Kenapa Saraf Di Kaki Paling Awal Rosak Dalam Pesakit Kencing Manis

cara hilangkan kebas kaki

Kenapa Saraf Di Kaki Paling Awal Rosak Dalam Pesakit Kencing Manis

Apabila seseorang disahkan menghidap kencing manis, antara komplikasinya ialah kerosakan saraf. Dalam banyak-banyak saraf dalam badan kita, saraf di kaki adalah yang paling mudah rosak. Sebab itu pesakit kencing manis diajar untuk periksa kaki sendiri untuk elakkan jangkitan.

Sebab bila dah rosak saraf, deria rasa akan hilang. Maknanya bila terpijak benda tajam ke, ada luka takkan rasa sakit. Bila takda sakit, tentulah orang tu buat tak tahu saja kan? Sampai lah luka tu kena jangkitan, melepuh, bernanah dan mungkin sel boleh mati.

Sebab tu kena cek kaki sendiri, supaya kalau jadi apa-apa anda yang akan alert dulu. Dan terus jumpa doktor jika ada luka.

cara hilangkan kebas kaki

Tapi Kenapa Saraf Kaki Yang Rosak Dulu?

Sebelum seseorang disahkan menghidap kencing manis, gula dalam badan dia memang sedia tinggi. Selain itu paras insulin juga tinggi kerana tak dapat digunakan. Ditambah pula dengan kolesterol. Ketiga-tiga benda ni akan buat darah jadi lebih pekat.

Bila darah lebih pekat, pengalirannya akan jadi lambat. Penghantaran oksigen dan nutrien ke seluruh badan juga terganggu.

Jadi, kenapa kaki?

1. Kaki adalah organ paling jauh daripada jantung, jadi pengaliran darah balik ke jantung adalah lebih lambat. Saraf pada kaki akan terdedah lebih lama kepada darah yang mengandungi gula yang tinggi. Oksigen dan nutrien tidak dapat disalurkan dengan baik kepada saraf.

3. Gula yang tinggi juga boleh merosakkan saraf secara langsung.

Komplikasi kencing manis bukan berlaku sehari dua, tapi makan masa bertahun-tahun. Jadi sikit-sikit, saraf kaki akan rosak sampailah satu tahap, simptomnya mula dirasai.

Simptom-simptom tu bukan saja kebas atau semut-semut, tapi ada yang mengadu rasa kejang kaki, sakit dan cepat lemah terutamanya bila buat aktiviti.

Cadangan Produk Shaklee Untuk Membantu Kawal Gula Pesakit Kencing Manis Dan Elakkan Kebas

cara hilangkan kebas kaki

 

Produk Shaklee dibuktikan oleh ujian klinikal memang berkesan untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. Produk ini juga selamat untuk jangka masa panjang. Tapi, ubat doktor mesti teruskan dan mesti teruskan temujanji dengan doktor ok..

Suplemen bukanlah ubat tapi untuk menyokong keperluan nutrisi kita yang mana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik ni.

So, boleh amalkan tanpa ragu-ragu.

Jika anda ada sebarang persoalan mengenai produk Shaklee atau pengawalan penyakit anda atau ingin menempah produk Shaklee, boleh hubungi saya dengan mengisi borang di bawah atau klik saja www.wasap.my/60126211883.

Nak beli Set Saraf sendiri?

Anda boleh beli secara online dengan menggunakan kredit atau debit kad. Caranya mudah saja. Klik saja gambar di bawah.

beli sekarang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *