Isteri Mengandung Ingin Bantu Suami Berhenti Merokok, Risaukan Kesihatan Suami Dan Baby

bantu suami berhenti merokok secara lembut

Isteri Mengandung Ingin Bantu Suami Berhenti Merokok, Risaukan Kesihatan Suami Dan Baby

Seorang wanita mengandung menghidap hepatitis B kronik dah beberapa tahun datang klinik hari ni. Mula-mula dia seorang yang masuk.

Untuk pesakit Hepatitis B kronik, virus tu masih ada dalam badan tapi risiko jangkitan kepada orang lain tu kurang. Jadi pesakit Hepatitis B memang perlu dicek secara berkala untuk pastikan dia takkan menyebarkan kuman itu.

Salah 1 yang saya ceritakan pada dia ialah apa komplikasi yang akan berlaku kepada pesakit Hepatitis B kronik.

1. Kuman itu akan stay dalam badan tapi tak buat apa-apa. So hati pun tak terjejas. Hidup dengan harmoni.

2. Sel imun lebih kuat daripada virus Hepatitis & mampu membunuhnya.

3. Virus akan menyerang badan sikit demi sikit sebab imun yang lemah hingga boleh menyebabkan kerosakan hati, malah kanser.

Dia bertanya,

Macammana boleh jadi imun lemah, doktor? Kalau rokok..?
.
U merokok kah?
.
Tanya saya dengan nada terkejut beruk. Sebenarnya tak perlu terkejut pun, sebab bilangan perokok wanita di Malaysia memang semakin meningkat. Tapi sebab dia mengandung kan, terpaksa terkejut juga.
.
Tak, suami saya..
.
Ooo.. lega..
Ada banyak sebab imun badan jadi lemah, salah 1 sebab rokok. Walaupun U tak merokok tapi asap rokok daripada orang lain, lagi bahaya kepada U & baby.
.
Tak semena-mena suaminya masuk bilik.
.
U, dengar ni, U merokok tu sebenarnya bahayakan I & baby..
.
Tapi saya merokok di luar.
.
Walaupun encik merokok kat luar, tapi asap & racun2 dalam rokok boleh melekat kat baju & mulut. Jadi bila encik dukung anak (masa tu dia sedang dukung anak sulung), boleh masuk juga dalam paru-paru dia.
.
Suaminya mengangguk.
.
Saya memang mahu berhenti, kata dia.
.
Kalau macam tu, saya rujuk ke klinik berhenti merokok.
.
Angguk lagi.
.
Kami bertiga sama-sama senyum & terpancar cahaya kesyukuran di wajah sang isteri.

bantu suami berhenti merokok secara lembut

Orang Merokok Bukan Saja Tak Sayangkan Diri Tapi Bahayakan Orang Lain

Bagi saya, mereka yang merokok dan membiarkan asap rokok mereka disedut orang lain adalah orang yang tidak bertanggung jawab.

Saya mohon maaf. Saya memang agak serius dalam hal ni. Sebab saya sensitif bau rokok. Rasa nak muntah. Ada juga pesakit yang datang jumpa doktor selepas merokok. Saya betul-betul rasa nak halau keluar, tapi saya tahan nafas dan percepatkan proses rawatan, disamping merujuk mereka ke unit berhenti merokok. Ada beberapa klinik kerajaan di Malaysia yang ada unit sendiri untuk bantu orang berhenti merokok. Mungkin anda boleh dapatkan bantuan daripada mereka.

Banyak respon yang saya terima apabila saya nasihatkan pesakit supaya berhenti merokok. Yang paling popular ‘perlahan-lahanlah nak berhenti’.

Ada juga yang marah saya balik dan sanggup tak ambil ubat.

Saya akui, awal-awal bertemu dengan orang begini (yang kerjanya membazir ubat saja) membuat saya rasa meluat dan selalu marah-marah. Akhirnya saya terfikir tiada guna saya marah mereka kerana saya tiada kaitan dengan mereka dan hanya menambahkan aura negatif dalam diri saya.

Saya kasihan sangat dengan orang yang merokok. Saya tahu, mereka sudah ‘terperangkap’. Di sudut hati, mahu berhenti. Tetapi tak mampu nak melakukannya atau tak sanggup melakukannya.

Kisah seorang pak cik ni benar-benar menarik perhatian. Beliau seorang imam tapi merokok. Saya cuba menasihatinya dengan lembut sambil berkata saya sayang orang alim macam pak cik, tapi rokok tu umpama membunuh diri sendiri. Jika Rasulullah ada didepan pak cik, adakah pak cik akan merokok?

