Mesti Ambil Tahu Sebelum Kahwin Kalau Tak Nak Pengantin Lari

kursus kahwin

Mesti Ambil Tahu Sebelum Kahwin Kalau Tak Nak Pengantin Lari

Kalau kita tengok sekarang kan, trend dalam Shaklee sekarang ramai sangat budak-budak muda yang masih belajar buat bisnes Shaklee. Yang paling bangga tu kan, ada student yang dapat Anugerah Dekan pun berjaya jadi jutawan dalam Shaklee.

So, nak cakapnya tak ada masalah pun student buat Shaklee. In sha Allah dua-dua boleh fokus dan dua-dua boleh berjaya.

Bila dah masuk alam universiti ni, mesti ada yang dah plan untuk mendirikan rumah tangga atau mungkin jumpa pasangan hidup ketika masing-masing sedang belajar. Ramai juga yang belajar semasa masih belajar. Mula-mula kerana cinta kan, tapi lepas dah kahwin, barulah rasa kehidupan sebenar, termasuklah dari segi kewangan dan ekonomi.

Kalau anda tak tahu, punca utama perceraian di Malaysia adalah disebabkan oleh masalah kewangan. So, sebaiknya dari zaman muda, zaman sebelum kahwin ni fikir-fikirlah tentang isu kewangan ni dan bersedialah sebelum berkahwin.

bercinta selepas kahwin

Status Kewangan Sebelum Berkahwin

Kadang-kadang orang kita ni rasa bila kita tanyakan status kewangan sebelum berkahwin, nampak macam mata duitan atau pentingkan kebendaan, tapi itulah hakikatnya yang kita kena fikir.

Sebenarnya bukan sahaja nak tahu berapa banyak harta dia ada, tapi dari segi komitmen juga. Komitmen ini termasuklah pinjaman pendidikan, ansuran kad kredit atau kewajipan lain contohnya wang kepada mak ayah atau ahli keluarga. Walaupun mungkin agak tak selesa nak berkongsi maklumat macam ni, tapi jangan la lepas kahwin baru tahu pasangan anda tu kena sara keluarga dia, tak ke boleh jadi point bergaduh?

Keserasian Dari Segi Kewangan

Apabila berkait soal cinta, ramai di antara kita mengharapkan pasangan yang serasi. Biarpun tak sempurna, tapi saling memahami.

Tapi selalunya kita ambil kira perasaan, yang tahu jaga hati, yang ingat tarikh-tarikh penting, yang romantik. Jarang sekali kita nak pertimbangkan keserasian dari segi kewangan.

Bukannya nak cakap mesti ada banyak harta ke, cuma sepakat dalam perancangan kewangan bila dah kahwin nanti.

Kena kenal pasangan kita, adakah dia boros ataupun pandai berjimat?

Adakah nak menyewa atau nak beli rumah pertama?

Adakah nak kongsi kereta atau mesti ada kereta masing-masing?

Perkara ni perlu diambil kira dalam merancang kewangan keluarga. Kalau tak senada, mungkin boleh jadi masalah.

kursus kahwin

Gabungan Kewangan

Sebab kita sehati sejiwa dan sehidup semati kan, ada yang memilih untuk buka akaun bersama selepas berkahwin. Mungkin mereka fikir sebab banyak perbelanjaan yang akan dikongsi bersama contoh ansuran atau sewa rumah, pembayaran bil, ansuran kereta, perlindungan insuran atau takaful dan bil-bil bulanan.

Walaupun berkongsi akaun ni memberi manfaat untuk jangka masa panjang, namun ada juga orang yang rasakan mereka hilang kebebasan dalam mengawal kewangan sendiri. Mungkin mereka rasa terikat untuk melakukan hobi atau impian yang mereka inginkan.

Membuka akaun bersama juga lebih berisiko jika pasangan memutuskan untuk bercerai dan proses pengagihan wang dalam akaun bersama menjadi lebih rumit.

Tapi apa pun keputusan, anda berdua perlulah sebulat suara dalam membuat perancangan perbelanjaan untuk kepentingan bersama.

Meraikan Detik Indah Bersama

Bestkan kalau kita bercinta lepas kahwin, so sekali-sekala kita nak raikan dengan sesuatu yang istimewa, contohnya melancong ke luar negara, atau sepraiskan pasangan dengan kereta idaman dia.

Tentulah ini perlukan belanja yang banyak kan?

Bagaimana pula selepas dapat anak? Perbelanjaan untuk anak, rancangan persekolahn anak dan keperluan dia yang lain.

So, sebelum kahwin dah boleh buat pengiraan siap-siap, dengan gaji sekarang adakah cukup untuk buat benda-benda di atas.

Ini juga lah sebab saya buat keputusan untuk mulakan bisnes Shaklee dan alhamdulillah hampir setiap tahun kami bawa anak-anak ke luar negara untuk bercuti. Rezeki anak kan, kita menumpang je..

Kesimpulannya perkahwinan ni bukanlah benda-benda yang seronok sebab nak memenuhi naluri kita untuk berpasangan, tetapi banyak benda yang kita perlu fikir termasuklah bab kewangan ini.

tips kembara new zealand

Nak Saya Bantu Anda Kukuhkan Kewangan Sebelum Berkahwin?

Anda cuma perlu buat 1 tindakan yang mudah, iaitu hubungi saya sekarang dan saya akan bantu anda untuk buat keputusan sekarang.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.