Hari Osteoporosis Ingatkan Kita Waspada Jaga Kesihatan Tulang

gejala osteoporosis

Hari Osteoporosis Ingatkan Kita Waspada Jaga Kesihatan Tulang

Pada bulan Oktober, ada 1 hari untuk meraikan osteroporosis yang jatuh pada 20 Oktober. Sama-sama kita beringat, terutamanya wanita yang lebih tinggi risiko untuk kena osteroporosis terutamanya lepas menopaus.

Kalau cerita pasal tulang, pasal osteoporosis, mesti saya teringat saya pernah merawat seorang wanita 60an atau 70an yang ada masalah dengan tulang la..

Masa saya bercerita kat dia tu, tak terfikir la pulak kan, just cakap je..

“Tulang mak cik dah reput..”

Sekali ada orang up status di FB, sorang doktor (merujuk kepada klinik saya bekerja) kurang sopan sebab cakap tulang mak dia reput. Saya assume saya la tu. Sedangkan anak dia tak ada pun dalam bilik konsultasi tu… For all we know, mak dia boleh cakap apa-apa kan?

😂😂😂

Sorry la.. tak jumpa perkataan yang sesuai. Takkan nak cakap “kepadatan tulang mak cik dah berkurang..”

Apa perkataan yang sesuai ya? Tak padat la kot ek?

gejala osteoporosis

Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis ialah perkataan English sebenarnya, maksud porous tu keadaan tulang berliang, kurang padat la kan? Hingga menyebabkan tulang boleh patah dengan mudah. Tulang kita ni kuat tau, sangat kuat. Kalau nak patahkan tulang perlukan tekanan yang kuat, contohnya dalam eksiden.

Orang yang mengalami osteoporosis, tulangnya senang patah. Kalau terpele’ot pun boleh patah.

Adakah Penyebab Tulang Jadi Kurang Padat?

1) Menopaus.

Punca utama dalam kalangan wanita ialah menopaus sebab hormon estrogen berfungsi melindungi tulang dengan mencetuskan sel tulang membina kepadatan tulang.

Hormon oestrogen berkurangan dengan drastik selepas menopaus. Mengikut statistik, 50% Wanita Malaysia ada osteoporosis selepas menopaus.

2) Kekurangan zat-zat berkaitan

Semua tahu kan, kalsium ialah komponen paling penting untuk kekuatan tulang. Namun begitu, ada zat lain yang membantu dalam kekuatan tulang termasuk magnesium, vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.

Kepadatan tulang ni perlu dibina dari kecil sebab bila dewasa, kalau tulang tak capai kepadatan maksima risiko osteoporosis lebih tinggi.

3) Kehidupan yang kurang aktif

Kehidupan yang aktif sebenarnya menyuburkan sel tulang.

4)Pengambilan kafein berlebihan

Kafein boleh menganggu penyerapan kalsium. Mana-mana wanita yang gemar minum kopi, sebaiknya hadkan kafein tak lebih 2 cawan sehari.

5) Suntikan perancang

Suntikan depo provera dikatakan boleh jadi punca osteoporosis juga. Depo provera boleh mengurangkan paras estrogen, jadi mungkin boleh mengurangkan sedikit kepadatan tulang. Tapi kena ingat, banyak faktor yang boleh menyebabkan tulang terurai dan menyebabkan osteoporosis.

Jika anda tahu anda mengambil suntikan depo, anda mungkin perlu meningkatkan kalsium dan nutrisi lain.

Depon provera juga tak sesuai untuk jangka masa panjang. Jika dah lebih 10 tahun atau anda dah berumur 45 tahun dan ke atas, maka lebih baik berhenti gunakan depo.

Begitu juga kaedah perancang hormon progesteron sahaja. Risiko tulang mudah terurai mungkin ada.

6) Beranak yang kerap dan rapat.

Satu penyebabnya ialah sebab kita tahu ibu mengandung dan menyusu perlukan lebih banyak kalsium dan zat makanan lain untuk kongsi dengan baby dan untuk buat susu.

Selain daripada tu jugak, mengandung dan menyusu adalah fasa hormon estrogen rendah dan hormon estrogen adalah pelindung kepada tulang kita.

Untuk mengurangkan masalah osteoporosis selepas menopaus, kita mesti pastikan kepadatan tulang kita di tahap maksima sebelum menopaus dan teruskan amalan sihat untuk mengurangkan masalah kesihatan selepas menopaus.

osteoporosis di kalangan wanita

Bagaimanakah Meningkatkan Kepadatan Tulang?

Tulang kita terdiri daripada banyak komponen. Bahan paling utama dalam tulang ialah kolagen dan mineral inorganik. Jadi, dalam tulang tu bukan kalsium saja, walaupun kalsium tu ialah mineral yang paling utama dalam tulang.

Komposisi tulang ialah:

1. Kolagen
2. Protein
3. Kalsium
4. Fosfat
5. Magnesium

Nutrien lain yang penting untuk tulang ialah:

1. Vitamin D – fungsinya ialah untuk penyerapan kalsium daripada usus. 80% wanita di Malaysia didapati kekurangan vitamin D. Cara terbaik   untuk dapatkan vitamin D ialah melalui cahaya matahari, tapi matahari pagi.

Sebenarnya ramai orang berpegang pada waktu-waktu berbeza untuk berjemur, tapi tempoh dia dalam 10 dan 30 minit seminggu. Ada yang kata sampai jam 9pagi, ada yang kata antara jam 11pagi – 2 petang. Agak-agak sendiri lah kot, dah terik sangat matahari jangan la berjemur. Ada yang ikut masa orang putih. Dorang tu musim panas pun macam lepas subuh kat Malaysia ni.

2. Magnesium – membantu mengangkut kalsium ke dalam tulang.

3. Boron – membantu metabolisme tulang.

4. Mangan, kuprum dan zink – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

So, untuk dapatkan tulang yang kuat, bukan berkaitan dengan kalsium dan vitamin D semata-mata.

Senaman untuk kuatkan tulang.

Selain nak jaga makan-makan, kita perlu bersenam jugak. Senaman dengan weight-bearing exercise setiap hari telah terbukti mencetuskan sel-sel tulang untuk meningkatkan kepadatan tulang.

Contoh weight-bearing exercise juga bukan angkat beban saja, tapi juga senaman yang menggunakan berat badan untuk melawan graviti.

-Berjalan naik tangga.
-Mendaki/ hiking.
-Melompat tali skipping.
-Berjalan dengan pantas.
-Berjogging.
-Step Aerobics.
-Menari /zumba

Tapi dalam bersenam, kena ingat juga yang otot kita, tulang kita perlukan nutrisi untuk membaikpulih sebab setiap kali bersenam sel akan mengalami kecederaan. Senaman yang berlebihan juga meningkatkan risiko osteoarthritis.

Jangan sebab nak elak 1 masalah kesihatan, kita dapat yang lain pula.

gejala osteoporosis

Perlu Ke Ambil Suplimen Untuk Kuatkan Tulang?

Secara kasarnya orang dewasa perlukan 1000mg kalsium setiap hari. Tapi bergantung kepada badan seseorang jugalah. Orang yang perlukan kalsium lebih banyak ialah,

1. Anak-anak sedang membesar
2. Ibu mengandung
3. Ibu menyusu
4. Orang yang aktif bersukan
5. Warga emas

Makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti berikut,

1.Produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
2. Ikan – ikan sardin, salmon dan ikan bilis
3. Sayur dan buah – sayuran hijau seperti bayam, tomato, kentang, brokoli, lada hijau dan lada merah.
4. Makanan yang tinggi antioksida untuk kurangkan kerosakan tulang.

Makanan-makanan di atas, jika diambil dalam jumlah yang cukup, in sya Allah cukuplah pengambilan kalsium, tapi persoalan dia adakah kita akan serap kalsium yang cukup?

Kalsium yang masuk dalam mulut tak sama dengan yang diserap tau.

Kebanyakan makanan yang tinggi kalsium ni juga ada bahan lain yang mengurangkan penyerapan kalsium sendiri.

Ditambah dengan gaya hidup kebanyakan kita sekarang yang kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak seimbang dan ramai juga yang sukar mendapatkan vitamin D daripada matahari.

Bagaimana pula dengan zat-zat yang mengimbangkan kalsium tersebut? Sebab itulah ada orang yang kalsium dia normal, tapi ada batu karang. Sebab zat yang imbangkan kalsium tu tak cukup.

Soal perlukan suplimen atau tidak, terpulanglah kepada individu itu sendiri sebab anda boleh menilai sendiri gaya hidup anda. Namun begitu, dah ambil suplimen bukanlah alasan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan pilih lah suplimen yang membekalkan zat-zat lain juga, bukanlah kalsium semata-mata.

Sebab tu sangat penting untuk anda tahu apakah tanda-tanda kekurangan kalsium dan buat ujian scan tulang untuk tahu tahap kesihatan tulang anda.

Jangan duk rasa cukup je kalsium ni, kuat je tulang. Tau-tau terpele’ot kaki pun boleh patah. Yang paling penting untuk kita jaga ialah tulang belakang. Bongkok tu bukanlah tanda tua, tapi mungkin tanda tulang yang makin rapuh. Jika patah tulang belakang, risiko kerosakan saraf dan mungkin masalah untuk bergerak.

Nak Pilih Suplimen Yang Selamat Dan Terbaik.

Saya memang amalkan suplimen Shaklee yang terbukti melalui ujian klinikal berkesan dan selamat untuk jangka panjang.

Jika anda nak info lanjut atau nak order vitamin ini, boleh hubungi saya (Fyda) di 012 621 1883 atau direct wasap;

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.