Kanser Serviks : Dari Mana Kanser Serviks Muncul?

kanser serviks

Kanser Serviks : Dari Mana Kanser Serviks Muncul?

Serviks hanya ada pada insan terpilih sahaja. Iaitu wanita laa. Sebab serviks ialah sebahagian dari rahim atau uterus wanita. Nama lain bagi serviks ialah pangkal rahim.

Sebab rahim tu bentuknya macam container, jadi serviks ialah bukaan kepada container tu, tapi tak ada penutup lah.

Apa-apa yang keluar dari rahim perlu melalui serviks dahulu, termasuklah bayi. Boleh bayangkan tak macammana bukaan serviks yang sangat sempit tu, boleh keluarkan seorang bayi.

Subhanallah..

Selain itu juga, cecair serviks boleh menentukan kesihatan serviks kita.

Sebab tu seorang perempuan perlu jaga betul-betul kesihatan rahim dia. Sebab dari rahim itulah, terciptanya seorang manusia baru.

Jom Kenali Serviks Sendiri

Jom kita belajar sini fizikal serviks kita ni. Sekarang anda boleh rujuk kepada gambar.

kanser serviks

Kalau anda perasan di bahagian external os, adalah pintu kepada pembukaan serviks.

Bahagian luar yang boleh dilihat dengan mata kasar namanya ectocervix.

Bahagian dalam atau dinding dia tu namanya endocervix.

Kedua-dua bahagian ni, iaitu ectocervix dan endocervix lapisan sel dia berbeza.

Kenapa lapisan sel kedua-duanya berbeza? Sebab fungsi keduanya berbeza.

Di kawasan ni juga ada 1 bahagian yang dipanggil zon transformasi (transformation zone) yang merupakan pertindihan lapisan sel endocervix dan ectocervix.

bagaimana kanser serviks terjadi

Transformation zone adalah tempat di mana sel-sel yang tak normal sering muncul. Namun lokasi transformation zone ini boleh berbeza antara setiap wanita.

Dalam wanita muda selalunya lebih di bahagian luar, manakala wanita lebih berusia, transformation zone dia mungkin berada di bahagian lebih dalam.

Boleh terus follow saya untuk perkongsian info tentang kanser serviks dan kesihatan serviks anda. Jika nak hubungi saya, boleh klik link di bawah

Ingin Tahu Lebih Lanjut Kesihatan Serviks

 

shaklee harga ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.