Ketulan Payudara Wanita Muda Adakah Berisiko Kanser?

cara merawat ketulan di payudara

Ketulan Payudara Wanita Muda Adakah Berisiko Kanser?

Seorang wanita, yang masih muda, dah tentu sangat terkejut dan panik bila mendapati terdapat ketulan pada payudara. Pelbagai andaian bermain di fikiran.

Sebenarnya anda tak perlu fikir sangat, terus saja ke klinik terdekat untuk pemeriksaan. Saya faham, memang menakutkan kalau ada benda tak normal pada diri kita. Tapi, bukankah dengan segera buat pemeriksaan lagi tenang hati kita bila dapat tahu keadaan sebenar.

Tak semua ketulan payudara adalah kanser atau pun membahayakan nyawa. Namun, kanser boleh terjadi kepada semua peringkat umur.

Contohnya fibroadenoma, adalah benign dan bukan kanser. Ketulan itu boleh jadi ketulan keras atau kantung air (cyst) yang selalunya ditemui pada bahagian atas payudara.

Selalunya ditemui dalam wanita subur di bawah 30 tahun.

Walaupun penyebab ketulan ini tak diketahui dengan jelas, namun banyak kajian mengaitkannya dengan nutrisi dan estrogen yang berlebihan. Orang yang lebih banyak makan buah dan sayuran didapati lebih rendah risikonya.

cara merawat ketulan di payudara

Rawatan Ketulan Fibroadenoma Payudara

Dalam banyak kes, fibroadenoma tiada apa-apa rawatan, namun ada wanita yang memilih pembedahan supaya rasa lebih tenang.

Namun begitu, doktor mungkin cadangkan pembedahan untuk buang ketulan tersebut jika dalam pemeriksaan atau ada sesuatu yang tak normal dalam ujian yang dijalankan, ataupun saiznya terlalu besar, ketulan itu semakin besar atau ia menyebabkan apa-apa simptom yang mengganggu aktiviti.

Walaupun selepas di buang, tak mustahil fibroadenoma itu akan tumbuh semula.

Jika rawatan yang dipersetujui ialah tidak dibedah, sangat penting untuk meneruskan temujanji untuk mengesan perubahan pada ketulan tersebut.

Namun, ramai juga yang takut untuk melakukan pembedahan kerana:

  1. Ia mungkin mengubah bentuk payudara
  2. Kadang-kadang fibroadenoma boleh mengecut atau hilang sendiri.
  3. Fibroadenoma yang tiada perubahan.

Tapi, takkan nak biar je macam tu kan? Tentulah risau jugak. Beberapa panduan yang saya nak kongsi untuk membantu masalah fibroadenoma ini:

Panduan Untuk Membantu Orang Yang Menghidap Fibroadenoma Di Payudara

1. Kurangkan makan daging atau kalau boleh berhenti lagi bagus.

Cuba ubah gaya makan kepada vegetarian. Cuba perlahan-lahan mungkin kurangkan daging dan ayam dulu. Ikan adalah antara pilihan lauk yang lebih baik.

Kalau nak makan daging atau ayam pun, cari yang organik yang bebas bahan kimia dan hormon.

2. Elakkan gula ringkas.

Ni gula pasir lah. Jadi, elakkan apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi gula atau makanan tinggi gula.

3. Elakkan makanan atau bahan yang mengandungi xenostrogen yang boleh meningkatkan hormon estrogen.

4. Amalkan jus sayur-sayuran yang segar. Kalau boleh, cari yang organik untuk mengelakkan bahan kimia yang berbahaya.

5. Bijak kawal stress dan dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

6. Kurangkan atau elakkan makanan berminyak dan makanan proses.

7. Jika anda merancang keluarga menggunakan pil perancang, anda boleh bincang dengan doktor pilihan yang tidak menggangu hormon.

8. Kurangkan kafein. Walaupun tiada kajian yang jelas menunjukkan kaitan kafein dengan fibroadenoma, namun pengambilan kafein yang banyak boleh mengganggu hormon wanita. Jika anda mempunyai ketulan pada payudara dan suka minum minuman yang mengandungi kafein, anda mungkin nak kurangkannya.

Suplemen Cadangan Untuk Fibroadenoma

1. Multivitamin dan multimineral

Setiap orang sepatutnya mula dengan asas ini. Multivitamin yang baik harus mengandungi sekurang-kurangnya 12 vitamin yang tak dihasilkan oleh badan dan 7 minerals.

Multivitamin meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan, membantu sistem imun, mengelakkan radikal bebas dan mengisi lompong nutrisi dalam makanan harian.

2. Protein soya

Soya mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai estrogen atau dipanggil phytoestrogen.

Phytoestrogen ini kesan estrogennya rendah. Ia menghalang tindakan estrogen dengan bertindak pada reseptor yang sama.

3. Omega-3, Omega-6

Asid lemak Omega-3 adalah antiradang yang membantu mengurangkan saiz ketulan.

Omega-6 dikatakan asid lemak penyebab radang. Namun, omega-6 jenis GLA adalah sumber antioksida yang baik dan membantu mengawal hormon wanita.

4. Vitamin C

Vitamin C ialah antioksida yang larut air. Vitamin C melindungi bahagian cecair dalam tisu.

5. Vitamin E dan selenium

Vitamin E ialah antioksida yang larut lemak. Dalam payudara kita sebenarnya lebih banyak lemak, jadi vitamin E melindungi bahagian berlemak ini daripada tekanan oksidatif.

Ramai wanita melaporkan kesakitan semakin berkurang selepas pengambilan vitamin E.

6. Vitamin D

Tisu payudara mempunyai reseptor untuk vitamin D. Vitamin D mencegah pembahagian sel yang cepat yang mana risikonya ialah DNA sel mungkin tersilap dan sel rosak akan terhasil.

Kekurangan vitamin D menyebabkan sel payudara akan membahagi dengan cepat.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Payudara

kanser payudara tahap 4

Namun, produk ini hanya menyokong kesihatan. Bukan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Anda dinasihatkan mengikut rawatan yang dicadangkan oleh doktor ok..

Sebarang pertanyaan atau untuk tempahan boleh hubungi Fyda – 012 621 1883

atau isi borang di bawah, saya akan hubungi anda secepat mungkin.

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *