Kaki Abah Nak Kena Potong Sebab Luka Kencing Manis Makin Teruk, Tak Sangka Ikhtiar Anak Ini Berhasil

Kaki Abah Nak Kena Potong Sebab Luka Kencing Manis Makin Teruk, Tak Sangka Ikhtiar Anak Ini Berhasil

Tadi saya jumpa seorang mak cik yang disahkan menghidap kencing manis dan makan ubat kencing manis yang sangat rendah dosnya.

Bila saya cek balik, gula mak cik sangat cantik. Purata gula (HbA1C) sangat cemerlang gemilang. Susah la nak jumpa angka secantik seploles macam tepek cermin kat muka.

Rupanya ujian minum air gula dia normal sebenarnya, walau tinggi sikit tapi belum layak naik pangkat jadi orang kencing manis.

Jadi saya kata tak payah makan la ubat kencing manis ni mak cik. Mak cik bukan ada kencing manis pun.

Ini balasannya,

”Eh, biar la mak cik terus makan, doktor. Takut pula mak cik nak berhenti. Nanti naik gula mak cik..”

Ini ialah tanggapan raaaaamai orang. Bila dah makan ubat, rasa selamat. Tak ada rasa nak jaga pemakanan, senaman. Macam bila dah makan ubat umpama akan hidup selama-lamanya.

Walau dah makan ubat, mengubah gaya hidup adalah sangat mustahak. Mengubah gaya hidup tu termasuklah makanan, aktiviti fizikal, kawalan stress, hubungan dengan Tuhan, sesama manusia dan alam semesta.

Dan ubat itu bukan juga benda magik yang bila anda makan terus sihat, hilang segala musibah. Setiap ubat yang tercipta dibawa bersamanya kesan sampingan.

Sebaik-baiknya ambik ubat yang diciptakan oleh manusia tu bila perlu saja. Jadikan lah makanan yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa sebagai ubat anda.

Luka di kaki lambat sembuh

Kaki Abah Nak Kena Potong Sebab Luka Kencing Manis Makin Teruk

Kisahnya, bapa mertua Puan N ni ada penyakit kencing manis. Tahap gula yang tinggi. Tapi tak pernah nak berpantang makan dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu dia buat kerja-kerja dekat luar rumah. Kaki terpijak paku berkarat. Kaki jadi luka dan tak baik-baik.

Bernanah dan berdarah berterusan keluar. Jadi nak solat pun susah. Kesian dengan keadaan kaki dia yg tak baik-baik tu dan takut kena potong. Akhirnya Puan N perkenalkan vivix pada abah. Mula-mula memang susah nak ambik sebab dia tak percaya Vivix boleh bantu masalah dia.

Semasa ada promo vivix, dia beli dan join member. Bila 1-2 botol minum,dia rasa badan ada panas-panas dan gatal-gatal tapi tetap teruskan. Bila dah ambik sehingga 5 botol doktor sahkan abah dah tak perlu insulin.

Kaki pun bertambah baik dan luka semakin kering dan tak bernanah lagi. Bila abah teruskan pengambilan vivix yg ke 6 botol, keadaan dia semakin baik dan dah boleh solat dan berjalan seperti sediakala.

Dengan pengambilan 2 kali sehari abah dah boleh berjalan dengan baik.

Alhamdulillah.

Testimoni oleh Puan N

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Disahkan Menghidap Kencing Manis

Selepas disahkan menghidap kencing manis, anda perlu dapatkan rawatan dari hospital dan patuh kepada rawatan dan temujanji doktor.

Pesakit kencing manis perlu menjalani ujian darah berkala untuk mengesan kerosakan awal buah pinggang, perlu menjalani pemeriksaan mata dan pemeriksaan kaki untuk mengesan kerosakan saraf.

Namun ramai pesakit kencing manis sering mengadu letih dan lesu. Mungkin sebab penyakit mereka sendiri atau disebabkan oleh ubat-ubatan yang mana telah mengganggu proses normal tubuh sendiri.

Pelengkap Kepada Rawatan Moden

Selain daripada ubat hospital diberikan kepada pesakit diabetes, saya suka nak kongsikan pelengkap untuk cuba membantu mengawal paras gula dalam darah.

Vivix, sejenis suplemen yang sangat tinggi kandungan antioksidannya adalah satu minuman kesihatan yang boleh diambil sebagai pelengkap rawatan moden dengan membekalkan badan dengan nutrisi yang baik.

Vivix mengandungi kandungan polifenol yang amat tinggi yang diekstrak secara tulen dari anggur muscadine, purple carrot, knotweed Jepun dan elderberi.

Banyak kajian antarabangsa yang telah dilakukan terhadap Vivix yang mengesahkan secara klinikal potensi Vivix sebagai alternatif bantuan kepada pesakit diabetes.

Selain itu, Shaklee juga ada penyelidikan sendiri yang membuktikan Vivix selamat dan tak merosakkan organ.

sembuh dari kencing manis

Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kencing Manis Untuk Kawal Gula Dan Tampil Lebih Sihat

Vivix membantu dalam 3 fokus utama:

1. Membantu meningkat respons badan terhadap hormon insulin

Penyakit kencing manis terjadi bila sel tak boleh gunakan insulin walaupun paras insulin tingi dalam darah. Akibatnya gula tak dapat diangkut masuk ke dalam sel. Sebab tu gula terus tinggi dan tinggi.

Resveratrol membantu untuk memperbaiki kerintangan insulin ini. Semakin tinggi kandungan resveratrol, semakin baik kesannya dan Vivix mengandungi hampir 98% resveratrol tulen dan kandungannnya adalah hampir 10 kali ganda lebih tinggi daripada minuman resveratrol yang lain.

2. Mengurangkan komplikasi akibat diabetes

Komplikasi diabates boleh jadi dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ini kerana keadaan keradangan kronik dalam badan telah merosakkan sel.

Kerana Vivix bersifat anti radang, dia boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan mengurangkan kerosakan sel.

3. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah

Kandungan polifenol dalam Vivix berfungsi untuk melambatkan penyerapan karbohidrat ke dalam darah. Ini dapat mengelakkan kandungan gula dalam darah meningkat dengan cepat dan memburukkan lagi keadaan pesakit diabetes.

Polifenol juga boleh menurunkan paras purata gula (HbA1C)

Jangan Tunggu Sampai Kaki Nak Kena Potong

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidap diabetes, saya sarankan anda tidak bertangguh untuk lengkapkan diet harian anda dengan Vivix.

Jangan tunggu sehingga kaki terpaksa dipotong barulah sibuk nak cari apa-apa yang boleh tolong masalah tu. Masa tu, mungkin dah terlambat dan agak sukar untuk membantu pulihkan sel balik.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan perlukan informasi lebih lanjut, hubungi saya segera dan saya akan cuba membantu anda.

Fyda Noh
012 621 1883
www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *