Malaysia Bakal Jadi Negara Orang Tua, Apa Peranan Kita?

menopaus

Malaysia Bakal Jadi Negara Orang Tua, Apa Peranan Kita?

Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara orang tua. Iaitu, kehidupan jadi lebih panjang dan kelahiran berkurang. Sebab tu orang hidup lebih lama, hidup sampai usia tua. Lama-lama negara kita akan ditadbir oleh warga emas. Sekarang pun Perdana Menteri kita pun dah hampir 1 abad.

Tapi Perdana Menteri kita tu special. Pada usia tu pun, otak masih pick up. Tapi kebanyakan orang, kalau dah tua tu mudah dapat penyakit, dah letih tak larat.

So kita nak tengok apa sebenarnya hakikat penuaan ni.

menopaus

Hakikat Penuaan Yang Jarang Kita Ambil Tahu.

Penuaan adalah proses yang berlaku secara berterusan dan beransur-ansur. Penuaan ialah apabila sel mati lebih banyak daripada sel hidup & badan tak mampu membaikpulih sel yang rosak.

Punca sebenar proses penuaan masih lagi dikaji dan pelbagai teori diberikan oleh ahli sains untuk menerangkan tentang proses penuaan. Yang penting bukan lah sebab masa yang berlalu.

Diantara teori yang di cadangkan oleh ahli sains adalah :

  1. Keradangan kronik (inflammation)
  2. Tekanan redoks (redox stress)
  3. Kerosakan mitokondria (pusat jana tenaga sel)
  4. Immunosenescense – kerosakan pada sistem imun secara semulajadi akibat peningkatan umur. Maknanya sistem imun yang baik membantu awet muda.
  5. Neuroendocrinosenescence – kerosakan pada sistem saraf & sistem hormonx 
  6. Modifikasi epigenetik 
  7. Penyakit berkaitan penuaan (atau gaya hidup tak sihat?

Namun, takda 1 pun teori tersebut boleh menerangkan semua aspek yang berlaku dalam proses penuaan. 

Penuaan bukanlah satu penyakit tapi disebabkan perubahan di peringkat sel yang ketara hingga memberi kesan kepada fungsi organ dan menyebabkan peningkatan risiko penyakit dan kematian. 

Tapi bila kita sebut tua, mesti terbayangkan wajah yang berkedut. Sebenarnya penuaan bukan saja berlaku kat kulit saja, tapi semua organ dalam badan. 

Peranan Keradangan Dalam Penuaan

Berdasarkan kajian terkini, keradangan memainkan peranan utama dalam proses penuaan dan juga punca pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit kardiovaskular, diabetes, Alzheimer, obesiti dan kanser. Keradangan juga boleh jadi penyebab masalah hormon, termasuk tiroid.

Maksudnya badan orang yang dapat penyakit tu dah tak dapat kawal keradangan tu lagi. 

Jika kita boleh mengawal kadar keradangan dalam tubuh kita, maka peluang untuk jadi lebih sihat dan kurang risiko penyakit kronik lebih tinggi dan secara tak lansung juga dapat memanjangkan usia. 

Keradangan dalam badan boleh berlaku jika ada kecederaan atau jangkitan pada peringkat sel. Kecederaan akan sentiasa berlaku dalam badan dan menimbulkan keradangan. Keradangan berterusan ini akan jadi keradangan kronik.

Terdapat banyak faktor penyebab keradangan seperti pemakanan yang tak sihat, aktiviti fizikal, obesiti, stres, pencemaran dan asap rokok dan juga tak cukup tidur.

Oleh sebab itu amalam pemakanan dan gaya hidup sihat haruslah fokus untutk mengurangkan keradangan dalam tubuh. 

Makanan sihat tentu ramai dah tahu kan – suku-suku separuh, lebihkan serat dan air putih yang mencukupi.

Selain tu, boleh ambil makanan yang mengurangkan keradangan iaitu makanan yang mengandungi DHA & EPA/omega, asid oleik/omega 9), asid laurik, tokotrienol, GLA, resveratrol buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai bahan fitokimia semulajadi yang melawan proses keradangan. 

Masyarakat perlu ambil tahu punca sebenarnya penuaan yang sebenarnya berisiko menyebabkan penyakit-penyakit kronik ni. Bukan takut muka berkedut saja. Supaya boleh ambil langkah-langkah yanh betul untuk pencegahan penyakit. Bukan tahu nak pakai krim bukan-bukan tak bagi muka berkedut.

Dunia perubatan hari ni dibebakan dengan penyakit2 kronik yang macam tak berkesudahan. Sedangkan ini berpunca daripada salah faham tentang konsep punca penyakit sebenar. Jadi kaedah yang pencegahan pun jadi tersasar.

Kenali diri anda. Fahami keperluan tubuh anda & buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri. Takkan dah dapat penyakit baru nak mencegah. Bukan tak boleh, cuma proses tu akan jadi lebih rumit berbanding menjaga kesihatan yang masih ada.

Pemakanan Untuk Penuaan Yang Sihat

umur putus haid

 

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Anda boleh hubungi saya – Fyda di 012 621 1883 untuk dapatkan info tentang produk ni atau untuk order produk.

Bila nak start ambik?

Jika anda masih muda, ini lah waktu yang terbaik untuk ambil suplimen, supaya sel-sel yang masih ok dalam badan kita akan dpelihara.

Jika lebih banyak kerosakan berlaku, proses baik pulih akan jadi lebih sukar.

So, hubungi saya sekarang untuk kesihatan anda di masa depan.

Fyda – 012 621 1883

Atau direct wasap www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.