Ibu Hamil Kejang Kaki Wajib Baca Artikel Ni

Ibu Hamil Kejang Kaki Wajib Baca Artikel Ni

Kehamilan adalah waktu yang cukup dinantikan wanita yang berkahwin. Namun, tempoh yang memakan masa hampir setahun ini mempunyai pelbagai risiko dan pengalaman yang berbeza antara setiap wanita.

Keletihan adalah perkara yang biasa dialami oleh wanita hamil, terutamanya bagi wanita bekerja. Waktu malam adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk melelapkan mata dan kalau boleh memang inginkan tidur yang panjang dan lena tanpa gangguan. Tapi, alangkah sakitnya jika terjaga tengah malam akibat kekajangan betis. Dua kali sakit, sakit betis dan sakit hati. Walaupun kekejangan betis ini berlaku dalam jangka masa yang singkat, namun kekerapan diserang kejang setiap kali bangun tidur menimbulkan rasa risau di hati ibu, terutama apabila memikirkan keadaan bayi.

Kejang betis sebenarnya masalah yang sering melanda ibu hamil. Namun, ramai ibu hamil yang mengadu pada saya bahawa doktor mengatakan bahawa masalah ini memang masalah ibu mengandung dan akan hilang lepas bersalin nanti.  Seolah-olah kejang kaki adalah perubahan mengandung yang normal dan ibu harus bersabar dan redha menghadapi masalah ini, sedangkan kenapa ada ibu yang tidak mengalaminya?

Kejang betis biasanya berlaku pada trimester kedua dan ketiga akibat perkumpulan asid dalam serat otot dan menjadikan otot mengecut secara tiba-tiba. Punca sebenar kejadian ini tidak diketahui, namun terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan kejang betis sewaktu hamil.

tips atasi kejang kaki ibu mengandung

Syoknya ibu mengandung boleh tidur lena

Teori kekejangan betis sewaktu hamil

  • Kekurangan nutrient dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Dipercayai kerana keperluan kalsium bayi meningkat dan bayi menggunakan simpanan ibu. Kalsium dan magnesium membantu dalam mengawal aktiviti otot.
  • Tekanan daripada rahim yang semakin membesar ke atas salur darah besar pada kaki ibu dan kurang darah mengalir ke otot kaki menyebabkan asid laktik berkumpul.
  • Kesan hormone progesteron yang memberi kesan kepada otot kaki.Progesteron fungsinya mengecutkan otot.
  • Dalam keadaan sarat mengandung ibu akan berasa cepat letih. Sebagaimana orang yang melakukan aktiviti seperti berlari, berenang atau sekadar berdiri yang sering mengalami kekejangan kaki, begitu lah juga ibu hamil.

Tips melegakan kekejangan kaki

Apabila anda mengalami kekejangan kaki, jangan panik. Cuba bertenang, tarik nafas dan lakukan langkah-langkah berikut:

  • Luruskan kaki. Kemudian perlahan-lahan tegakkan tapak kaki. Kalau ada orang, boleh minta orang itu tolak tapak kaki ke dalam, iaitu ke arah ibu. Mula-mula anda akan berasa sakit, namun perlahan-perlahan sakit itu akan beransur hilang.
  • Urut otot yang kejang
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Langkah pencegahan kekejangan betis

  • Senaman betis – berdiri menghadap dinding dengan tangan diluruskan ke dinding. Tapak kaki rapat ke lantai. Sebelah kaki berada di belakang. Contohnya jika mulakan dengan kaki kanan di depan. Bengkokkan lutut kanan, tapi kaki kiri diluruskan dan kedua-dua tumit berada di atas lantai. Lakukan sehingga ibu berasa tegang pada otot betis kiri. Pastikan belakang ibu tegak dan jari kaki menghadap ke depan. Lakukan gerakan ini lebih kurang 30 saat, tukar kaki dan ulang 6-8 kali.
  • Cara kedua ialah, ibu perlu cuba membuat senaman. Saya faham, memang untuk sesetengah orang agak sukar mungkin kerana penat atau tiada masa, namun saya suka kata-kata seorang staf saya yang masih semangat bekerja walaupun sangat sarat mengandung. Bila ditegur suruh berehat, katanya, “Mengandung bukannya penyakit. Saya sendiri pilih untuk berada dalam keadaan ini, jadi tiada alasan untuk tinggalkan kerja saya”. Nasihat saya, jika larat, teruskanlah sekadar mampu. Namun, sekurang-kurangnya ibu cuba senaman berjalan setiap hari, kecuali jika doktor nasihatkan ibu tidak sesuai untuk bersenam.
  • Pastikan rehat yang cukup. Jangan biarkan diri menjadi terlalu penat. Jika ibu rasa penat, berbaring dengan mengiring sebelah kiri untuk memastikan perjalanan darah yang lancar ke kaki.
  • Pastikan ibu cukup pengambilan air. Air diperlukan untuk mencuci asid laktik yang berkumpul pada otot betis ibu. Sekurang-kurangnya 1 hari perlukan 3 liter air.
  • Pakai kasut yang sesuai yang selesa dan boleh menyokong berat badan ibu dan tidak menyebabkan kaki menjadi tegang. Sudah tentu bukan kasut tumit tinggi ya.
  • Amalkan suplemen kalsium dan magnesium. Walaupun mempunyai kajian yang terhad dan ada kajian yang mengatakan mineral ini tidak memberi kesan kepada kekejangan kaki, namun ramai ibu hamil mengadu kejang kaki yang dialami berkurang malah ada yang langsung hilang dengan pengambilan suplemen kalsium. Jika ia berkesan untuk ibu lain, mungkin juga berkesan untuk anda.

Semoga tips diatas dapat membantu ibu yang mengalami masalah kejang kaki semasa mengandung dan semoga perjalanan sepanjang mengandung lancar dan memberi 1001 kenangan manis buat ibu.

Ostematrix Untuk Legakan Kejang Kaki

Selain daripada amalkan tips diatas, saya sangat syorkan Ostematrix Shaklee kepada ibu mengandung kerana Ostematrix mengandungi magnesium yang membantu merelakskan dan bantu kurangkan sakit akibat kejang kaki.

Ramai ibu mengandung dan cuba dan kesannya sangat positif.

Mau cuba? Boleh hubungi saya..

kejang kaki

Dapatkan suplemen kalsium yang terbaik untuk kesihatan ibu dan bayi.Sebarang pertanyaan dan masalah kehamilan, boleh hubungi saya,

Fyda Noh,

012-621 1883

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *