Info Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu Sebab Orang Muda Pun Ramai Sangat Menghidap Penyakit Ni

apakah kencing manis

Info Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu Sebab Orang Muda Pun Ramai Sangat Menghidap Penyakit Ni

Kalau dulu penyakit kencing manis ialah diabetes ialah penyakit yang dihidapi oleh orang-orang tua. Jadi, kita orang muda tak ambil kisah pasal penyakit ni sebab rasa kita akan selamat daripadanya. At least sementara masih muda lah.

Tapi, sekarang ni trend penyakit ni dah meningkat dikalangan orang muda. Jadi, terbukti penyakit yang boleh bawa maut ni bukanlah terjadi sebab faktor umur semata-mata.

apakah kencing manis

Apakah Maksud Penyakit Kencing Manis

Penyakit diabetes ni sangat berkait dengan hormon insulin. Dia adalah keadaan paras gula dalam darah melebihi paras yang normal disebabkan oleh kekurangan insulin, fungsi insulin terjejas atau kedua-duanya.

Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancreas bagi mengawal paras gula dalam darah. Pankreas pula adalah organ berbentuk daun yang terletak dekat dengan hati.

Bagaimana Diabetes Terjadi?

Dalam keadaan normal, insulin akan membantu penyerapan gula oleh sel badan. Kiranya insulin ni macam kunci untuk buka pintu, bila pintu terbuka gula dapatlah masuk.

Jadi, dalam keadaan kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, gula tidak dapat diserap oleh sel sebab tulah gula jafi tinggi.

Jenis-Jenis Diabetes

Jenis I – Diabetes yang perlu bergantung kepada insulin

1. Selalunya terjadi dikalngan kanak-kanak atau remaja disebabkan kekurangan insulin

2. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin disamping kawalan pemakanan dan senaman

3. Mempunyai sejarah keluarga penghidap diabetes

Jenis II – Diabetes yang tidak perlu bergantung kepada insulin

1. Biasanya berlaku dikalangan orang dewasa dalam linkungan umur 40 tahun keatas dan juga berlaku kepada orang yang mempunyai berat badan berlebihan

2. Biasanya kerana fungsi  insulin terjejas, namun lama-kelamaan insulin boleh berkurang kerana sel pancreas mula merosot

3. Pada peringkat awal boleh dikawal dengan mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup, lama-kelamaan perlu dikawal dengan ubat atau insulin

4. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Namun diabetes jenis ini tidak sama dengan Jenis I kerana sejarah keluarga tidak dikaitkan dengan genetik tapi disebabkan mereka berkongsi gaya pemakanan dan gaya hidup yang sama sebab tu lah satu keluarga kena diabetes.

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit diabetes,  namun terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini

1. Berat badan berlebihan atau orang yang obese dengan BMI  melebihi 23kg/m²
2. Tidak aktif secara fizikal
3. Pemakanan yang tinggi lemak dan gula serta kurang serat.

4. Faktor lain
-Umur
-Kumpulan etnik
-Penggunaan ubat tertentu seperti steroid
-Penyakit-penyakit tertentu

Tanda dan Gejala Diabetes

1. Kerap kencing dengan jumlah yang banyak
2. Kerap dahaga
3. Selera makan yang meningkat dan mendorong untuk makan banyak
4. Kehilangan berat badan secara mendadak atau naik berat badan mendadak
5. Mudah letih dan lesu
6. Luka lambat sembuh
7. Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan

Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, silalah dapatkan pemeriksaan. Tapi tidak semua penghidap diabetes akan mengalami gejala seperti ini. Ada je yang gula sangat tinggi tapi tak rasa apa-apa pun. Tapi, gula yang tinggi ni boleh menjejaskan kesihatan. Sebab tu penting untuk membuat ujian saringan kesihatan jika usia sudah meningkat.

Komplikasi diabetes melibatkan kesemua organ dalam tubuh.

1. Otak

Strok / angin ahmar akibat penyempitan salur darah

2. Mata

Kebutaan
Katarak
Glaucoma

3. Jantung

Serangan sakit jantung akibat penyempitan salur darah ke otot jantung

4. Buah pinggang

Kerosakan dan kegagalan buah pinggang

5.Organ pembiakan

Mati pucuk untuk lelaki

Sering mendapat jangkitan terutama bahagian kemaluan

6.Sistem saraf

–Kerosakan system saraf – sering rasa kebas terutama tapak kaki seterusnya menyebabkan jangkitan pada kaki

–Kurang deria rasa menyebabkan pesakit tidak sedar jika luka dan luka lambat sembuh

–Biasanya gangrene (tisu mati) terjadi di kaki

Bolehkah Diabetes Disembuhkan?

Pada kebanyakan masa, kencing manis tak boleh disembuhkan. Jadi, biasanya jika dah disahkan menghidap kencing manis, anda perlu makan ubat seumur hidup. Tapi, berita gembiranya ada banyak benda yang boleh dibuat untuk mengawal paras gula anda dan kemungkin paras gula boleh dikawal tanpa ubat.

Tapi, kena usaha dan gigih la.

Jadi, perkara berikut boleh dilakukan untuk mengawal gula darah

1. Makan secara sihat

2. Makan ubat mengikut arahan

3. Mengekalkan berat badan unggul

4. Bersenam selalu

5. Elakkan jangkitan

6. Makanan tambahan untuk pesakit diabetes

makanan penyakit kencing manis

Adakah Kencing Manis Boleh Dicegah

Berita paling gembira lagi ialah diabetes boleh dicegah. Kalau kita orang yang sihat, belum ada diabetes bolehlah amalkan langkah-langkah dibawah untuk mengurangkan risiko kencing manis ni.

1. Mempunyai berat badan unggul

Berat badan unggul ni kita boleh kira daripada BMI atau ukur lilit pinggang. BMI yang normal ialah antara 18.5 hingga 23.

Cara kira BMI

BMI        =            Berat(kg)    /   Tinggi (m) x Tinggi (m)

2. Makan makanan sihat

Apa tu makanan sihat? Makanan sihat ialah makanan yang mengandungi komponen berikut:

–Tenaga seperti nasi, mee, roti dan kentang

–Protein seperti ikan, ayam, daging, telur, susu dan kekacang

–Vitamin dan zat galian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

–makanan rendah lemak

–Makan makanan yang mempunyai low glisemik index

Kalau nak senang ikut lah saranan KKM iaitu suku-suku-separuh dalam pinggan anda. Separuh tu mesti sayuran ok..

–Makan dengan kerap tetapi kuantiti yang sedikit

–Elakkan snek atau makanan ringan selepas makan

–Makan mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda. Jika sudah berusia, eloklah makan sedikit sahaja. Begitu juga jika pekerjaan anda ringan seperti bekerja dalam pejabat, anda tidak perlu makan dengan banyak

–Sebaliknya, jika anda masih muda, aktif, bekerja di ladang atau sebagainya, maka lebih banyak tenaga anda perlukan

3. Bersenam dengan kerap dan sederhana

Senaman menggunakan gula dalam darah dan membakar lemak-lemak serta membaiki perederan darah dan menguatkan jantung

Bersenam lebih kurang 20-30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Jenis senaman yang sesuai ialah berjalan, jogging, bermain badminton dan berenang.

Awas, jangan terlebih bersenam pula sebab senaman berlebihan boleh meningkatkan penghasilan radikal bebas berlebihan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit juga. Sebab tu atlet mesti amalkan suplemen antioksida.

Ini adalah sedikit sebanyak info mengenai penyakit kencing manis. Harap boleh beri manfaat kepada anda yang membaca dan sudilah share untuk manfaat orang lain.

Salam sayang,

Momy Fyda

TheVerstailGroup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *