Ibu Menyusu Risau Susu Merudum Bulan Puasa, Perlukah Makan Suplemen?

susu merudum bulan puasa

Ibu Menyusu Risau Susu Merudum Bulan Puasa, Perlukah Makan Suplemen?

Seorang ibu yang membawa anaknya yang berusia 5 bulan yang selsema ke klinik. Apabila sudah selesai sesi konsultasi, tiba-tiba dia bertanya,

“Doktor pam susu ke? Saya macam terdengar bunyi pam…”

“Ya..” Jawab saya, senyum. Dalam hati, janganlah nak tanya banyak-banyak. Maklumlah banyak pesakit perlu diuruskan ni.

“Banyak ke susu?”

“Boleh tahan la.. saya makan suplemen..”

“Perlu ke ibu menyusu makan suplemen doktor? Saya tak makan suplemen pun, banyak juga susu bila di pam…”

Nampak sangat nak kempen suplemen kan? Terlebih-lebih sudah menjawab, orang tak tanya pun. Sebenarnya bukan nak kempen suplemen, cuma nak kempen pemakanan yang sihat yang cukup semua nutrien. Yang mana kemungkinan besar sangat susah sekarang nak cukupkan keperluan nutrisi harian kecuali dengan suplemen.

Berdasarkan konsep supply dan demand, suplemen atau pemakanan langsung tak mempengaruhi penghasilan susu, tapi ibu-ibu harus ingat, pengambilan makanan yang seimbang, sihat dan nutrien yang cukup adalah sangat penting untuk ibu menyusu kerana keperluan kepada vitamin dan mineral meningkat sejak ibu mula mengandung dan  ibu menyusu untuk memenuhi keperluan dirinya dan bayi.

Saya mula makan suplemen Shaklee sebelum berkahwin dan sampailah bersalin anak 2, saya masih makan suplemen yang sama. Kalau ikut logik, masa belum berkahwin tak perlukan susu pun kan? Jadi nak menggalak susu apanya. Bukan ada anak angkat pun atau nak derma susu.

Sebenarnya makanan tambahan diperlukan untuk melengkapkan pemakanan harian kita. Dah tentu makanan yang diambil setiap hari perlukan seimbang dan sihat, kemudian barulah dilengkapkan dengan makanan tambahan. Tapi, kena ingat badan kita memang perlu banyak sangat nutrisi, zat dan mineral dan sebenarnya tak tahu pun berapa kadar sebenar yang diperlukan. Kalau kita perhatikan sekeliling, daripada pemakanan kita agak-agak cukup tak nutrisi yang kita dapat untuk bekalkan kepada sel kita setiap hari?

Cuba perhatikan makanan harian kita. Adakah seimbang komponen karbohidrat, protein, lemak dan seratnya? Adakah makanan yang kita makan sekarang boleh membekalkan nutrisi yang cukup untuk sel-sel kita. Kebanyakan kita lebih banyak makan makanan segera, makanan proses dan banyak pewarna dan perasa tiruan.

susu merudum bulan puasa

Ibu Yang Makan Suplemen Bukanlah Tak Mampu Susukan Anak

Apabila saya cadangkan vitamin kepada ibu yang mengadu susu badannya merudum, ada yang takut mereka dikatakan lemah dan badan tak dapat berfungsi dengan baik sehingga memerlukan bantuan. Mereka juga risau jika dikatakan mereka tidak jaga makan dan malas untuk mengambil makanan seimbang. Dan ibu yang berjaya menghasilkan susu tanpa suplemen atau penggalak susu dipandang sebagai sangat hebat kerana tak perlukan apa-apa bantuan luar.  Sebenarnya ibu boleh menghasilkan susu badan yang banyak tanpa suplemen atau penggalak susu jika faham konsep supply dan demand.

Cuma, saya memilih makanan tambahan kerana memikirkan pemakanan harian yang mungkin tak mampu lagi membekalkan nutrisi dan zat yang cukup untuk badan saya dan memikirkan kesan jangka panjang jika mengalami kekurangan zat makanan. Bukan kata malas nak makan makanan seimbang, tapi kebanyakan makanan sebenar yang kita makan sekarang, contohnya ayam adalah ayam ternak yang disuntik hormon supaya cepat besar dan antibiotik untuk mengelakkan sakit. Jadi, kot mana-mana pun, kebanyakan kita memang akan makan ayam ini. Memang ada ayam organik yang bebas daripada hormon dan antibiotik tapi harga pun agak mahallah. Bayangkan, dah berapa banyak bahan kimia yang dah masuk dalam badan kita?

Walaupun ibu menyusu memerlukan nutrisi yang lebih berbanding wanita lain, namun jika ibu tidak mendapatkan nutrisi yang cukup, susu ibu yang dihasilkan tetap berkhasiat untuk bayi, tapi lama kelamaan, badan ibu akan menderita kerana kekurangan zat makanan. Jadi, pilih makanan yang baik dan berkhasiat untuk diri sendiri, anak dan keluarga.

Faktor yang mempengaruhi penghasilan susu

Selain faktor supply dan demand, emosi ibu juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Apabila kembali bekerja, kebanyakan kita memang akan mengalami tekanan, badan letih dan penat serta kekangan masa untuk mengepam susu. Tak hairanlah, agak ramai ibu-ibu yang sudah bersedia dengan susu formula sebelum kembali bekerja, malah ada ibu yang silap faham bahawa susu ibu tak boleh diperah, disimpan dan diberikan kepada bayinya.

Alhamdulillah, sejak anak pertama saya masih mampu mengawal emosi  untuk mencukupkan stok susu. Mungkin kerana saya bekerja di klinik, dan lebih banyak duduk di meja, mungkin kerja mengepam menjadi lebih mudah. Namun, saya dapati sejak gunakan freemie, mengepam susu menjadi sangat-sangat mudah. Saya pam susu semasa merawat pesakit tau. Mujurlah ada freemie.

Setakat sekarang, saya cuba maintain pam sekurang-kurang 3 kali di klinik dan sekali pam, boleh dapat dalam 8-10 oz. Sebab bila kat rumah, anak-anak tidur lambat, atau kadang-kadang tak tidur malam, jadi mengepam di rumah adalah agak susah. Tapi alhamdulillah, sebab masih boleh maintain stok susu.

Dan in sha Allah, bila badan kita sihat dengan nutrien yang cukup, fungsi metabolisma badan menjadi lebih baik dan badan akan berfungsi dengan lebih baik. Nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa bertugas di klinik ibu dan anak apabila ibu mengandung yang datang buka buku pink dan mengalami anemia akibat kekurangan zat makanan. Masa tu, memang kami akan push Hb dengan zat besi. Sebenarnya anemia bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan zat besi semata-mata. Anemia boleh jadi disebabkan kekurangan vitamin B12, asid folik, mineral kuprum atau mangan, tetapi yang paling kerap terjadi disebabkan kurang zat besi. Saya paling tak suka bila ‘terpaksa memaksa’ ibu menelan terlalu banyak zat besi. Alangkah baiknya jika ibu dah ada bekalan zat besi yang cukup sebelum mengandung, jadi suplemen zat besi diberikan hanya untuk mengekalkan paras Hb normal sahaja.

Takutnya susu merudum bulan puasa

Tak lama lagi, bulan puasa akan menjelang tiba, ramai ibu-ibu yang risau susu merudum bila masuk bulan puasa. Maklumlah bila puasa, memang akan penat sikit. Tak ada masalah, tapi perlu konsisten dengan jadual pam sekarang dan perlu dapatkan makanan yang boleh memberi kesan kenyang dan tenaga yang lebih lama.

Selamat berjaya dan boleh jadikan tips menyusu semasa bulan ramadhan sebagai panduan.

Set Menyusu Yang Saya Amalkan Sampai Sekarang

Tips menyusu bulan puasa

 

Jika ada sebarang masalah sepanjang penyusuan atau nak order Set Menyusu Shaklee boleh isi borang di bawah.

 

Jika anda nak guna kredit kad atau debit kad, boleh klik gambar sekarang.

beli sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *