Mengidam Makanan Manis Mungkin Tanda Hormon Tak Seimbang

Mengidam Makanan Manis Mungkin Tanda Hormon Tak Seimbang
Hormon adalah salah 1 benda yang paling sibuk dalam badan kita. Hormon bantu fungsi badan dari segi fisiologi dan tingkah laku kita. Sikit perubahan pada paras hormon mungkin memberi kesan yang tak menyenangkan, terutamanya kaum wanita.
Sebab tu, wanita ni asal ada perubahan sikit, orang cakap hormon tak stabil.
Sangat penting untuk kita faham yang hormon wanita ni boleh turun naik dan ini boleh mengubah aktiviti harian wanita tersebut. Walaupun keadaan ni normal, tapi ada banyak perkara yang boleh menganggu hormon wanita seterusnya menjejaskan kesihatan.
Tanda-Tanda Wanita Mungking Mengalami Masalah Hormon Tak Stabil.
1. Berat badan naik mendadak
Jika anda dapati berat badan naik dengan cepat dan sangat susah untuk turunkan balik, mungkin puncanya berkaitan dengan hormon yang tak stabil. Hormon estrogen yang berlebihan menyebabkan lemak berkumpul dalam badan, sebab tu berat badan cepat naik.
Kenapa Wanita Penghidap PCOS sukar menurunkan berat badan.
Pengumpulan lemak berlebihan ni boleh meningkatkan risiko penyakit lain termasuklah penyakit jantung.
2. Kepenatan
Ada masa-masanya kita memang rasa nak rehat je, nak baring. Sekali-sekala boleh la. Sebab itu hak badan kita juga untuk berehat, tapi kalau sampai rasa tak ada tenaga, tak ada motivasi nak bangun pun, kemungkinan besar ada masalah lain yang berlaku dalam badan kita.
3. Masalah tidur
Hormon tak stabil boleh menganggu tidur yang aman.
Kalau anda mengalami masalah susah tidur, mungkin hormon tak stabil ialah punyanya.
4. Kurang nafsu bersama pasangan
Masalah ni pun biasa dikalangan wanita. Lepas bersalin tak ada nafsu bersama suami, rasa hubungan tak sehangat dulu. Hormon tak stabil boleh menganggu hubungan suami isteri. Sebab melibatkan 2 hati dan perasan kan, so memang kena cari jalan penyelesaian.
5. Kecelaruan emosi
Kadang-kadang ok, kadang-kadang marah, adakalanya sedih pula. Mungkin kita boleh kaitkan dengan tekanan, stress atau kemurungan. Tapi, apa yang mungkin disebalik semua itu ialah hormon yang tak seimbang.
6. Asyik rasa nak mengunyah
Kita semua memang suka makan. Apa lagi kat Malaysia ni, ada macam-macam jenis makanan. Tapi, masalah dengan orang yang hormon tak seimbang ni, sentiasa rasa nak mengunyah atau mengidam makanan manis. Makan macammana pun tak tak kenyang. Kadang-kadang kita rasa ok, kudap-kudap kan, tapi pengambilan makanan manis berlebihan akhirnya meningkatkan berat badan pula.
7. Haid tak teratur
Ini memang masalah biasa yang membuatkan wanita risau dan terutamanya bila yang berusaha nak dapat anak (TTC). Tapi ini bukan satu-satunya masalah hormon tak seimbang.
8. Perubahan aliran haid
Aliran darah yang sedikit atau berlebihan juga mungkin disebabkan oleh hormon yang tak seimbang.
Tips Untuk Seimbangkan Hormon Secara Semulajadi
1. Tukar pemakanan, tukar gaya hidup
Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan sel. Makanan yang tidak berkhasiat contohnya makanan ringan, makanan proses, gula ringkas dan karbohidrat ringkas adalah musuh anda. So, kena kurangkan atau jauhi terus.
Pilih makanan yang berkhasiat;
- Sayuran berdaun hijau. Paling baik yang fresh dan mentah. Kalau masak pun, hati-hati jangan sampai terlebih masak.
- Semua jenis buah-buahan. Makan buah adalah lebih baik daripada buat jus.
- Makan yang tinggi serat.
- Tingkatkan asid lemak omega-3.
2. Jalani hidup yang aktif dengan senaman.
Buatlah apa-apa senaman yang anda suka dan lakukan dengan tetap atau kerap. Kurang bersenam boleh menaikkan berat badan dan menjadikan masalah berat badan semakin teruk.
3. Bertenang
Jika kehidupan anda memang sibuk, ambil lah masa untuk berehat. Kurangkan stress itu, sebab stress boleh menyebabkan masalah hormon anda jadi makin teruk.
4. Jaga kitaran circadian
Saya tak tahu dalam bahasa Melayu nya apa, tapi circadian ni maksudnya kitaran fungsi badan kita secara semulajadi. Maksudnya dalam masa sehari tu, ada masa-masa hormon kita naik dan ada masa dia turun.
Salah 1 cara untuk tetapkan kitaran ini ialah dengan dapatkan tidur yang cukup.
5. Dapatkan rawatan atau nasihat doktor
Jangan tunggu-tunggu untuk dapatkan rawatan yang betul bila dapati anda ada masalah berkaitan hormon tak seimbang.
Doktor akan membantu anda mengenali tanda-tanda hormon tak stabil dan berikan rawatan yang sesuai.
Untuk memilih pemakanan yang baik boleh klik di sini, Makanan Yang Membantu Mengawal Hormon Wanita.
Hormon tak stabil ni walaupun nampak macam masalah ringan, tapi sebenarnya jika tak dikawal dari awal boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang besar, termasuklah meningkatkan risiko kencing manis, penyakti jantung dan kanser.
Amalkan gaya hidup sihat, pilih makanan yang baik dan sihat dan lakukan saringan kesihatan secara berkala.
Untuk hubungi saya, anda boleh klik wasap ini –> www.wasap.my/60126211883/hormontakstabil