Kenapa Tulang Patah Tak Bercantum-Cantum?

patah tulang lama sembuh

Kenapa Tulang Patah Tak Bercantum-Cantum?

Tulang adalah struktur yang membentuk badan manusia. Jadi tulang memang sangat-sangat penting. Tulang terbina daripada kalsium, protein, kolagen dan sebenarnya benda yang sangat kuat dan tak mudah patah.

Nak patahkan tulang sebenarnya perlukan tekanan yang sangat kuat. Contohnya eksiden, pelanggaran yang kuat. Barulah boleh patah.

Tapi sekarang ni, macam senang sangat tulang nak patah kan? Ada orang jatuh sikit je, terkehel sikit je dah patah tulang.

Maknanya apa?

Kita dah kurang nutrisi untuk pembentukan tulang yang kuat. Yang paling penting ialah protein, kalsium dan kolagen.

patah tulang lama sembuh

Apa Yang Berlaku Bila Tulang Patah?

Macam juga kulit kita yang luka, bila tulang patah sel-sel baru kan terbentuk untuk menyambung bahagian yang patah. Pada asalnya tulang tetaop bersambung walaupun tak dirawat, namun ada beberapa kes yang memerlukan pembedahan sebab mungkin patah tu ada terlari alignment. Jadi kena operate supaya alignment tu betul dan tulang boleh sembuh dengan cantik.

Namun ada juga tulang yang tak sembuh-sembuh walaupun dah dapat pembedahan terbaik. Ada yang ambil masa yang lama sangat untuk sembuh.

Ada juga tulang yang dah sembuh tapi tak bersambung.

Apa Yang Diperlukan Untuk Penyembuhan Tulang?

Untuk penyembuhan tulang, ada 3 perkara yang penting. Iaitu kestabilan, bekalan darah dan nutrisi.

1. Kestabilan

Rawatan tulang patah paling asas ialah bahagian yang patah tu perlu diletakkan di posisi yang asal. Maksudnya alignment kena betul dan perlukan kurangkan pergerakan hingga tulang tu dah bercantum.

Kalau tulang tu tak lari, mungkin kena simen untuk elakkan banyak pergerakan. Kalau tulang lari, mungkin kena masuk besi dulu untuk bagi alignment betul.

2. Bekalan darah

Perjalanan darah mesti lancar ke bahagian yang patah. Sebab bahagian tu perlu lebih oksigen, sel-sel untuk menyembuhkan dan bahan-bahan kimia untuk menyembuhkan.

Disambung itu, tulang yang patah ni juga perlu bina salur darahnya balik.

3. Nutrien yang baik

Untuk penyembuhan, seseorang tu perlu makan nutrisi yang cukup. Pemakanan sihat dan seimbang termasuk protein, kalsium, vitamin C, vitamin D, kolagen, zat besi dan antioksida untuk mengurangkan kerosakan sel yang boleh melambatkan penyembuhan tulang patah dan meningkatkan sistem imun.

Sebab tu pengambilan suplemen untuk bantu penyembuhan adalah penting. Kecuali kalau anda memang amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari.

Selain tu, merokok juga boleh mengurangkan nutrien dalam badan. So, jika merokok adalah lebih baik untuk berhenti terus supaya penyembuhan tulang tak terganggu.

Jika 3 faktor diatas terganggu, risiko tulang tak sembuh atau tulang tak bersambung adalah tinggi.

Faktor risiko lain yang meningkatkan risiko tulang tak bersambung.

1. Penggunaan rokok atau nikotin dalam apa jua bentuk. Baik orang merokok, perokok pasif, kunyah tembakau, gula-gula getah nikotin atau nikotin patch.

2. Warga emas

3. Ada penyakit kencing manis

4. Ada anemia

5. Kekurangan vitamin D.

6. Ada penyakit hypothyroidism

7. Nutrisi tak seimbang.

8. Ubat-ubatan termasuk aspirin, ubat tahan sakit dan steroid.

9. Jangkitan

10. Tulang patah yang hancur terus atau ada luka di kulit.

12.

Bagaimana Nak Bantu Tulang Patah Sembuh Dengan Cepat

Cepat atau lambatnya kepatahan akan sembuh bergantung kepada banyak faktor. Selain faktor fisiologi tulang yang tidak akan berubah secara asasnya, ia juga bergantung kepada orang tu sendiri. Orang yang sanggup menjaga kesihatan diri, mengikuti setiap nasihat yang diberikan serta berhenti merokok akan mempunyai peluang lebih cerah bagi kepatahan beliau sembuh dengan cepat.

Sebaliknya, orang yang tidak berdisiplin dalam menjaga nutrisi diri, terlalu berpantang dan merokok akan berisiko mendapat komplikasi tulangnya gagal bercantum (non-union) yang mungkin memerlukannya melalui pembedahan bagi membantu proses penyembuhan berlaku.

Selain dari rawatan di hospital, apa yang kita boleh ikhtiarkan ialah dengan menambah nutrisi yang baik dalam diet kita.

Antara yang terbaik ialah Set Patah Tulang Shaklee yang membantu melengkapkan nutrisi dan bantu penyembuhan dengan lebih cepat.

In sha Allah.

Klik sini untuk bacaan lanjut;

Tulang Patah Sembuh Dalam Sebulan Sahaja

Tips Penyembuhan Tulang Patah

Sebarang pertanyaan atau tempahan produk boleh hubungi Fyda di

www.wasap.my/60126211883
www.wasap.my/60126211883
www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *