Kenapa Wanita Bekerja Tak Boleh Bergantung Kepada 1 Pendapatan Sahaja?

tak boleh bergantung pada 1 gaji

Kenapa Wanita Bekerja Tak Boleh Bergantung Kepada 1 Pendapatan Sahaja??

Serius.. memang tak terfikir hidup saya jadi macam ni. Ingatkan bila dah belajar penat, terus dapat gaji tinggi dan jadi orang kaya. Rupanya nak duit banyak tak semudah itu.

Saya mula buat Shaklee sebab nak tampung belanja balik kampung. Almaklumlah, dipisahkan Laut China Selatan ni. Nak balik kampung pun kena naik belon kan.

Masa baru-baru kenal Shaklee saya pun tak tahu sangat apa-apa bonus dalam Shaklee. Cuma tahu, sebab saya dah makan produk dia, dah rasa kesan baik dia kan lebih baik berkongsi. Bila cakap kat mentor nak buat bisnes, dia bagi step by step nak buat apa.

Alhamdulillah, naik rank pertama dalam Shaklee dan terus buat belanja pergi Osaka.

Bersyukur Ditemukan Dengan Bisnes Shaklee Ketika Masih Bekerja

Saya nak share perkara ni terutama bagi anda yang sedang bekerja. Bila kita dah kerja, kita mungkin fikir, buat apa nak buat bisnes? KN dah ada gaji. Fokus kerja dah la..

Saya rasa dah banyak benda ni berlaku di keliling kita. Bila kerja makan gaji, sebenarnya kita tidaklah begitu selamat kerana bila-bila sahaja keadaan mungkin berubah.

Sebagai contoh, musim PKP baru ni, banyak sangat orang terkesan – ada yang dibayar gaji separuh, ada juga dibuang kerja.

Walaupun bekerja dengan syarikat yang kukuh atau kerja dengan kerajaan. Nak kerja dengan kerajaan pula bukan senang. Ada yang hampir setahun menganggur sementara tunggu panggilan.

Saya teringat kata-kata CEO Shaklee Corporation, Roger Barnett. Beliau berkata,

START WHEN YOU NEED IT THE LEAST BECAUSE YOU WON’T KNOW WHEN YOU WILL REALLY NEED IT” ROGER BARNETT, SHAKLEE CORPORATION.

tak boleh bergantung pada 1 gaji

Cuba bayangkan pula kalau anda berada di tempat mereka. Dalam keadaan tak sedia, di berhentikan kerja. Bukan nak mintak la kan, tapi itu risiko yang boleh berlaku jika kerja bawah orang.

Zaman sekarang walaupun kita isteri ni dapat duit daripada suami, tapi kebanyakannya hanya untuk belanja rumah dan anak-anak. Jaranglah cukup untuk simpanan. 

Sebaiknya, orang perempuan pun kena ada duit sendiri. Dengan duit sendiri kita ada power sendiri, lagipun duit yang kita dapat tetap kita gunakan untuk keluarga juga kan.

Jadi nasihat saya, MULAKAN BISNES SHAKLEE PADA SAAT ANDA TAK MEMERLUKANNYA.

Bisnes Shaklee Adalah Bisnes High Class

Saya perasan, sejak join bisnes Shaklee ni, banyak betul improvment dan peningkatan dalam diri saya. Seolah-olah dipaksa berubah jika terus nak kekal dalam bisnes ni. Shaklee ni tak sama dengan bisnes MLM lain. Kali pertama saya join event Shaklee, memang terasa sangat berbeza Shaklee ni.

Sebab apa tau?

Sebab bila masuk event Shaklee, stroller penuh kat belakang dewan. Semua orang cuba commit walaupun terpaksa bawa anak dan management Shaklee pun ok asalkan anak tak mengacau. Cuma sebaiknya, bila bisnes ialah kerjaya, kita pun kena pandai-pandai lah uruskan keluarga juga.

CEO Shaklee pun sangat hormat kepada kita sebagai orang Islam. Contohnya kalau ditaja melancong ke luar negara, Shaklee akan sediakan makanan halal dan tempat solat yang selesa.

Berbalik kepada perubahan kepada diri saya. Ada banyak sangat perubahan pada diri saya, yang bagi saya, perubahan yang positif lah, selepas saya buat bisnes Shaklee.

1. Didedahkan Kepada Amalan-Amalan Kerohanian

Masa zaman sekolah dulu, memang saya dah terdedah dengan amalan rohani. Tapi, masa tu sebab terpaksa lah sebab kira peraturan sekolah jugak.

Sejak bekerja, saya kurang dah buat amalan-amalan kerohanian. Mungkin saya hanyut dengan kesibukan bekerja dan keluarga. Makan pun tak sempat, nak buat amalan rohani pula. Allah mesti faham, itulah kata-kata nak menyedapkan hati.

Bila saya join team iReach, antara benda yang paling awal di ajar ialah amalan rohani. Bukan nak kata dengan amalan rohani tu, rezeki makin melimpah dan tak buat apa-apa, tapi amalan rohani tu untuk kuatkan hubungan kita dengan Yang Bagi Rezeki kat kita.

2. Berani Berimpian

Walaupun saya ialah wanita yang ada kerjaya, tapi ini ialah kelemahan saya sebenarnya. Dulu, saya rasa ini jelah jalan hidup saya, sampai tak buat benda lain, sampai tak ada impian lain.

Sampailah saya join Shaklee, Shaklee dah buka saya punya minda bahawa dalam hidup ni ada macam-macam benda yang kita boleh kecapi dan nikmati.

Masa kecil-kecil tentu kita ada macam-macam impian, tapi bila dah masuk dalam dunia realiti, iaitu dunia pekerjaan lah, kita rasa dah makin mustahil nak capai apa yang kita impikan. Betul tak?

Dalam program Roda Kehidupan, kami dibawa balik ke masa silam. Masa zaman kecil-kecil yang berani berimpian dulu.

Rupanya ini yang saya sering berangan masa kecil dulu.

  • Saya suka jadi orang penting, saya suka jadi orang yang sentiasa ke depan.
  • Saya suka main salji. Tengok cerita yang guling-guling main salji, aduii bestnya.
  • Saya suka benda-benda branded dan berprestij
  • Saya suka bergaya, pakai pakaian cantik-cantik
  • Saya suka ada duit banyak, saya nak shopping tanpa saya fikir berapa banyak balance dalam akaun saya (duit banyak, buat apa fikir balance kan)
  • Saya suka travel luar negara (terutama negara orang kaya)

tips bawa anak main salji

3. Tambah Ilmu Leadership

Disebabkan Shaklee ni ialah bisnes networking, takda orang bekerja untuk sesiapa melainkan untuk diri sendiri, tapi setiap orang perlu jadi mentor bisnes kepada orang yang dia bawa masuk ke dalam kumpulan dia.

Jadi, untuk jadi pemimpin, mestilah kena ada leadership. Dalam Shaklee banyak sangat ilmu leadership diajar untuk menambahkan kemahiran kita. Dan yang paling best, mentor saya iaitu, Master Lyna dan Master Z adalah pasangan suami isteri yang paling top dalam Shaklee Malaysia.

4. Shaklee Bantu Tingkatkan Kesihatan

Zaman sekarang ni, kesihatan sangat penting. Sebab budak 18 tahun pun dah ramai yang kena penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit mental akibat stress.

Bila kita jual Shaklee, obvious la kita pun kena pastikan diri kita amalkan gaya hdup yang sihat. Sebab saranan Shaklee bukan sahaja nak kita makan suplimen, tapi juga supaya kita jaga makan, bersenam, kawal stress dan juga makan suplimen.

Banyak jugalah kesihatan saya jadi lebih baik sebab amalkan suplemen Shaklee.

 

bisnes shaklee

5. Lebih Yakin Dengan Diri Sendiri

Sekarang ni zaman internet kan. Orang buat kerja dengan jari. Banyak mesej-mesej pasal body shaming hingga jadikan mangsa tu sangat-sangat tak yakin diri. Betul, body shaming tu salah. Tapi, sampai bila kita nak harapkan orang lain pertahankan kita. Sampai ada undang-undang tak nak bagi orang mengata orang lain.

Kalau ada peluang untuk perubahan kepada yang lebih baik, why not kan? Memang ada benda yang tidak boleh diubah, tapi ada benda yang boleh diubah.

Ada banyak sebab yang menyebabkan kita jadi kurang yakin dengan diri sendiri. Antaranya:

  • Kurang ilmu dan pengalaman
  • Penampilan diri (fizikal dan kesihatan)
  • Financially

Alhamdulillah, ramai yang berubah dan percaya pada diri sendiri selepas bisnes Shaklee. Dari tak pandai bercakap dengan orang, jadi pandai bercakap. Dari tak reti nak menulis, jadi pandai menulis. Sebenarnya, semua itu ada dalam diri anda. Anda cuma perlukan sesuatu untuk keluarkan kebolehan anda itu.

Tak kira siapa pun anda dan di mana anda bermula, yang penting semua mesti bermula daripada and dan anda betul-betul mahukannya. In sha Allah, jalan itu akan terbentang luas.

bisnes tanpa modal

Bantulah diri anda dengan izinkan diri anda untuk berjaya. Hubungi saya, Fyda di nombor 012 621 1883, atau klik link di bawah

Saya Nak Mulakan Bisnes Shaklee Sekarang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.