Kenapa Pesakit Kencing Manis Mesti Proaktif Jaga Kesihatan Dan Bukan Harapkan Ubat Semata-Mata

kena potong kaki

Kenapa Pesakit Kencing Manis Mesti Proaktif Jaga Kesihatan Dan Bukan Harapkan Ubat Semata-Mata

Ada sesuatu yang menarik mengenai penyakit kencing manis yang saya nak kongsi dengan anda semua. Saya pun baru belajar, sebab tu seronok nak berkongsi ni. Mengenai Legacy Effect dalam rawatan kencing manis.

Kencing manis ialah penyakit yang progresif, maksudnya dia bermula dengan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, hakikatnya bila orang tu disahkan menghidap kencing manis sebenarnya dah ada organ dia yang dah rosak atau fungsinya dah berkurang.

kena potong kaki

Komplikasi Kencing Manis Melibatkan Kerosakan Salur Darah

Kencing manis ni, selain dia serang organ secara lansung, dia merosakkan salur darah yang menyambung kepada organ tersebut. Jadi, komplikasi kencing manis boleh dibahagikan kepada 2:

1. Makrovaskular iaitu melibatkan kerosakan salur darah besar.

Organ yang terlibat termasuklah jantung, otak dan kaki.

2. Microvaskular iaitu melibatkan kerosakan salur darah kecil.

Organ yang terlibat termasuklah mata, buah pinggang, saraf yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk dan kehilangan deria rasa di kaki.

Kencing Manis Perlu Dikawal Dengan Ketat

Jadi, bila seseorang ada kencing manis, prinsipnya kita nak turunkan dan kawal gula dia dengan cepat dan ketat. Jadi kadang-kadang orang tu diberi beberapa jenis ubat walaupun baru disahkan menghidap kencing manis.

Sebab ikut kajian, jika gula dikawal secepat dan seketat mungkin dalam 10 tahun pertama selepas diketahui menghidap kencing manis, komplikasi yang melibatkan salur darah besar seperti serangan jantung, strok dan risiko kaki dipotong boleh ini boleh dilambatkan selama 10 tahun.

Inilah yang dikatakan Legacy Effect.

Menurut kajian, beberapa bulan gula tinggi dalam darah, sejenis protein akan terbentuk dan mendap dalam salur darah. Protein ini yang merosakkan salur darah jika dibiarkan. Jadi, kalau kita cepat turunkan gula tersebut dan kawalnya dengan ketat, kerosakannya boleh dikawal dan tak mustahil salur darah itu boleh dibaikpulih. Sebab tu risiko penyakit makrovaskular boleh dikurangkan.

Dan salur darah kecil juga boleh dilindungi. Itu juga anatara yang paling penting kan? Sebab kerosakan buah pinggang paling banyak disebabkan oleh kencing manis. Begitu juga dengan buta.

Seketat mana nak kena kawal tu bergantung kepada doktor yang merawat anda. Jadi, ikut nasihat doktor ya..

Orang-orang muda memang dapat manfaat yang lagi besarlah.

Ada Masalah Juga Dengan Kajian Ini

Tapi, masalahnya kajian ini menggunakan ubat semata-mata. Tak ada tindakan aktif daripada pesakit sendiri atau perubahan gaya hidup. Ini menyebabkan ramai doktor yang sering terlupa nasihatkan pesakit mengenai perubahan gaya hidup, atau pun penekananan sikit saja.

Ada doktor yang tak percaya pesakit dia boleh buat mengubah gaya hidup dan boleh ambil bahagian dalam menjaga kesihatan sendiri. Sebab tu, kerja dia nak naikkan ubat je, tapi tak pernah nak tahu pemakanan harian dan aktiviti harian pesakit dia.

Yelah, kadang-kadang bukan nak kata jugak tapi doktor tu risau sangat pesakit kencing manis ni. Sebab komplikasi kencing manis memang teruk sangat. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tu yang dia tak nak ambik risiko.

Jadi, bagi yang belum ada kencing manis, jaga kesihatan baik-baik. Terutamanya kalau anda berisiko tinggi.

Yang dah ada kencing manis, komplikasi tu bukan benda main-main. Ambil langkah proaktif untuk lindungi diri anda jugak. In the end, ini adalah hidup anda. Kalau ada orang nak jaga okla, kalau tak…

Cadangan Suplemen Untuk Kesihatan Optimum

Selain daripada jaga makan, senaman elakkan terdedah dengan persekitaran yang berbahaya, contohnya asap rokok atau asap kenderaan, suplemen juga adalah benda yang wajib untuk kesihatan kita.

Kenapa?

Sebabnya macammana kita jaga makan sekalipun, khasiat dalam makanan tu sebenarnya dah berkurang, apa lagi kalau pemakanan kita tak seimbang.

Tapi, bukan semua vitamin sama. Bagi saya yang mengamalkan produk Shaklee, memang saya sangat sarankan produk ni untuk diamalkan sebab produk ni ada kajian yang buktikan dia selamat dan berkualiti tinggi.

Paling penting kena ada bukti yang produk kita amalkan tu selamat, sebab tu yang kita isi dalam perut. Jangan pula konon-konon makan suplemen untuk kesihatan, tapi itulah penyebab kesihatan merosot.

suplemen untuk kesihatan

Untuk buat tempahan Set Kesihatan Shaklee ni, boleh whatsapp saya di 012 621 1883

atau isi borang di bawah ni,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *