Mencegah Barah Dengan Antioksida

cara mengelak kanser

Cara Mencegah Barah Dengan Antioksida

Tentu semua masih ingat dengan Almarhum Tunku Jalil yang mangkat pada 5 Disember lepas. Tentu peristiwa ini adalah kisah sedih penutup kepada tahun 2015 terutamanya kepada rakyat negeri Johor. Baginda meninggal dunia dalam usia yang begitu muda kerana kanser hati.

Walaupun telah menjalani pembedahan pemindahan hati pada awal tahun ini di China, tapi disebabkan tahap kansernya yang sudah sampai tahap ke-4, pembedahan itu sudah tidak boleh menyembuhkan lagi.

Seluruh negara menyatakan kesedihan yang teraat sangat di atas kehilangan ini. Bahkan ramai yang seolah tidak percaya dan tidak dapat menerima berita ini. Begitulah tanda-tanda orang yang baik amalan dan sikapnya, yang menjadi buah mulut orang walaupun selepas kematiannya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Sedangkan rakyat jelata terkesan dengan kematiannya, apatah lagi keluarga DiRaja Johor, sudah tentu lebih-lebih lagi merasinya membawa perkongsian daripada ibunda Almarhum Tunku Jalil mengenai penderitaan baginda. Dalam tulisannya Calm Face of Courage yang dipaparkan dalam New Straits Times (NST), antaranya baginda menyatakan,

“Saya kini menyedari wang bukanlah segalanya, mempunyai kesihatan yang terbaik adalah paling penting”

 

Kos penyakit sangat mahal

Penyakit kanser hati biasanya adalah sekunder, iaitu sel kanser daripada organ lain yang merebak ke hati dan kanser hati primer adalah sangat jarang berlaku.

Apabila sudah menghidap sesuatu penyakit, nilai seseorang menjadi terlalu mahal. Kos merawat penyakit kanser adalah mahal, kira-kira dalam RM300,000, termasuk pembedahan dan kos ubat-ubatan.

Jadi, mengekalkan kesihatan adalah lebih baik dan lebih murah daripada mendapat balik kesihatan. Dalam bahasa yang mudahnya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

cara mengelak kanser

Bagaimana kanser terjadi.

Melalui pembacaan dan pengalaman saya, melalui teori para pengkaji, setiap orang berpotensi untuk mendapat kanser. Kanser terhasil daripada sel-sel rosak dan tidak boleh dibaiki dan terus membiak untuk menjadi sel yang tidak berfungsi malah membahayakan.

Banyak teori kanser yang dikemukakan oleh saintis, namun yang paling mudah difahami dan paling diterima ialah teori radikal bebas yang telah merosakkan sel-sel badan dan menukarkannya kepada sel kanser.

Dalam teori Kimia, radikal bebas biasanya adalah molekul oksigen atau atom yang mengandungi sekurang-kurangnya 1 neutron yang tiada pasangan pada lingkaran paling luar dan sangat tidak stabil. Jika tidak dineutral segera oleh antioksida, radikal bebas ini akan bertindak balas dengan sel-sel sekitar dan menghasilkan lebih banyak radikal bebas atau menyebabkan kerosakan kepada membran sel, dinding sel, lemak-lemak dan paling teruk DNA di dalam sel yang menyebabkan sel tidak berfungsi dengan sepatutnya.

Apabila sel-sel badan terdedah kepada radikal bebas ataupun bahan-bahan yang menyebabkan kanser (carcinogens) dan mengalami kerosakan, sistem pertahanan badan akan bertindak balas dan membaiki DNA yang rosak dalam sel-sel tersebut atau sel-sel itu akan ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.

Masalah timbul apabila radikal bebas terlalu banyak sehingga sistem pertahanan badan tidak mampu lagi menguruskan radikal bebas tersebut sehingga menyebabkan sel mengalami mutasi atau berubah struktur genetiknya dan menjadi sel yang tidak normal. Sel ini akan terus berkembang dengan DNA yang bermutasi sebagai sel baru. Sel ini mungkin berkembang dengan sangat laju dan tidak terkawal sehingga mengganggu fungsi normal tubuh. Sel ini mampu merebak kepada organ-organ lain yang normal, sama ada kepada organ bersebelahannya, melalui aliran darah atau melalui cecair limfa.

Dari mana datangnya radikal bebas.

Radikal bebas ini berasal daripada apa yang kita makan dan aktiviti harian yang kita lakukan.

  • Perokok aktif dan perokok pasif.
  • Pencemaran alam sekitar.
  • Pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari.
  • Pekerjaan yang melibatkan asbestos.
  • Terdedah kepada radiasi
  • Makanan-makanan yang dipanggang atau dibakar seperti stik, sate dan BBQ.
  • Gula dan lemak berlebihan di dalam diet harian.
  • Terdedah kepada racun rumpai dan racun serangga.

Aktiviti di atas adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan radikal bebas di dalam badan kita.

Apakah antioksida dan kepentingannya kepada tubuh manusia.

Antioksida adalah bahan kimia yang bertindak balas dengan radikal bebas untuk meneutralkannya, sekali gus menghalang mereka daripada membuat kerosakan kepada sel. Bahan ini juuga dikenali sebagai ‘pembunuh radikal bebas’.

Badan juga menghasilkan antioksida secara semulajadi melalui sistem pertahanan badan. Namun, jika dilihat kepada pendedahan kita kepada radikal bebas dalam dunia kita, mungkin kita turut memerlukan antioksida daripada sumber luar, iaitu melalui pemakanan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber makanan yang kaya dengan antioksida. menurut pengkaji, 6 hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan sehari cukup untuk membekalkan antioksida kepada badan.

Kunci untuk mencegah kanser ialah dengan mendapatkan pemakanan yang shat dan seimbang. Tiada ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk menggantikan pemakanan yang diperlukan oleh badan untuk membaiki sel-selnya. Secara peribadi, saya menggalakkan pengambilan suplemen termasuk antioksida utuk mengelakkan penyakit. Namun, makanan tambahan ini perlu ditambah kepada pemakanan yang baik, bukanlah makan pelbagai makanan segera dan makan suplemen untuk menambah nutrisi. Makanan tambahan adalah pelengkap kepada makanan-makanan yang sihat dan seimbang.

Jadi, untuk membina sistem pertahanan badan yang kuat, diet yang tinggi serat dan rendah lemak dan gula, termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimasukkan ke dalam menu pemakanan harian.

Yang paling penting ialah pencegahan lebih baik daripada mengubati. Elakkan atau kurangkan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan pengambilan antioksida adalah penting untuk mencegah kanser.

Kajian menunjukkan makanan tambahan antioksida¬†(vitamin C, vitamin E dan vitamin A)¬†yang diambil bersama-sama diet seimbang selama 2 minggu mengurangkan aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel perokok dan orang yang tidak merokok. Vitamin E juga melindungi daripada senaman yang turut berpotensi merosakkan DNA sel. (SJ Duthie, M.A Aiguo, M.A Ross and A.R Collins, ” Antioxidant supplementation decreases oxidative DNA damage in human lymphocytes” Cancer Research, 15 (1996), 1291-1295 & Hartmann, A.M. Niess, et al., “Vitamin E prevents exercise-induced DNA damage” Mutation Research, 348 (1995) 195-202.

Jika ada apa-apa persoalan atau sekadar nak sembang, boleh whatsapp saya:

Fyda Noh – 012 621 1883

 

Sumber : What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine May Be Killing You – Ray D Strand, M.D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *