Kalau Tak Uruskan Stress Dengan Baik, Stress Itu Akan Keluar Sebagai Kanser

obesiti penyebab kanser

Kalau Tak Uruskan Stress Dengan Baik, Stress Itu Akan Keluar Sebagai Kanser

Pernah terfikir tak, apa agaknya perasaan jika jumpa doktor dan disahkan menghidap kanser?

…..

Tak sanggup kan nak fikir.

Mungkin kita tak pernah hadapi tapi bagi orang yang pernah menghadapi situasi ini, setiap kata-kata yang keluar dari mulut doktor tu seolah-olah halilintar yang menyambar dan membakar hati. Macam batu 100 tan menghempap kepala.

Sakit!

Perit!

Memang itu adalah reaksi normal bila menerima ujian yang sangat getir tu. Apa lagi bila terjadi kepada diri sendiri. Pernah ada seseorang yang disahkan menghidap kanser. Balik rumah, dia berkurung dalam bilik selama 2 minggu dan tak benarkan sesiapa pun masuk dalam bilik tersebut. Ranap, remuk hati. Macam hidup dah berakhir.

Dia perlukan masa untuk bangkit semula dan alhamdulillah dalam masa 2 minggu berkurung tu la baru dia dapat kekuatan untuk meneruskan hidup. Sebab ada yang tak boleh bangkit balik pun.

Keadaan itu sangat sukar. Siapa yang suka berbicara soal mati?
Macam-macam soalan bermain di fikiran. Kenangkan impian tak tercapai, masa yang terbuang. Berapa lama lagi masa untuk habiskan dengan anak-anak dan keluarga.

Manusia Sering Tertipu Dengan Nikmat Kesihatan

Kesihatan tu akan terasa bila hilang dari kita. Sedangkan sebelum tu kita tak pernah menjaga dia pun. Berat badan berlebihan, pemakanan tak seimbang. Tak terfikir pun semua tu adalah punca rosaknya kesihatan kita.

Kanser sekarang ni tak mengenal usia tapi sangat berkait-rapat dengan gaya hidup. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyumbang utama. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!

obesiti penyebab kanser

Bagaimana Kanser Boleh Berlaku?

Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks.Penyebabnya bukan 1 saja. Tapi banyak faktor yang perlu diambil kira. Secara asasnya, ia bermula dari DNA sel yang rosak. Sel yang rosak itu berkembang menjadi sel kanser. Sel kanser ini akan membesar dan merebak tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain.

Kalau nak lebih faham, DNA kita ni macam komputer, ada kod tertentu untuk kawal on, off, program dan lain-lain. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca. Semua kerja-kerja kita pun terkacau.

DNA ni kod dalam badan kita, macam kod komputer la. Bila kod ni dah rosak, habis sistem rosak. Mula la timbul sel yang pelik dan tak boleh dibunuh oleh sistem imun kita. Dia boleh terjadi kat mana-mana saja. Kalau dalam kes kanser ovari,ia bermula di ovari, kemudian akan merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka.

Apakah Punca Sebenar DNA Rosak?

Bila kita dah tahu kanser berpunca daripada DNA yang rosak, tentu kita nak tahu kan bagaimana DNA tu boleh rosak? Sebab bila kita tahu punca dia, peluang untuk mencegah atau mengurangkan risiko kerosakan itu boleh diusahakan. Betul tak?

Antara punca utama kerosakan sel kita ialah keradangan atau inflamasi.

Apa benda tu? Macam pernah dengar…

Keradangan sebenarnya 1 tindakan normal imun sistem kita untuk mempertahankan diri apabila ada kerosakan sel, jangkitan kuman dan bahan-bahan penyebab alergi. Kalau ikutkan keradangan ni benda yang baik la kan?

Contohnya kepala kita terhantuk pada dinding. Sakit. Kemudian bengkak, merah. Itu la inflammasi atau radang.

Kalau itu adalah respon yang normal, apa yang bahayanya?

Bahayanya kalau keradangan ni berlaku secara berterusan. Kalau kita terhantuk sekali je, tak lama bengkak dan sakit tu akan hilang. Tapi kalau balik-balik terhantuk kepala, asyik bengkak saja. Itulah bahayanya bila keradangan tu dah jadi kronik. Sebab bayangkan kalau organ kita kat dalam sebenarnya yang sedang sakit.

Keradangan kronik juga disebut sebagai the silent killer. Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan keradangan kronik dan merosakkan DNA sel adalah :

kanser ovari

1. Stress yang kronik

Sekarang ni macam-macam benda penyebab stress. Beban kerja, gaji tak cukup, stress dengan boss, dengan staf dan sebagainya. Sebab tu kena pandai uruskan stress.

Jika anda rasa tak mampu nak uruskan stress, boleh buat terapi dengan Bonda Bai yang merupakan founder Terapi Clorox Toksid Jiwa.

2. Makanan yang tidak sihat

Gaya hidup zaman sekarang memang agak sukar untuk dapatkan makanan sebenar dan makanan sihat. Biasanya orang lebih suka memilih makanan segera yang mengandungi banyak pengawet, bahan kimia dan kalori berlebihan.

3. Gaya hidup yang tak aktif

Isu ni pernah masuk paper tau. Yang mana Malaysia dilabel sebagai penduduk yang malas sebab banyak duduk dari bergerak. Sekarang ni kita memang sibuk, tak sempat nak bersenam. Tapi ada alternatif yang kita boleh buat. Antaranya ialah virtual run yang sekarang ni banyak dianjurkan secara online.

Kalau nak follow page yang bagus untuk tips hidup aktif, boleh klik sini –> iReach Run.

tips hidup sihat

4. Merokok ataupun terdedah kepada asap rokok.

Yang ini memang sahla, sebab asap-asap beracun tu masuk ke dalam badan. So, ini akan mencetuskan keradangan.

5. Toksik

Sekarang ni, asal kita tarik nafas ada risiko untuk mendapat pencemaran udara.  Begitu juga pencemaran air dan pelbagai ubat-ubatan, suplimen yang tidak mempunyai ujian klinikal dan kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.

6. Obesiti

Sel lemak adalah adalah organ pencetus keradangan.

7. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman lagi lah akan menyebabkan keradangan. Terutamanya keradangan yang berulang.

8. Alkohol

Kajian Menunjukkan Keradangan Berisiko Mencetuskan Kanser

Dalam banyak kajian keradangan kronik dibuktikan berkait rapat dengan semua jenis kanser. Semakin lama seseorang tu terdedah kepada keradangan, semakin tinggi risiko untuk dapat kanser.

Ini kerana keradangan menyebabkan kanser dengan mencetuskan kerosakan sel yang berisiko berubah menjadi sel kanser, menjadikan sel yang rosak ini tak mati secara normal dan menggalakkan pembentukan salur darah baru yang menyalurkan darah kepada sel yang rosak tadi. Perubahan-perubahan ni memberi manfaat kepada sel kanser yang terbentuk tadi.

Sekarang anda dah tahu tentang INFLAMMASI. In shaa Allah, artikel seterusnya saya akan share jenis-jenis makanan dan aktiviti yang boleh mengurangkan inflammasi dan seterusnya meningkatkan risiko terkena penyakit kanser. 

Dan saya juga banyak berkongsi tentang kesihatan wanita di wall FB saya..

Jom jadi kawan di FB atau jemput follow saya –> Fyda Noh, coach bisnes kesihatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *