Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung Elakkan Kecacatan Saraf Bayi

asid folik untuk ibu mengandung

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung Elakkan Kecacatan Saraf Bayi

Sejak bekerja di klinik kesihatan ibu dan anak, hari-hari kerja saya ialah scan ibu-ibu mengandung. Kadang-kadang sampai rasa nak muntah pun ada. Dan biasanya untuk ibu yang tiada risiko, biasanya saya boleh lakukan dengan lebih cepat. Bukanlah tak teliti buat kerja, cuma kerana pesakit yang terlampau ramai dalam sehari, menjadikan kerja perlu dibuat dengan cepat.

Namun, pada suatu hari, pesakit saya ialah seorang ibu yang hamil 7 bulan dan memang tiada apa-apa faktor risiko. Ketika melakukan scan, saya dapati sukar untuk mendapatkan bulatan kepala bayi itu. Pada mulanya saya fikir, mungkin saya yang tersilap atau kedudukannya yang menyebabkan bulatan kepalanya sukar didapati, namun selepas beberapa kali mencuba saya dapati memang bentuk kepalanya agak ganjil.

Selepas dirujuk ke hospital pakar, bayi itu telah disahkan tidak mempunyai tempurung kepala ataupun anencephaly. Pasangan ini dicadangkan untuk menamatkan kandungan kerana kemungkinan untuk bayi hidup selepas dilahirkan adalah amat tipis dan jika hidup mungkin dia akan meninggal dalam masa beberapa jam selepas lahir. Namun, pasangan ini memilih untuk melahirkan bayi itu terlebih dahulu. Bahagian ini agak mengharukan.

asid folik untuk ibu mengandung

Anencephaly adalah salah satu daripada kecacatan tiub neural yang terjadi semasa proses perkembangan bayi di dalam kandungan.

Anencephaly bermungkinan besar disebabkan oleh gabungan genetik dan persekitaran. Namun, kebanyakan pakar berpendapat asid folik adalah vitamin yang sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko penyakit ini dan sebaiknya dimulakan sebelum ibu mengandung lagi. Namun, terdapat beberapa ubat yang boleh mengurangkan paras asid folik termasuk ubat untuk penyakit mental dan penyakit metabolik.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa sekiranya ibu mempunyai penyakit sawan atau kencing manis jenis 1, bayinya berisiko untuk lahir tanpa tempurung kepala.

Ada juga bayi yang mengalami masalah ini tanpa sejarah keluarga. Namun sekiranya seseorang ibu pernah melahirkan bayi anencephaly, risiko untuk masalah ini berulang meningkat untuk kandungan seterusnya.

Asid folik yang juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Pengambilan asid folik juga sangat penting untuk membaiki DNA yang rosak dan membina DNA baru dalam sel badan.

Bila otak bayi mula terbentuk

Sebelum ibu sedar bahawa haidnya sudah lambat, otak bayi sudah pun mula terbentuk, jadi sekiranya badan ibu tidak cukup menyumbangkan asid folik ini, risiko perkembangan otak bayi berdepan dengan masalah adalah tinggi.

Kepentingan asid folik dan vitamin B kepada wanita hamil

1. Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan asid folik pada awal kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida atau neural tube defect dalam bayi yang akan dilahirkan.

2. Mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mengalami masalah bibir dan lelangit terbelah (cleft lip atau cleft palate)

3. Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang

4. Memastikan perkembangan fizikal bayi berlaku dengan baik dan mengelakkan perkembangan fizikal terencat.

5. Mengelakkan peningkatan homocysteine iaitu bahan kimia yang boleh menyebabkan keguguran.

Bila boleh mula makan asid folik

Sebaik sahaja seorang wanita merancang untuk hamil, suplemen ini boleh terus dimulakan. Atau sekurang-kurangnya dalam 12 minggu pertama kehamilan. Selepas kandungan 12 minggu ada panduan untuk berhenti, tapi bagi saya lebih baiklah diteruskan.

Dos asid folik yang disarankan untuk wanita biasa (yang tidak hamil) ialah 400 microgram (0.4gram), sementara untuk wanita hamil pula dicadangkan 600-800 microgram (0.6-0.8 gram).

Namun, dos untuk wanita hamil bergantung kepada doktor yang merawatnya terutamanya jika wanita mengandung itu berisiko tinggi seperti:

1. Mengalami masalah kecacatan pada kehamilan yang lepas.

2. Isteri atau suami mempunyai masalah neural tube defect.

3. Ibu mengambil ubat sawan

4. Ibu mempunyai penyakit seperti diabetis, celiac disease, sickle sel anemia atau thalassemia.

Memilih Asid Folik Terbaik

Apabila seseorang wanita hamil, vitamin asid folik akan diberikan dari klinik. Tapi, adakah itu asid folik sumber yang terbaik?

Saya cuma nak share vitamin B Complex Shaklee yang merupakan produk semulajadi. Asid folik dalam B Co ini dicipta dengan keboleh serapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti. Dalam makanan zat asid folik susah untuk diserap dan 99% vitamin asid folik di pasaran ialah sintetik.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik. Dalam pil vitamin B, mesti ada 8 komponen ni supaya vitamin tu seimbang dan berkesan. Kalau ada komponen yang terlebih atau terkurang, kandungan vitamin B dalam tubuh tak seimbang.

Vitamin B Complex yang baikĀ  mestilah :

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B mengikut saranan RDA.

2. Mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B4 dan B12 tidak terlalu besar.

4. Bukan rumusan larut air (sustained-release)

Dan vitamin B Complex Shaklee memenuhi semua kriteria ini. Dan untuk pengetahuan anda, vitamin B Shaklee telah dimasukkan ke dalam senarai National Essential Medicine. Maksudnya doktor pun boleh prescribe vitamin B Shaklee untuk pesakitnya.

Jadi, kenapa tak cuba vitamin Shaklee sahaja, yang dijamin semulajadi.

Jika anda perlukan info lanjut, boleh whatsapp Fyda di 012 621 1883.

Atau, boleh terus buat tempahan vitamin B Shaklee dengan klik gambar di bawah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *