Misteri PCOS Tak Dapat Disembuhkan. 4 Cara Mengawal Masalah PCOS

tanda pcos

Misteri PCOS Tak Dapat Disembuhkan. 4 Cara Mengawal Masalah PCOS

Penyakit PCOS adalah penyakit yang misteri. Sebabnya nak diagnos PCOS ni bukanlah mudah. PCOS ni juga dia bukanlah penyakit, tapi kumpulan simptom-simptom yang perlu dikumpulkan untuk memastikan bahawa seorang wanita tu menghidap PCOS.

Bila dah sekian lama menderita, dan disahkan menghidap PCOS, tentulah seorang wanita tu risau kan? Tentu tertanya-tanya adakah cara untuk menyembuhkan masalah kesihatan ini?

Bolehkan PCOS disembuhkan?

Kalau yang betul, jawapan dia TAK BOLEH. Dalam perubatan moden, PCOS belum ada ubat untuk menyembuhkan tapi selalunya wanita menghidap PCOS diberikan untuk sekiranya menunjukkan simptom tertentu.

Selalunya yang wanita paling risau ialah bila haid tak teratur dan mengalami masalah kesuburan. Itulah penyebab utama wanita mencari rawatan untuk masalah tersebut.

Tapi sayangnya, dengan betulkan masalah kesuburan pun, masalah PCOS secara keseluruhan itu tak dapat diselesaikan. Jadi, saya nak cadangkan tips macammana nak kawal masalah PCOS ni seterusnya membantu anda untuk lebih sihat.

tanda pcos

4 Cadangan Wanita PCOS Untuk Kawal Masalah Kesihatan

1. Kurangkan berat badan

Bagi orang yang obes atau berlebihan berat badan, menurunkan berat memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Menurunkan berat boleh mengurangkan paras gula dalam darah dan badan boleh gunakan insulin dengan baik. Hormon-hormon lain pun berfungsi dengan baik.

Dengan menurunkan lebih kurang 5-10% berat badan, kitaran  haid pun boleh jadi lebih teratur. 

2. Pemakanan

Mungkin ramai belum tahu, PCOS ni sebenarnya berpunca daripada zat makanan yang tak seimbang. PCOS mempunyai ciri-ciri penyakit metabolik. Contoh penyakit metabolik ni ialah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

Kena banyakkan makanan yang mengandungi antioksida, iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Paling baik setiap hari kita makan pelbagai warna buah dan sayur sebab setiap warna tu mengandungi zat yang berbeza. 

Makanan-makanan ringan dan makanan proses macam pizza, burger dan makanan dalam tin tu cuba lah elakkan. 

Kurangkan pengambilan lemak tepu, makanan berminyak dan makanan yang tinggi indeks glisemik. Sebaiknya kira kalori makanan dan ambiklah yang sesuai dengan BMI badan.

3. Ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit PCOS dan kesannya adalah seperti berikut:

ubat merawat pcos

a. Untuk mengawal hormon

Gunakan pil perancang, hormon jenis tampalan, alat dalam rahim yang ada hormon dan cincin vagina. Ubat untuk mengawal hormon ni boleh mengawal kitaran haid, mengurangkan jerawat. Tapi 1 jelah, ubatan di atas adalah untuk merancang keluarga, jadi mungkin kesuburan boleh menjadi isu.

b. Ubat anti-androgen (hormon lelaki) 

Orang yang ada PCOS ni hormon lelaki lebih tinggi dalam badan dia. Ubat ni akan mengurangkan kesan akibat androgen berlebihan iaitu mengurangkan rambut gugur, mengurangkan rambut pada muka dan badan dan juga mengurangkan masalah jerawat.

c. Metformin 

Metformin ialah ubat untuk mengawal gula pesakit kencing manis kerana metformin boleh membantu mengurangkan insulin dan androgen. Selalunya selepas beberapa bulan, ubat ini boleh membantu ovari untuk mengeluarkan telur (ovum). Metformin juga boleh mengurangkan kolesterol dan bantu seseorang tu untuk dapat BMI yang ideal. 

4. Pembedahan

Untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan, 1 pembedahan boleh dilakukan untuk menipiskan lapisan luar ovari yang menebalkan dan mengelakkan berlakunya ovulasi. 

Caranya ialah macam menggerudi jalan. Buat lubang-lubang macam tu, sama ada guna laser atau jarum yang halus. Selalunya ditebuk saja dan bukan dipotong bahagian abdomen. Jadi, parutnya tak begitu ketara lah.

Apakah Cara Yang Terbaik Untuk Mengawal Penyakit PCOS ni?

Cara di atas adalah beberapa cara untuk mengawal masalah PCOS, tapi 1 perkara yang sagat penting juga tapi mungkin kita tak tahu ialah pentingnya suplimen kepada pesakit PCOS ini sebab PCOS adalah salah 1 keadaan kekurangan nutrisi dalam diri seseorang.

Untuk dapatkan suplimen semulajadi yang sesuai dengan anda, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883, atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.