Pakai Stokin Selepas Bersalin. Ketahui Logiknya Dari Sudut Saintifik

kenapa kena pakai stokin lepas bersalin

Pakai Stokin Selepas Bersalin. Ketahui Logiknya Dari Sudut Saintifik

Masa saya berada di klinik ibu anak, memang suka perhatikan ibu-ibu yang bawa anak untuk cek kuning. Saya suka perhatikan aksesori yang wajib ibu pakai lepas bersalin.

Iaitu — stokin.

Hahah.. ada ke duk perati kaki orang?

Ada macam-macam jenis stokin yang ibu pakai. Ada stokin kartun, stokin tebal, stokin longgar, macam-macam jenislah.

Pakai stokin semasa berpantang seolah-olah sudah menjadi rutin dan kewajipan bagi setiap ibu. Sehingga semua wanita yang pakai stokin diusik sedang berpantang walaupun masih anak dara.

Apa sebenarnya memakai stokin kepada ibu selepas bersalin?

Kenapa selepas bersalin saja terus kena pakai stokin? Sehingga dalam beberapa checklist barangan persedian bersalin, mesti ada stokin.

Elakkan masuk angin

Ada sesetengah ibu yang membawa stokin sebagai persedian bersalin kerana risaukan suhu di dalam dewan bersalin dan wad yang sangat sejuk. Dan sememangnya salah satu cara haba keluar dari badan ialah melalui tapak kaki. Jadi, dengan memakai stokin haba dapat dikekalkan dalam badan ibu dan mengelakkan suhu berubah dengan cepat apabila ibu terpijak lantai yang sejuk.

Ada juga ibu yang persoalkan, rumah dia dah cukup panas. Mana ada lantai sejuk.

Menurut orang tua-tua pula, pemakaian stokin adalah perlu untuk ibu dalam pantang untuk mengelakkan badan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan. Ada juga yang menyarankan disapu minyak angin dulu pada tapak kaki dan betis ibu sebelum memakai stokin.

Ada juga mengatakan bahawa pemakaian stokin ketika pantang adalah perlu untuk supaya orang tahu ibu sedang berpantang dan berjaga-jaga apabila berjalan. Maklumlah ibu berpantang sentiasa berlunjur, dan melanggar ibu jari kaki ibu berpantang dikatakan boleh menjejaskan rahim.

Namun, mungkin sebab itu tiada garis panduan khas stokin bagaimana yang harus dipakai, tapi kebanyakan ibu berpantang sering memakai stokin tebal dan kelihatan tidak kemas dan tidak selesa. Dan ada ibu yang berasa rimas apabila terpaksa memakai stokin.

kenapa kena pakai stokin lepas bersalin

Kepentingan memakai stokin selepas bersalin dari sudut sains

Rupa-rupanya ada penjelasan saintifik kenapa ibu lepas bersalin sepatutnya memakai stokin.

1. Untuk Cepatkan Penyembuhan Luka

Salah satu cara badan kehilangan haba ialah melalui tapak kaki, jadi pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum bagi melancarkan proses penyembuhan luka dalam ibu. Jika suhu badan ibu lebih rendah, dikhuatiri proses penyembuhan luka akan terganggu dan luka ibu akan lambat sembuh.

2. Bantu Otot Betis Mengecut

Dalam tempoh hamil, ibu terdedah kepada pembekuan darah kerana terdapat perubahan kepada sel-sel darah dalam badan ibu. Risiko ini berlanjutan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pembekuan darah ini paling kerap berlaku pada salur darah bahagian betis.

Semasa berpantang, ramai ibu yang kurang aktif, mungkin kerana perlu banyak rehat dan menyusukan bayi. Akibatnya pengaliran darah pada bahagian betis kurang lancar dan risiko untuk pembekuan darah adalah tinggi. Jadi, pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot dan melancarkan pengaliran darah pada bahagian betis.

Begitu juga semasa mengandung, ramai ibu yang mengalami masalah saluran darah pada bahagian betis dan paha yang mengembang. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar dan meningkatkan risiko untuk pembekuan darah. Pemakaian stokin juga perlu di sini untuk membantu pengaliran darah yang lancar.

Pemilihan stokin selepas bersalin yang sesuai

Namun, yang menjadi persoalan, adakah stokin-stokin kartun, stokin yang longgar dan tebal itu boleh menyelesaikan masalah ini?

Stokin yang paling baik ialah stokin yang ketat atau compression stockings, yang biasa digunakan oleh ahli fisioterapi untuk rawatan darah beku. Kalau tak kenal yang mana satu, macam yang Aishah Sinclair pakai dalam iklan tu, yang untuk pengaliran darah yang baik.

Biasanya stokin ni perlu dipakai oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Sebab dorang lagi tinggi risiko untuk mendapat darah beku.

Kalau tak dapat stokin ni, boleh guna stokin orang buat main bola, yang ketat dan panjang. Pemakaian stokin juga dilihat lebih kemas.

Selain itu, pilihlah stokin dari fabrik yang menyerap peluh supaya ibu lebih selesa. Dan pilih juga fabrik yang tak licin. Kang terjatuh, susah kita.

So, ibu dah nampak logiknya pemakaian stokin lepas bersalin?

Lepas ni, boleh piih stokin yang sesuai. Tak perlulah yang kartun-kartun tu yaa.. Biarlah sesuai dengan fungsinya.

 

Dapatkan Set Berpantang Terbaik Untuk Dalam Ibu, Untuk Kembalikan Tenaga & Semestinya Membantu Meriahkan Susu Badan.

 

Jika ada sebarang soalan atau perlukan info lanjut, boleh hubungi saya,                        Fyda Noh di 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *