memang kami ke Old Trafford jelah. Tiket tren pergi Manchester memang kami beli siap-siap online. Naik tren di Euston Station. Dekat Euston station ni ada kedai roti canai, nama dia Roti King. Tapi, kami tak sempat pergi sebab pergi dah awal pagi, balik pula dah malam.

jalan-jalan old trafford

Kami naik tren Virgins tren, dalam 2 jam 30 minit juga ke Manchester Piccadily Station. Sampai di Manchester, hujanlah pula. Tapi nasib baik hujan tak begitu lebat. Masih kami boleh teruskan perjalanan. Dari stesen tren, kami perlu pergi ke Piccadily Garden untuk naik bas dari sana ke Old Trafford. Berjalan kaki memang agak jauh. Sebenarnya jalan dia lurus je dan ada sign board. Dari stesen tren tu, ambik jalan ke kiri dan jalan lurus saja.

Dekat Piccadily Garden tu, ada tourist information centre. Rupanya stesen bas tu depan tu saja. Tiket bas boleh dibeli atas bas. Lupa dah bas nombor berapa, tapi memang tulis Old Trafford la. Harga tiket 8pound pergi balik. Kalau nak beli daily pass pun boleh tapi sebab kami memang nak pergi OT je, beli tiket tu sajalah.

Bas tu memang hantar depan OT. Dari Piccadily Garden tu mungkin ambil masa dalam 10-15 minit. Sampai kat stadium memang ada 1 aura pelik. Ada penunggu agaknya. Sama macam saya rasa bila tengok Eiffel Tower.

travel old trafford

Kami beli tiket tour di sana. Harga tiket 18pound. Budak bawah 4 tahun free saja. Dia dah allocate masa tertentu untuk tour kita. Jadi, kalau ada masa boleh singgah dulu muzium MU di tingkat 3, dan juga merupakan pintu masuk tour ni. Tapi starting point dia di tingkat 1. So kena turun, tapi lif dia tricky sikit. Sebab tingkat 3 ke tingkat 2 lif lain. Dari tingkat 2 nak ke tingkat 1 kena cari lif lain pula. Tapi, ikut saja anak panah, pasti tak sesat.

On the way nak turun tu, adalah dorang ambil gambar percuma konon. Gambar ala-ala kita masuk majalah sebagai pemain MU. Snap gambar tu memanglah free, tapi kalau nak gambar tu kena bayar lah. 10pound jugalah, tapi kami beli jugalah. Bukan senang juga nak datang lagi nanti.

Sampai kat starting point tu, stroller tak boleh bawa, kena simpan tempat dorang. Nanti habis tour tu, kena masuk balik dan pergi balik ke starting point tu untuk ambil stroller. (Ulangi langkah dari tingkat 3).

Menarik jugalah tour dia. Kita berpeluang turun ke padang, masuk bilik conference, bilik persalinan. Yang tak tahan tu masa nak masuk ke padang tu, tour guide siap suruh kami beratur ala-ala pemain bola sepak nak masuk dan buat bunyi muzik macam betul-betul nak masuk bertanding.

Lepas balik dari OT tu, adalah masa beberapa jam sebelum tren kami bertolak balik ke London. Jadi, kami singgah ke jalan-jalan kat kedai. Sempatlah juga rembat sehelai baju Hard Rock Cafe Manchester.

Kami sampai di Stesen Euston, London dah malam, dalam pukul 8 lebih. Dorang kat London macam tak hidup sangat dah malam. Kedai-kedai memang dah tutup lah. Kami pilih nak naik bas sebab senang terus sampai depan hotel. Kat depan stesen tu ada banyak bas. Tapi bus stop nya bergantung ke tempat mana kita nak pergi. Kena tengok bas nombor berapa.

Nanti saya sambung trip kami di Paris.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *