Kolagen Untuk Anjalkan Kulit, Elak Jadi Nenek Kebayan Sebelum Usia

kolagen menegangkan payudara

Kolagen Untuk Anjalkan Kulit, Elak Jadi Nenek Kebayan Sebelum Usia

Apabila wanita sudah mencapai usia 30-an yang paling dirisaukan ialah kedutan-kedutan yang mula muncul di wajahnya, terutama pada bahagian hujung bibir dan hujung mata.

Dengan kehadiran kosmetik-kosmetik di pasaran, termasuklah suplemen yang berasaskan kolagen sudah cukup memberikan harapan baru kepada wanita-wanita untuk mendapatkan semula wajah yang lebih muda.

Jika kita pandang lebih jauh sikit, kandungan dan keberkesanan kolagen di dalam kosmetik dan suplemen ini harus diragui juga. Ini kerana ada setengah pengguna membeli berdasarkan apa yang mereka lihat, dengar dan pengakuan pengguna lain tanpa menyelidik atau memahami dengan jelas kandungan kolagen itu sendiri.

kolagen menegangkan payudara

Kolagen boleh hilangkan kedutan kulit

Apakah kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan tubuh untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasarnya, 33% protein badan adalah kolagen dan 75% kulit manusia terdiri daripada kolagen. ia berfungsi sebagai tisu penyambung sel-sel kulit untuk memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Terdapat lebih kurang 27 jenis kolagen dalam tubuh dan terdapat pada kornea mata, kanta mata, salur darah, keratin iaitu kuku dan rambut, tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu organ seperti buah pinggang, jantung dan limfa.

Kolagen dihasilkan oleh tubuh sendiri, namun bermula pada usia 20-an penghasilan kolagen semakin berkurang. Orang-orang yang berusia 45-50 tahun pula, badan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin usia meningkat, kolagen dalam badan semakin berkurang jadi tak hairanlah warga-warga emas akan mengalami masalah sakit sendi, sakit otot dan sebagainya.

Fungsi kolagen

1. Menegangkan kulit

Saya percaya, jika sebut saja kolagen semua orang akan membayangkan kulit yang anjal, gebu, lembut dan seumpama dengannya. Kolagen akan bertindak bersama keratin untuk menjadikan kulit kuat dan anjal.

Makanya, apabila kolagen semakin berkurang, kita dapati kulit mula mengendur dan berkedut.

Apabila kolagen disuntik ke kulit yang terluka, ia akan menghasilkan satu lapisan perlindungan kepada kulit dan merangsang kulit untuk menghasilkan sel baru. Ini bermakna kolagen berkesan untuk memulihkan parut, mengecutkan epithelium, kedutan dan garis halus.

2. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi

Kolagen berupaya merapatkan susunan sel dan mempercepat pertumbuhan sel baru. Dengan fungsi ini, kolagen mampu mengelakkan perkumpulan pigmen pada sel kulit sekaligus mencerahkannya.

3. Melambatkan proses penuaan kulit

Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen semakin berkurangan, jadi kulit akan menjadi kering dan kusam dan menampakkan seseorang lebih berusia daripada umur sebenar.

4. Mencantikkan dan menyuburkan rambut

Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan kulit kepala membekalkan nutrisi kepada rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering, bercabang dan tidak bermaya.

5. Menegangkan payudara

Payudara sebenarnya terbentuk daripada tisu penyambung dan lapisan lemak yang menyokong struktur tisu payudara. Kolagen pula bertindak bersama tisu polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat bagi menyokong dan menegangkan payudara.

6. Menguatkan tulang

Kandungan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Kekurangan kolagen adalah salah satu penyumbang kepada masalah osteoporosis dan kekejangan otot yang membentuk hampir 80% daripada jumlah kepadatan tulang, sedangkan kalsium, magnesium dan fosforus hanya memenuhi 20% sahaja.

Menurut Dr Mariani Abdul Hamid, Pensyarah Kanan, Unit Bisnes Strategik Komersiutikal, Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia, keberkesanan pengambilan suplemen kolagen antara individu adalah berbeza bergantung kepada gaya hidup dan sistem tubuh badan seseorang. Bagi individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang dengan nilai nutrisi tinggi, kesannya mungkin lebih cepat berbanding individu yang tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Jadi, ini bermakna, untuk sihat dan cantik kita perlu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dan mengambil pemakanan yang seimbang terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen termasuklah kolagen.

Untuk anda yang perlukan konsultasi untuk gaya hidup sihat dan pemilih suplemen yang sesuai dengan anda, boleh hubungi saya (Fyda : 012 621 1883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *