Hati Berlemak Boleh Berparut Dan Mengecut Jika Tak Dirawat

hati lemak

Hati Berlemak Boleh Berparut Dan Mengecut Jika Tak Dirawat

Secara normalnya, hati tidak berfungsi untuk menyimpan lemak namun adalah normal untuk hati ada sedikit lemak. Fungsi hati ialah untuk menyimpan gula yang akan digunakan jika badan tak mendapat gula yang cukup dari luar, maka gula dalam hati ni akan digunakan. Namun, jika jumlah lemak melebihi 5% daripada organ tersebut, maka keadaan inilah dipanggil hati berlemak.

Macammana pula boleh jadi hati berlemak ni?

Hati berlemak selalunya dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan yang mana menyebabkan keradangan pada hati yang meningkatkan risiko kerosakan hati dan menjadi sirosis. Namun ada juga hati berlemak yang terjadi tidak disebabkan oleh alkohol.

Akhirnya, jika kita lihat balik, penyakit ni sangat berkaitan dengan gaya hidup. Sebab hati berlemak ni sangat berkaitan dengan sindrom metabolik;

hati lemak

 

Dianggarkan lebih 30% orang dewasa di negara maju menghidap hati berlemak dan antara 70% hingga 90% daripada mereka yang obes atau menghidapi diabetes.

Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 17% individu dewasa mengalami penyakit ini dan angka ini dijangka meningkat berikutan gaya hidup dan amalan pemakanan tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

Presiden Yayasan Hepar Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, ketika ini kesedaran di Malaysia mengenai hati berlemak serta bahaya penyakit itu masih rendah.

Penyakit ini ialah penyakit kronik boleh wujud bertahun-tahun tanpa dikesan hingga pemeriksaan rutin dijalankan. Pada tahap itu, penyakit itu mungkin dah merebak ke peringkat seterusnya seperti pembentukan parut pada hati (sirosis) dan menyebabkan kerosakan hati.

Simptom Penyakit Hati Berlemak

Dalam kebanyakan kes, hati berlemak tidak menyebabkan berlaku apa-apa tanda atau gejala hinggalah berlaku kerosakan pada hati dan gejala akan mula timbul.

Namun begitu, ada tanda-tanda hati berlemak yang mungkin tak disedari;

  • Letih dan rasa badan lemah
  • Rasa perut selalu penuh
  • Enzim hati berlebihan
  • Peningkatan lemak dalam darah
  • Berat badan berlebihan atau obesiti

Apabila menyakit ni makin melarat, gejala-gejala berikut mungkin muncul;

Sangatlah penting untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan, supaya penyakit anda tidak melarat kepada kerosakan hati.

hati rosak

Jangan Biarkan Hati Berlemak Melarat

Hati berlemak akan menyebabkan keradangan pada hati. Bila sembuh, akan jadi parut dan akhirnya menjadi sirosis. Sirosis adalah keadaan hati yang rosak.

Pesakit yang menghidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati).

Pesakit yang menghidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Sebab itu, orang yang menghidap penyakit yang mempunyai risiko untuk hati berlemak seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana ia adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda yang ketara pada peringkat awal.

Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas

Rawatan Hati Berlemak Di Hospital

Setakat ini belum ada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Namun, sebab puncanya ialah gaya hidup tak sihat, maka perubahan gaya hidup ialah cara terbaik untuk menyelamatkan anda daripada masalah kerosakan hati.

1. Kurangkan berat badan dan elakkan makanan berlebihan.

Menurunkan berat badan adalah cara terbaik untuk mengawal hati berlemak. Penurunan berat badan boleh mengurangkan kerintangan insulin dan juga mengurangkan lemak dalam darah.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat, terutamanya karbohidrat ringkas

Kalau ikut logik, tentulah kena kurangkan makanan berlemak kan? Tapi kajian menunjukkan pengambilan karbohidrat berlebihan akan ditukarkan kepada lemak. So, selalunya kita tak sedar yang kita makan karbohidrat berlebihan.

3. Makanan yang bantu kurangkan lemak di hati

Selain nak kurangkan pengambilan gula dan makanan berlemak, ada beberapa makanan yang bermanfaat untuk kesihatan dan boleh mengurangkan lemak pada hati.

4. Senaman boleh membantu untuk kurangkan lemak hati

Sebenarnya ada senaman yang sesuai untuk kurangkan lemak di hati ni, tapi yang penting bersenam. Hidup secara aktif dan bersenam dengan kerap dan teratur, in sya Allah boleh juga membantu.

rawatan hati berlemak

Suplimen Yang Boleh Membantu Mengurangkan Lemak Hati

Banyak kajian terhadap suplimen yang terbukti boleh membantu kesihatan, termasuklah fatty liver atau hati berlemak ni. Ni adalah antara suplimen yang boleh bantu anda.

1. Milk thistle

Milk thistle ni memang herba yang bermanfaat untuk kesihatan hati dan membantu membaikpulih sel hati.

Ada kajian yang menunjukkan pengambilan milk thistle sahaja atau dengan vitamin E boleh mengurangkan kerintangan insulin, mengurangkan keradangan dan membantu pemulihan hati yang rosak.

2. Polifenol

Polifenol adalah kumpulan bahan dalam tumbuhan yang mendapat perhatian saintis dalam bidang kesihatan. Polifenol termasuk resveratrol terbukti membantu menurunkan paras gula, mengurangkan kerintangan insulin, menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Memang ada kajian yang membuktikan polifenol ini sangat membantu pesakit hati berlemak.

3. Asid lemak omega-3

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 membantu kesihatan hati untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Jangan Tunggu Sampai Hati Anda Rosak

Jika anda disahkan menghidap hati berlemak, itu lah waktu yang sesuai untuk mengubah gaya hidup anda kepada yang lebih sihat untuk mengelakkan kerosakan hati yang boleh sampai tak boleh berfungsi.

Sebab masa dia masih fatty liver, keadaan itu masih boleh diundur. Bila dah jadi sirosis, minta maaf lah, mungkin tak boleh kembali ke asal.

Untuk bantuan reverse balik hati berlemak anda, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883,

Atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883/fattyliver

www.wasap.my/60126211883/fattyliver

www.wasap.my/60126211883/fattyliver

Dan boleh klik sini untuk tips hilangkan lemak di hati dan elakkan hati mengecut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.