Makan Lebih Banyak Waktu Sarapan Boleh Bantu Kawal Penyakit PCOS

cara merawat pcos

Makan Lebih Banyak Waktu Sarapan Boleh Bantu Kawal Penyakit PCOS

PCOS adalah 1 masalah kesihatan yang besar dan belum difahami sepenuhnya. 1 daripada 10 wanita dipercayai menghidap PCOS. Dan angka itu sebenarnya makin meningkat kerana semakin ramai wanita dah mengenali simptom PCOS dan semakin faham kepentingan menjaga kesihatan mereka.

Namun, jika anda disahkan menghidap PCOS, anda perlu tahu yang ada banyak cara untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mengawal simptom PCOS yang anda hadapi.

cara merawat pcos

Apa Akan Berlaku Jika Anda Ada PCOS

Bila anda ada PCOS, hormon pembiakan jadi tak stabil dan kemungkinan ada banyak cyst dalam ovari anda. Sebenarnya anda mempunyai hormon lelaki yang tinggi, terutamanya hormon testosteron, dan hormon estrogen yang rendah.

PCOS juga adalah 1 keadaan keradangan yang kronik. Salah 1 teori utama keradangan dalam PCOS ini ialah kerana meningkatkan hormon insulin dan menjadi tidak sensitif kepada sel. Keadaan ini sama dengan orang yang menghidap kencing manis.

Ini bermaksud, walaupun paras insulin yang tinggi dalam badan tapi sel tidak mengenali insulin tersebut dan tak dapat digunakan dengan baik. Ini menyebabkan paras gula jadi tinggi dan akhirnya meningkatkan risiko anda untuk kena kencing manis.

In fact, ada penghidap PCOS yang diberikan Metformin, yang selalunya merupakan ubat kencing manis untuk meningkatkan sensitiviti insulin.

Selain itu, hormon progesteron juga rendah menjadikan kesukaran untuk dapat anak atau kerap keguguran.

Simptom-Simptom PCOS

  • Cyst dalam ovari (tak semua akan ada)
  • Pertumbuhan bulu seperti lelaki paling ketara di muka
  • Kenaikan berat badan, obesiti dan sukar untuk turun berat
  • Jerawat
  • Sukar untuk mengandung atau masalah kesuburan
  • Kerintangan insulin
  • Risiko penyakit jantung meningkat

Ikhtiar Penyelesaian PCOS Secara Semulajadi

Dan tentu topik ni perlukan penjelasan yang panjang, namun saya senaraikan sahaja apakan yang boleh bantu anda untuk mengawal PCOS.

Mungkin anda nak tengok video bagaimana saya bantu seorang wanita kecutkan cyst ovari dia yang bersaiz 4cm dalam kurang lebih sebulan.

1. Pemakanan

Nak tak nak, memang kena tukar kepada diet yang berkhasiat dan seimbang. Jauhi makanan proses, makanan segera, makanan dalam tin dan seumpamanya.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dan kalau boleh cari yang organik yang bebas daripada racun rumpai dan racun serangga.

Banyakkan makanan yang rendah glisemik indeks untuk mengimbangkan dan mengawal paras gula dalam darah.

Salah 1 cara untuk mengawal PCOS juga ialah dengan mengambil kalori lebih tinggi pada waktu pagi berbanding waktu lain dalam sehari. Maksdunya masa sarapan tu makan lebih banyak berbanding makan tengahari dan makan malam. Ini akan meningkatkan pengawalan insulin, gula dan testosteron.

2. Suplimen

Antara suplimen yang boleh anda tambah dalam diet harian ialah

  • Antioksida – Membantu baiki sel rosak dan melindungi sel daripada rosak akibat keradangan
  • Asid lemak omega-3 – Mengurangkan keradangan dan mungkin boleh bantu kurangkan hormon lelaki pada wanita.
  • Chromium – Bantu tingkatkan sensitiviti insulin
  • Vitamin D dan kalsium
  • Magnesium – Boleh bantu tingkatkan sensitiviti insulin juga

3. Senaman

High Intensity Interval Training boleh membantu untuk meningkatkan hormon pertumbuhan (growth hormonw) yang memainkan peranan dalam mengawal hormon pembiakan dan sangat membantu jika anda ada PCOS.

Boleh tengok kat YouTube, hanya 20 minit sehari, 3-5 kali seminggu.

Untuk membantu anda mengawal hormon sekaligus mengawal PCOS, saya cadangkan pengambilan antioksida dari Shaklee. Jadi, saya nak berkongsi pengalaman orang yang dah cuba suplimen Shaklee ni.

kecutkan cyst

haid tak teratur

 

Untuk dapatkan suplimen ini dan konsultasi, boleh hubungi saya, Fyda di 012 621 1883 atau boleh klik link di bawah

Ikhtiar Kawal PCOS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.