Kencing Manis Punca Mata Rabun Dan Cara Jaga Kesihatan Mata

rabun mata kencing manis

Kencing Manis Punca Mata Rabun Dan Cara Jaga Kesihatan Mata

Boleh bayangkan tak kalau nikmat penglihatan kita ditarik? Bayangkan bila kita bangun tidur dunia tetap gelap walaupun kita dah buka mata. Mata, ialah organ yang kecil tapi sangat besar manfaatnya. Dengannya mata yang kita miliki nilah, kita boleh lihat sebesar-besar alam.

Antara ancaman utama mata ialah 1 penyakit yang sangat ramai penghidapnya. Berita baiknya, penyakit itu boleh dicegah. Dan komplikasinya boleh dibendung.

Penyakit yang saya maksudnya ialah kencing manis. Penyakit yang boleh mengancam kesihatan manusia dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kali ni, saya nak cerita komplikasi kencing manis kepada mata.

Klik sini jika nak tengok gambaran mata manusia.

rabun mata kencing manis

3 masalah kencing manis yang boleh menjejaskan mata.

Mata kita sebenarnya berbentuk bulat seperti bola. Dalam bebola mata tu terdapat cecair yang mengekalkan bentuk bebola mata. Cecair ni ada komposisi dia tersendiri dan ada mekanisme untuk memastikan komposisi bahan-bahan dalam mata sentiasa berada pada paras normal.

Pada peringkat awal, apabila gula terlalu tinggi dalam cecair mata, kanta mata boleh mengembang dan menyebabkan pandangan menjadi kabur. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila paras gula normal semula.

Namun, apabila bagi pesakit diabetes, disebabkan keradangan berlaku dalam badan dalam tempoh yang lama, kerosakan sel akan terus berlaku dan menjejaskan mata seperti berikut,

1. Glaukoma

Glaukoma terjadi apabila ada tekanan yang tinggi dalam bola mata kerana cecair dalam mata tak dapat mengalir dengan baik. Terdapat 2 ruang cecair antara kanta yang menjadi tempat pengumpulan gula. Bila cecair itu pekat kerana gula tinggi, ia akan menarik lebih banyak air. Pengaliran air yang tidak bagus menyebabkan air berkumpul dengan banyaknya dan tekanan meningkat.

Glaukoma bukan saja menyebabkan penglihatan terganggu kerana tekanan pada saraf. Sikit-sikit air menekan saraf mata dan menyebabkan masalah penglihatan secara tiba-tiba. Tanda lain glaukoma ialah kesakitan di bahagian mata dan kepala.

2. Katarak

Katarak merupakan penyebab utama kehilangan penglihatan di negara membangun. Apabila gula terlalu tinggi dalam mata, gula ditukarkan kepada sejenis gula lain yang dipanggil sorbitol. Sorbitol boleh merosakkan tisu kanta mata sehingga menyebabkannya menjadi legap.

Kalau nak tahu macammana rasanya katarak ni, cuba pejam mata dan suruh orang suluh lampu ke mata. Begitulah keadaan katarak, hanya nampak cahaya sahaja.

3. Kerosakan saraf (diabetic retinopathy)

Keradangan yang terjadi akibat gula dalam pesakit kencing manis menyebabkan kerosakan saraf termasuk saraf mata. Saraf mata ini sangat penting kerana hanya ada 1 saraf sahaja yang bersambung ke mata. Kalau rosak tu memang habislah.

Suplemen Untuk Melindungi Mata Pesakit Kencing Manis

Saya sangat suka nak cadangkan Vivix Shaklee kepada semua pesakit kencing manis supaya dapat menjalani kehidupan lebih sihat. Vivix bukanlah ubat untuk menyembuhkan kencing manis, tetapi salah satu bahan aktif dalam Vivix iaitu resveratrol telah mendapat perhatian saintis kerana memberi impak yang positif kepada kesihatan.

Melalui banyak kajian, resveratrol terbukti dapat

1. Menurunkan paras gula puasa – yang menjadi indikasi kepada kemampuan badan untuk mengawal gula.

2.Mengurangkan kerintangan insulin, sekaligus meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin.

3. Meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Kolesterol HDL akan membantu mengangkut kolesterol berbahaya daripada aliran darah.

Secara tak langsung resveratrol membantu mengawal paras gula dalam darah. Dan ini sangat membantu untuk mencegah atau melambatkan komplikasi kencing manis.

rabun mata kencing manis

Selain itu, Vivix sendiri terbukti mampu meningkatkan tenaga dalam sel. Selalunya pesakit kencing manis ni selalu penat kerana sel yang kurang bertenaga dan tak boleh berfungsi dengan baik.

Resveratrol juga bertindak sacara langsung di mata dan mengurangkan radikal bebas yang merosakkan mata.

Jadi, jaga penglihatan sebaik-baiknya. Dan sentiasa mohon Allah jaga kesihatan kita.

Untuk tempahan atau info lanjut, boleh whatsapp saya,

Fyda Noh – 012 621 1883

Atau jika nak dapatkan sendiri Vivix secara online, boleh klik link di bawah..

Saya nak kawal penyakit kencing manis. Kemudian, boleh hubungi saya untuk info lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *