Kenali Pemilik Ketam Kecil

Assalamualaikum semua pembaca dan selamat tahun baru.

Alhamdulillah setelah beberapa lama menunda, akhirnya saya mula menulis untuk blog ini. Betullah kata orang ‘setiap langkah bermula dengan langkah pertama’. Jadi, untuk mencapai langkah-langkah dalam hidup, mulakan dulu langkah pertama.

Saya ingin perkenalkan dulu diri saya. Pembaca boleh panggil saya Fyda Noh. Saya bekerja dalam sektor perubatan yang sudah hampir 3 tahun.

Ketika bertugas di wad kanser, hampir setiap hari air mata saya tumpah. Cuba senyum bersama pesakit yang saya tahu menanggung kesakitan. Menjalani rawatan kemo mengikut jadualnya, tapi harapan untuk sembuh sebenarnya agak tipis kerana kebanyakan kanser dikesan apabila berada pada peringkat yang bahaya.

Berkenaan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi pula. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Selepas rawatan kemo, pasti mereka akan berasa sangat letih, dengan rambut gugur dan sebagainya.

Melalui pembacaan, saya percaya pesakit-pesakit kanser perlu mendapatkan pemakanan yang seimbang dengan zat dan nutrien secukupnya untuk membantu melawan penyakit kanser.

Kemoterapi atau radioterapi memanglah rawatan yang paling utama, namun disamping itu diri sendiri perlu kuat dan sel-sel normal perlu dilindungi supaya dapat berfungsi dengan baik untuk hidup yang lebih berkualiti.

Saya boleh dihubungi melalui:

Telefon : 012 621 1883

Emel : fydanoh@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *