Lebih 80% Penyakit Jantung Terjadi Kepada Lelaki, Risiko Kematian Semasa Tidur

ashraff sinclair meninggal semasa tidur

Lebih 80% Penyakit Jantung Terjadi Kepada Lelaki, Risiko Kematian Semasa Tidur

Dalam minggu ni je, kita dengar 2 kes kematian senyap. Sebenarnya setiap masa pun ada orang meninggal, tapi mungkin sebab mereka ini orang popular dan kita pun kenal, jadi kehilangan mereka amat dirasakan.

Saya sangat terharu tau, selepas kematian Abam barulah kita tahu yang beliau seorang yang murah hati, banyak bersedekah dan banyak menyumbang untuk dakwah Islam sebab dia dah sponsor seorang ustaz kan. Jadi, orang Islam tentulah perlu kaya kan untuk menyokong perjuangan ni.

Sementara Ashraff Sinclair pula meninggal akibat serangan jantung dan meninggal sewaktu tidur.

Dulu-dulu penyakit jantung ni meningkat dengan peningkatan usia. Namun, sekarang statistik menunjukkan ramai golongan muda yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Maka, hasrat kerajaan menambah bilangan doktor pakar dalam bidang kardiologi sangat-sangat perlu. Penyakit pembunuh utama di dunia ini dengan lebih 17 juta pesakit meninggal dunia mengancam manusia tidak terkecuali di Malaysia. Misalnya, penyakit jantung adalah punca utama kematian di negara ini pada 2016 atau mewakili 13.2 peratus daripada jumlah kematian tempatan.

ashraff sinclair meninggal semasa tidur

Apakah Serangan Jantung

Jantung ni adalah organ yang menghantar darah ke seluruh badan, namun jantung juga ada salur darah yang membekalkan darah beroksigen kepadanya sendiri. Ada 3 salur darah utama yang membekalkan oksigen ke jantung. Serangan jantung adalah keadaan di mana,  3 salur darah utama jantung ini tersumbat. Boleh jadi 1, 2 atau ketiga-tiga.

3 salur darah utama ini adalah:
1. Left anterior descending artery
2. Right coronary artery
3. Left circumflex coronary artery

Jika perjalanan darah lancar , maka pertukaran gas oksigen dan nutrisi dapat di bekal dengan baik kepada sel otot jantung. Dengan ini otot jantung boleh mengepam darah ke seluruh badan pada kadar yang sama setiap masa.

Bayangkan… jantung kita ni berdegup 60-90 kali dalam 1 minit. Jika aktif atau bersukan mungkin sampai 140 kali dalam 1 minit.

Jantung kita berdegup 112000 kali sehari. 42juta kali setahun .

Jantung kita tak pernah berhenti berdegup selagi kita hidup. Walaupun masa tidur, walaupun sedang berehat.

Jantung ni umpama enjin dalam kereta. Lepas guna, perlu diservis. Perlu dijaga elok untuk pastikan jangka hayat lebih lama. Kalau pandai naik kereta je, tak pandai servis, apa akan jadi? Minyak enjin akan menjadi semakin likat dan kotor.  Ini menyebabkan kurang pelinciran dalam enjin dan enjin boleh tersumbat.

Begitu juga, apabila darah kita makin pekat, mungkin penuh dengan lemak, kolesterol, keradangan dan sebagainya, maka jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat. Tambahan lagi, saluran darah pun makin menyempit.

Bayangkan kalau di highway, kereta sentiasa banyak dan dari 3 lane ditutup jadi 1 Lane, apa akan jadi? kesesakan lalulintas kan? Samalah macam konsep jantung dan saluran darah.

Tapi kenapa sekarang ni lebih ramai orang-orang muda yang terkena serangan jantung?

abam meninggal

Antara Faktor Utama Yang Meningkatkan Serangan Jantung Dikalangan Orang Muda Ialah

1. Stress

Stress ni memang perlu juga sebenarnya, sebab stress ialah salah 1 fungsi fisiologi badan. Namun, zaman sekarang ni memang kita semua hidup dalam stress yang berpanjangan. Banyak benda yang harus kita hadapi – ekonomi yang tak menentu, kos sara hidup semakin tinggi, peluang pekerjaan makin sedikit, masalah dengan orang dan macam-macam lagi.

Stress yang berpanjangan ini menyebabkan kenaikan hormon cortisol dan adrenalin yang berterusan, meningkatkan keradangan dan meninggikan risiko darah beku yang boleh tersumbat pada salur darah utama tadi .

2. Evolusi Makanan

Kalau dulu kat Malaysia, kita heboh sebab restoren dibuka 24 jam. Maksudnya senangnya nak dapat makanan. Sekarang ni, lagi advanced. Nak makan, tak payah masak tak payah keluar rumah, main order je. Orang datang hantar depan pintu. Nasib tak tolong suap je.

Makanan yang kita tak masak sendiri, tak tahu lah apa yang dicampurkan?

Begitu juga juga sekarang ni lagi senang pilih restoren makanan segera, yang tinggi garam dan kolesterol. Kadang-kadang takda choice sebab kita ni makin sibuk dan harga nasi pun lagi mahal.

3. Faktor genetik

Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalami sejarah serangan jantung, sama ada anda berkongsi gaya hidup yang sama ataupun anda 1 keluarga mempunyai DNA yang cenderung untuk kena penyakit jantung.

4. Kurang aktif

Kita makin tak punya masa untuk bersenam. Kerja kerja kerja sebab nak tampung kos sara hidup yang makin meningkat. Tambah stress lagi.

Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Semua orang berisiko untuk kena serangan jantung, namun ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan risiko serangan jantung ni.

Sebab sakit jantung ni berkait dengan gaya hidup, maka kita perlulah buat perubahan gaya hidup tu. Yang paling penting ialah pemakanan, makanan tambahan dan senaman.

Makanan apa yang terbaik ?

–  Kaya dengan lemak sihat. Bukan langsung tiada lemak atau minyak. Sebab badan kita tetap perlukan lemak untuk berfungsi. Tapi bukan semua lemak kita boleh makan. Pilihlah makanan yang tinggi omega-3 yang merupakan lemak yang sihat

– Kurangkan garam dalam makanan. Kalau kita masak sendiri,senangla kan? Boleh kawal garam kita, kalau beli kat kedai tak tahu lah.. Mungkin boleh mintak kot..

– Pemilihan karbohidrat. Karbohidrat akan bekalkan gula kepada badan kita, namun pilihlah karbohidrat yang rendah glisemik indeks kena membebaskan gula sedikit demi sedikit ke dalam darah. Kurangkan karbohidrat ringkas.

– Kurangkan pengambilan makanan proses dan makanan dalam tin.

– Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Senaman

Curilah masa sedikit, paling-paling 3 kali seminggu untuk bersenam. Kalau sibuk sangat kat ofis, stop kerja sekejap. Buka youtube dan ikutlah senaman.

Medical check up

Walaupun rasa sihat, luangkan masa dan sedikit wang untuk buat medical check up. Paling minimun pun setahun sekali. Kalau boleh, 6 bulan sekali. Cek gula, kolesterol, cek jantung, buat ECG dan ujian lain yang perlu la.

Kebanyakan penyakit ni tak ada simptom, so boleh dikesan melalui medical check up.

Apa Makanan Tambahan Yang Dicadangkan Untuk Kesihatan Jantung

Makanan tambahan ni dah jadi keperluan dalam gaya hidup kita sekarang, sebab anda sendiri pun tahu kehidupan anda macammana dan gaya hidup orang sekarang ni macammana. So, saya boleh cadangkan kepada anda suplimen yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.

Nutrisi baik untuk kesihatan jantung.

Anda boleh hubungi saya di 012 621 1883 atau direct wasap

www.wasap.my/6012621188

www.wasap.my/6012621188

www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.