Info Ringkas Vaksin, Semoga Bermanfaat Untuk Semua

Info Ringkas Vaksin, Semoga Bermanfaat Untuk Semua

Perbincangan hangat di grup wasap hari ni – rupanya ramai orang tak nak vaksin sebab tak faham.

Dah daftar kat MySejahtera, tiba tarikh temujanji- tak datang.

Dah dapat 1st dose – tiba 2nd dose tak mau pula.

Belum lagi tempat injection tu boleh tarik magnet.

Selagi kita tak capai imuniti kelompok (herd immunity) nak control virus Covid ni memang sangat sukar lah. Dalam keadaan sekarang ni dijangkakan dalam 5 tahun baru lah boleh tercapai ni.

Beban kerja frontliners makin bertambah sebab setiap hari kes mencanak naik. Kuman ni memang dah tersebar dalam komuniti. Memang logik la bila banyak swab dibuat ramai yang positif.

So, patuh la SOP. Keluar rumah bila betul2 urgent sahaja. Anggap jelah korang tu mmg membawa virus.

Info ringkas vaksin.

Vaksin Covid-19 ni menggunakan virus yang dilemahkan atau sebahagian daripada virus atau dari protein subunit pasa virus tersebut.

Contohnya kalau rupa virus tu macam manusia, sama ada manusia tu dah mati, atau mungkin dipotong tangan sahaja.

Bila virus (atau sebahagiannya) masuk dalam badan kita, dia akan mengaktifkan sistem imun.

Imun kita akan kenal benda asing yang masuk itu.

Jika virus yang betul masuk, dia akan kenal – macam pernah ku nampak tangan ini. Jadi dia akan serang virus yang betul tu sebab dia dah kenal sebagai benda asing.

Kenapa ada yang demam, sakit badan, sakit kepala (atau apa saja kesakitan) selepas vaksin?

Itu adalah reaksi biasa bila sistem imun kita bertindak. Ini ialah petanda bagus sebab sistem imun dan kenal benda asing yang masuk tu.

Dikatakan orang yang mengalami reaksi tu mempunyai imun yang lebih kuat.

Tapi tak bermakna vaksin tu tak berkesan kepada orang yang tak ada kesan sampingan. Perlindungan vaksin itu tetap juga sama.

Adakah lepas vaksin ni 100% takkan dijangkiti Covid-19

Tidak.

Keberkesanan vaksin ini ialah sebanyak 95%. Namun sebab imun kita dah kenal virus tersebut & terus membuat serangan sebaik sahaja virus sebenar masuk dalam badan, maka risiko untuk penyakit melarat dan menyebabkan komplikasi adalah rendah.

Ini penting untuk orang-orang yang mempunyai penyakit kronik yang mana sistem imun mereka adalah lebih rendah.

Adakah vaksin halal?

Muzakarah fatwa kebangsaan menegaskan vaksin ini ialah halal dan harus ambil vaksin.

Buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri asalkan jangan menyusahkan orang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.