Tiba-tiba pak cik termenung dan sayu. Katanya bukan dia tak mahu berhenti merokok, malah isteri dan anak-anak selalu membebel bila dia merokok. Disebabkan itu, egonya tercabar menyebabkan dia lagi susah nak berhenti.

Berhentilah merokok sebelum rokok ‘berhentikan’ anda dan ahli keluarga anda. Nampak macam lawak. Tapi ini sangat serius.

Setiap tahun, 10,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok kerana pelbagai peyakit. Sama ada kerosakan paru-paru, kanser dan penyakit jantung.

Siapa lagi yang perlu beritahu anda bahawa merokok itu haram? Anda tunggu siapa untuk membuatkan anda berhenti merokok?  Cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Saya harap sangat, saya doa sangat agar sesiapa yang baca entry ni dan hisab rokok, harap sangat dapat berhenti.

Buat Anda Yang Berhasrat Untuk Berhenti Merokok, Mungkin Ini Jawapan Yang Anda Cari

Buat anda yang berhasrat untuk berhenti merokok, silalah luangkan sedikit masa anda untuk menonton video di bawah. Ini adalah perkongsian daripada seorang sahabat yang terpaksa berhenti merokok tapi bukan sebab penyakit. Ramai pesakit saya berhenti merokok bila penyakit dah betul-betul teruk.

Klik Di Sini Untuk Video :http://www.youtube.com/watch?v=63y35enT9XI

Video yang saya kongsi ini adalah perkongsian yang jujur daripada seorang perokok tegar bagaimana beliau berjaya berhenti merokok. Mungkin inilah jawapan yang anda cari selama ini.

Saya rasa, untuk seseorang berhenti merokok dia perlukan sokongan ahli keluarganya. Suami perlukan sokongan isteri. Isteri pula janganlah asyik membebel, marah-marah nanti jadi macam pak imam dalam cerita kat atas.

Mungkin anda boleh hadiahkan untuk diri sendiri jika anda merokok, suami atau ahli keluarga dengan VIVIX ini. Mungkin inilah masa terbaik untuk mereka berubah. Apa lagi baru lepas bulan puasa, mungkin hisap rokok pun sudah kurang.

Apa kata cuba Vivix? Yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.

Jika anda benar-benar ingin berhenti merokok, sayalah antara orang paling gembira dan saya doakan semoga hasrat untuk berhenti merokok akan tercapai.

Seorang anak yang menghadiahkan VIVIX kepada ibunya, seorang perokok tegar. Ibunya berusia 63 tahun akhirnya terpaksa berhenti merokok. Syukur Alhamdulillah. Inilah penawar yang beliau cari selama ini.

Mereka yang meminum VIVIX mendakwa  ROKOK yang dihisap berasa pahit seperti hempedu. Apa tunggu lagi, tak nikmat dah merokok jadi terpaksalah berhenti.

Ini adalah salah satu ikhtiar yang paling selamat bagi saya. Kerana kebanyakan cara lain masih membekalkan nikotin pada badan, sedangkan nikotin itu yang menyebabkan ketagihan. Anggaplah ini rezeki dan jalan keluar daripada perangkap yang anda cipta sendiri.

Cakap senanglah. Saya sedar saya tak mungkin menghadapi kesusahan berhenti merokok yang anda alami. Namun saya tahu jika anda benar-benar ikhlas untuk berubah, tiada yang mustahil

Kata kan ‘I’m possible’ bukannya impossible.

Saya sangat berharap jika anda merokok dan membaca blog saya, anda terpaksa berhenti merokok dan saya doakan anda berjaya.

isteri ingin bantu suami berhenti merokok

Rokok Bukan Saja Bakar Paru-Paru Anda, Tapi Bakar Duit Anda Juga

Sebelum saya berhenti menulis, ingin saya ingatkan merokok bukan sahaja membakar paru-paru malah turut menbakar duit sendiri.

Jika sehari satu kotak = RM10. Boleh makan tengahari nasi beriani. Air bawa sendiri.

Jika sebulan = RM300. Boleh digunakan untuk isi minyak kereta untuk sebulan.

Jika setahun = RM3600. Boleh digunakan untuk yuran dan belanja sekolah anak selama setahun.

Jika 10 tahun = RM36000. Boleh digunakan untuk suami isteri menunaikan haji. Siap duit belanja sekali.

Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, atau menghadiahkan VIVIX buat insan yang tersayang.

Anda boleh hubungi Fyda di talian 012-6211883. Just mesej, atau Whatsapp.

Atau boleh klik saja gambar di bawah untuk dapatkan Vivix

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *