Mudahnya Bersalin Anak Pertama Dan Pengalaman Berpantang Yang Seronok Tanpa Tekanan

lesu semasa berpantang

Mudahnya Bersalin Anak Pertama Dan Pengalaman Berpantang Yang Seronok Tanpa Tekanan

Semalam, ramai sangat saya scan ibu yang dah sampai tarikh jangkaan bersalin tapi baby masih belum nak keluar. Saya pun jadi excited juga, tak sabar nak tunggu kehadiran baby. Sebab saya ni macam takda tanda-tanda kehadiran baby, jadi saya nak share pengalaman melahirkan anak sulung dan pengalaman berpantang.

Nasib baik hari tu bos bagi cuti awal, jadi memang duk menunggu hari kat kampung lah. 3 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin, ada lendir-lendir bercampur darah tapi belum ada sakit perut. 2 hari selepas itu, saya rasakan pergerakan bayi semakin kuat dan mengalami false contraction beberapa kali. Petang tu sempat lagi makan nasi kerabu di rumah nenek.

Selepas solat Isyak, saya rasa contraction semakin kuat, saya cuba timing sendiri tapi sebab nervous, memang tak dapat.

Disebabkan suami tak ada di sisi, jadi ibu bapa sayalah yang membawa ke hospital, tapi saya tidaklah rasa sakit begitu kuat. Tapi, sebab anak sulung kan, risau la jugak.

Sampai di hospital dalam pukul 10 malam. Bila tahu ini adalah anak pertama, jururawat pun acuh tak acuh saja. Biasanya kalau anak pertama lambat lagi nak keluar tu walaupun dah ada sakit perut. Mungkin boleh balik dulu malam ni.

Agak lama saya menunggu untuk diperiksa oleh doktor. Mungkin kerana mereka sibuk. Namun, sakit perut semakin kuat, terasa nak buang air besar pun ada. Tapi sempat lagi whatsapp kawan-kawan bagitahu yang saya sudah berada di hospital.

Seorang kawan membalas supaya jangan terlalu fokus pada sakit tapi berzikirlah dengan kuat. Memang saya buat pun. Lucu pula bila fikir balik, 1 dewan bersalin agaknya dengar saya berzikir.

lesu semasa berpantang

Baru 3cm, Lambat Lagi Nak Bersalin Ni

Hampir 12 pagi, barulah ada seorang doktor datang memeriksa jalan.

“Baru 3cm” katanya, dan mengarahkan agar saya dihantar ke wad dulu.

Sementa menunggu disorong ke wad, sakit perut pula makin kuat dan makin kerap. Sehingga saya terpaksa mengubah posisi seperti merangkak dengan harapan sakit akan berkurang.

Akhirnya doktor terpaksa periksa jalan sekali lagi sebelum menolak saya ke wad. Ketika itu jalan sudah terbuka sebanyak 7cm. Apalagi, kelam kabutlah mereka menolak saya ke dewan bersalin.

Alhamdulillah, proses melahirkan amat lancar sekali. 2 kali teran saya berjaya mengeluarkan kepala bayi. Pada jam 1.50 pagi, lahirkan anak yang sekian lama berada di dalam perut.

Kerana proses yang sangat singkat, bidan pun tak sempat nak gunting episotomi tapi koyak agak besar juga. Saya syak sebab sokongan yang tidak cukup kuat pada perineum.

Boleh baca di sini cara untuk elakkan koyakan yang besar ketika bersalin.

Selepas pertukaran shift pada pukul 7, saya telah dibenarkan untuk dihantar ke wad. Tengahari itu, saya telah dibenarkan pulang. Teruk betul ibu berpantang kali pertama ni, duduk pun perlu diajar. Kena duduk berlunjur untuk jaga luka, ni tak sabar-sabar nak bersila.

Hari ke-5 Berpantang Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi

Kebetulan bulan kelahiran anak saya ialah bulab mengundi PRU 14. Kebetulanlah juga saya berada di kampung jadi saya pun tak lepaskan peluanglah untuk menjalankan kewajipan kepada negara. Undi adalah rahsia. Hehe.

Saya dihantar oleh adik saya yang merupakan petugas tempat mengundi. Ketika saya sampai, kesemua kerusi roda sedang digunakan dan dia cadangkan agar saya menunggu kerusi roda dulu. Malas nak tunggu lama-lama kesian pula anak kat rumah. Jadi, saya berjalan macam biasa tapi saya dibenarkan potong barisan, maklumlah uzur.

Nasib baik saya diiringi oleh adik saya yang merupakan petugas di situ, jadi dia menjelaskan kenapa saya potong barisan kalau tak mungkin menimbulkan salah faham. Apa taknya, bila balik rumah seorang kawan sekampung telefon saya “Bukan kau baru bersalin ke? Jalan laju semacam je aku tengok masa mengundi tadi…”

Pada 1 minggu pertama, rasa ngeri untuk buang air besar memandangkan luka saya agak besar dan rasa ngilu. Sampai mak dan jururawat risau kerana saya masih belum buang air besar, tapi saya tiada rasa pula nak buang air besar. Akhirnya pada hari ke-7, saya telah buang najis yang lembut dan tiada masalah untuk membuang air besar.

Walaupun luka agak besar dan mengambil masa hampir sebulan juga untuk sembuh sepenuhnya namun saya bersyukur kerana luka itu tidak memberi sebarang masalah. Pada minggu ke-2 saya sudah keluar menemankan suami membeli-belah. Jangan tiru macam saya. Dan saya ni jenis yang tak selesa memakai kain batik memang masuk sebulan dah pakai seluar lah kat rumah.

Berjaya Puasa Penuh Sebulan Dan Susu Badan Sepenuhnya

Yang paling menarik, bulan ketiga berpantang adalah bulan puasa. Alhamdulillah kerana saya berjaya puasa penuh tanpa sebarang masalah. Tiada penat berlebihan atau kelaparan walaupun sedang menyusukan bayi.

Kesimpulannya saya boleh katakan pengalaman berpantang saya adalah pengalaman yang menyeronokkan dan memang tiada tekanan. Kalau ibu-ibu terutamanya ibu yang bakal berpantang kali pertama, rasa fobia untuk berpantang, boleh hubungi saya nanti kita share pengalaman

012 621 1883

Dan ikuti juga pengalaman sahabat saya Deeja yang mengalami masalah sembelit teruk semasa berpantang kali pertama dan untuk bayi keduanya dia telah menemui penyelesaian.

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Berpantang yang menjadi kegemaran ramai ibu di Malaysia sama ada bersalin biasa atau secara pembedahan. Kalau ibu yang bersalin secara czer, memang luka akan lebih cepat sembuh. Hubungi Fyda melalui nombor ini Fyda Noh – 012 621 1883

Anda mesti bertindak sekarang supaya boleh enjoy waktu berpantang.

 

Atau sertai ahli Shaklee di bawah VerstailGroup untuk dapatkan diskaun 15-20%. Wow, cukup murah. Sapa yang tak nak kan?

Hubungi saya laju-laju ya..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *