Jemaah Haji Malaysia Ramai Warga Emas Dan Berpenyakit

Amir khan [un dah p mekah. Bila la turn saya

Jemaah Haji Malaysia Ramai Warga Emas Dan Berpenyakit

Pertama kali dalam sejarah saya bekerja pada hari minggu selepas mula bertugas di klinik. Tapi, yang ini lain sikit, bukan memeriksa pesakit biasa tetapi orang-orang yang dipilih Allah untuk menjadi tetamunya.

Agak berdebar juga hati ini untuk bertemu dengan bakal tetamu Allah. Sepanjang perjalanan ke klinik hati berdoa semoga dimudahkan semua urusan kerana bagi seorang doktor, memang nak sangat lepaskan semua orang menunaikan haji. Namun, semuanya bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.

Alhamdulillah, kesemua pesakit yang saya periksa memiliki kesihatan yang terkawal termasuk penghidap penyakit kronik. Yang paling saya kagum seorang wanita berusia 80 tahun yang masih cergas dan bersemangat untuk mengerjakan ibadah haji.

Saya doakan kesemua mereka selamat pergi, selamat kembali dan mendapat haji mabrur.

Amir khan [un dah p mekah. Bila la turn saya

Amir khan [un dah p mekah. Bila la turn saya

Ibadah kemuncak bagi orang Islam

Menunaikan haji sudah tentu menjadi impian setiap orang yang beragama Islam, apatah lagi ia termasuk dalam rukun Islam. Namun, tidak semua orang diwajibkan menunaikan haji, apatah lagi kita di Malaysia yang agak jauh dengan Arab Saudi.

Menunaikan haji adalah kemuncak pengorbanan seseorang hamba terhadap Allah. Maka, sudah tentu mempunyai ganjaran dan hikmah yang besar yang ingin direbut oleh semua orang.

Menerima jemputan haji adalah saat yang paling …. tak terluah dengan kata-kata agaknya, maklumlah di Malaysia kita terpaksa mengikut giliran untuk menunaikan haji. Sebab itu kebanyakan jemaah haji Malaysia terdiri daripada kalangan warga emas. Kalau dah usia emas, faham-faham sajalah. Faktor utama yang menghalang ibadah ini ialah masalah kesihatan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-84 yang diadakan pada 15 Disember 2008 telah memutuskan bahawa:

  • Pesakit yang menghidapi penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji;
  • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan dan;
  • Sekiranya, telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan haji jika berkemampuan.
  • Wanita yang mengandung tidak akan diluluskan untuk mengerjakan haji.

Kenapa bakal jemaah haji perlu sihat tubuh badan?

Perbezaan cuaca

Bakal-bakal haji perlu faham bahawa keadaan di Tanah Suci berbeza dengan keadaan persekitaran di negara kita. Yang untungnya, sekarang negara kita mengalami kepanasan yang melampau, mungkin boleh dijadikan latihan sebelum berlepas ke sama. Namun begitu, keadaan tetap tak sama.

Hawa di Tanah Suci lenih kering dan berdebu berbanding cuaca di Malaysia yang lebih lembap. Perbezaan yang paling ketara ialah perubahan suhu yang mendadak dan ekstrim antara malam dan siang. Suhu waktu siang yang terlalu panas melebihi 30°C dan mungkin boleh mencecah 40°C dan suhu pada waktu malam biasanya kurang daripada 20°C.

Suhu sejuk dan berdebu ini mendedahkan jemaah kepada pelbagai penyakit, terutamanya jangkitan saluran pernafasan. Jemaah dinasihatkan untuk memakai topeng muka setiap kali keluar dari hotel dan boleh menyemak suhu di media massa sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Aktiviti ibadah yang mencabar dan banyak aktiviti fizikal.

Hampir kesemua aktiviti dalam ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal, di mana jemaah perlu melalukan sai’e, tawaf dan melontar. Jemaah juga perlu berjalan beberapa kilometer untuk menunaikan ibadah-ibadah tersebut dan berhadapan dengan keadaan tidak selesa bila terpaksa bermalam dalam khemah di Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Kebanyakan tempat kediaman pula berjarak antara 50-700 meter daripada masjid. Malah, ada yang mungkin mencapai 1km. Jadi, secara ringkasnya, untuk mengerjakan haji, kekuatan fizikal adalah amat penting.

Bilangan jemaah yang ramai

Bayangkan semua umat Islam berkumpul di suatu tempat pada masa yang sama. Kebiasaannya bilangan jemaah yang mengerjakan haji melebihi 3 juta. Dalam keadaan orang yang sangat ramai, semua boleh agak kan sudah tentu penyakit-penyakit berjangkit terutamanya jangkitan sistem pernafasan dan penyakit kulit akan merebak dengan cepat. Jadi, adalah penting para jemaah mempunyai sistem pertahanan imun yang tinggi.

Persekitaran yang berbeza

Selain sihat fizikal, jemaah juga perlu sihat mental. Seseorang jemaah tidak seharusnya panik apabila berada di persekitaran berlainan dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Dia juga perlu peka dengan keadaan di Masjidil Haram yang hampir sama pintunya supaya tidaklah tersesat dan balik-balik kehilangan selipar.

Kepentingan pemeriksaan kesihatan

Sebelum visa haji diluluskan, jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mesti diluluskan oleh doktor sama ada kerajaan atau swasta. Dan doktor ini mestilah yang telah dilatih dan mempunyai pendaftaran pemeriksa jemaah haji. Macam saya yang mengikuti kursus pemeriksaan jemaah haji baru-baru ini.

Doktor akan mencatit di dalam Buku Rekod Rawatan (BRR) yang dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji. Kesemua maklumat mengenai tahap kesihatan jemaah direkodkan di dalam buku tersebut dan doktor memastikan pengawalan penyakit-penyakit kronik adalah baik atau pesakit perlu mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Bagi jemaah haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan, buku itu perlu dibawa ke mana-mana sahaja kerana buku itu menjadi penghubung antara doktor di Malaysia dan doktor yang bertugas di Tanah Suci. Jika buku itu tidak lengkap, maka doktor di sana akan mengalami kesulitan untuk meberikan rawatan.

Bagi jemaah yang menghidap penyakit, di nasihatkan supaya membawa bekalan ubat yang mencukupi sepanjang musim haji kerana mungkin rombongan perubatan Tabung Haji tidak membawa bekalan ubat yang sama.

Vaksinasi

Sebelum berlepas ke Tanah Suci, jemaah diwajibkan untuk mengambil vaksin untuk membantu menyediakan ketahanan badan terhadap penyakit.

Vaksin yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi ialah vaksinasi meninggococcal. Tanpa vaksin ini, jemaah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Suci. Suntikan vaksin boleh diberikan 2-3 bulan sebelum berangkat dan paling lewat 2 minggu sebelum tarikh penerbangan ke Tanah Suci.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-53 bertarikh 27 November 2002, kali ke-94 pada 20-22 April 2011 dan kali ke-105 pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan hukum menggunakan vaksin meningitis kepada jemaah haji dan umrah dan memutuskan hukumnya adalah harus.

Pihak kerajaan Arab Saudi menetapkan suntikan vaksin ini dah digunakan untuk tempoh 3 tahun. Maksudnya jika seseorang menunaikan haji tahun dan telah mendapat suntikan vaksin, jika dia ingin mengerjakan umrah pada tahun hadapan, dia tidak memerlukan vaksin lagi.

Vaksinasi pilihan

Vaksinasi pilihan yang disarankan ialah suntikan influenza (selsema bermusim) dan suntikan pnemococcal. Kedua-dua vaksin ini tidak disediakan di klinik kerajaan dan jika ada jemaah haji yang berminat, boleh dapatkan di klinik-klinik swasta.

Vaksin Influenza memberi perlindungan selama setahun, manakala Vaksin Pneumococcal memberi perlindungan selama 5 tahun.

Walapun vaksinasi ini adalah pilihan, terdapat kumpulan jemah yang digalakkan untuk mendapatkan vaksin ini:

1. Berusia lebih daripada 40 tahun

2. Merokok

3. Penghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, kencing manis dan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Ancaman penyakit di Tanah Suci

Oleh sebab perubahan suasana, cuaca, kesesakan tempat tinggal dan ibadah makan penyakit yang seringkali menyerang jemaah haji ialah batuk ataupun selsema.

Jadi, jemaah perlu dapatkan rehat yang cukup. Banyakkan minum dalam 3-4 liter sehari. Jangan takut kalau asyik nak kencing. Itu lebih baik daripada mengalami dehidrasi.

Selain itu, jemaah dinasihatkan memakai topeng muka setiap kali keluar dar hotel. Ini untuk mengelakkan penyebaran virus penyakit dan mengelakkan kulit sekitar bibir dan hidung menjadi kering yang boleh menjadi punca pendarahan hidung.

Yang kedua ialah, masalah kulit kering terutamanya bibir dan tumit. Jadi, jemaah dinasihatkan menyapu krim pelembap sejurus berada di Tanah Suci dan minum air banyak-banyak.

Penyakit ringan yang lain ialah sembelit atau cirit-birit. Jadi, jemaah perlu menjaga apa yang dimakan. Periksa dulu sama ada makanan yang ingin dimakan masih elok atau sudah basi.

Pendapat saya, jemaah haji sekalian elokla menyediakan diri suplemen dan mula bersenam supaya badan lebih fit untuk beribadah.

vitamin untuk jemaah haji

Jika berminat untuk dapatkan suplemen atau inginkan cadangan suplemen yang sesuai, boleh hubungi saya sms/whatsapp 012 621 1883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *