Haid Tetap Tak Datang Selepas Stop Suntikan Perancang. Ini Yang Ibu Ini Buat…

haid tak datang lepas ambil perancang

Haid Tetap Tak Datang Selepas Stop Suntikan Perancang. Ini Yang Ibu Ini Buat…

Ibu-ibu yang lepas bersalin dan follow up di klinik kerajaan, antara yang paling penting dan ditekankan ialah perancang keluarga lepas bersalin. Perancang keluarga ni bukanlah nak menyekat rezeki orang, tapi nak bagi masa kepada ibu bapa untuk tumpukan pada sorang anak kecil pada satu-satu masa. Tau-tau lah budak kecil ni keperluan dia lain daripada budak-budak yang agak besar sikit.

Lagi 1, mungkin juga bergantung tahap kesihatan ibu tu juga. Kalau ibu yang mengalami risiko masalah kesihatan jika mengandung rapat, jadi ibu dinasihatkan untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Ada 2 jenis kaedah perancang, iaitu jenis hormon dan bukan hormon.

Kalau saya, personally saya tak berapa gemar sangat kaedah yang gunakan hormon. Sebab macammana pun memang dia akan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Dan ada beberapa masalah kesihatan yang dikaitkan dengan kaedah perancang jenis hormon ni. Termasuklah sakit kepala, jerawat dan meningkatkan risiko kanser payudara.

Dan bukannya sikit wanita risau dengan masalah haid mereka. Sama ada pendarahan tak berhenti atau tidak datanh haid. Tapi, itu memang kesan biasa dengan perancang jenis hormon.

Jadi, pastikan anda dapat maklumat secukupnya dan dipantau dengan baik.

haid tak datang lepas ambil perancang

 

Masalah Haid Ialah Masalah Biasa Perancang Jenis Hormon

Saya rasa tentu ibu-ibu yang ada masalah haid lepas ambil perancang jenis hormon tentu akan diberitahu tu benda biasa kan? Memang kesan dia macam tu.

Tapi, kalau saya personally memang kalau boleh nak cadangkan perancang jenis bukan hormon je, sebab in sha Allah tak mengganggu hormon.

Wanita Ini Alami Sengal-Sengal Otot Dan Tak Datang Haid

Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.

Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga.

Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai suntikan DEPO. Suntikan ini sangat terkenal di kalangan wanita yang ingin merancang kehamilan dan ianya dilakukan 3bulan sekali.

Saya mendapatkan suntikan depo yang pertama di klinik kesihatan sekitar April 2017. Setelah beberapa minggu, saya mendapati diri saya kerap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut secara tiba-tiba. Pada mulanya saya menganggap ianya adalah sakit badan yang biasa-biasa memandangkan saya perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga setiap hari.

Kemudian, saya meneruskan dengan suntikan depo yang kedua sekitar Julai 2017. Keadaan yang sama berlaku terhadap diri saya. Masalah sengal-sengal badan dan sakit lutut yang kerap berlaku menyebabkan saya stress. Suami juga pelik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengadu sakit-sakit badan kepadanya. Saya juga mengalami gangguan haid sepanjang saya menggunakan suntikan depo. Saya bertambah stress.

Lepas Berhenti Ambil Suntikan, Haid Tetap Tak Datang

Setelah berbincang, saya dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan lagi suntikan depo yang ketiga. Saya tahu bahawa masalah yang saya hadapi seperti sengal-sengal badan, sakit lutut dan haid terganggu merupakan kesan sampingan akibat suntikan depo yang saya ambil. Suntikan tersebut telah menyebabkan hormon saya menjadi tidak stabil dan saya nekad untuk berhenti daripada mengambil suntikan depo lagi.

Sebulan lebih berlalu, selepas berhenti mengambil suntikan depo saya beranggapan semuanya akan kembali normal, tetapi malangnya anggapan saya salah. Saya tetap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut. Haid juga masih tidak datang hampir 8 bulan! Saya mula mencari alternatif lain seperti berurut tetapi kesannya masih sama. Akhirnya, saya sedar semua yang terjadi berpunca dari hormon yang tidak stabil dalam badan dan saya nekad untuk detoks badan saya.

Vivix Shaklee Bantu Betulkan Hormon.

Memandangkan saya merupakan seorang ahli Shaklee yang sah, saya faham setiap fungsi produk dan kebaikannya. Saya mula minum Vivix dan makan Alfafa untuk detoks badan saya memandangkan kedua-dua produk ini ialah agen detoks terbaik. Kemudian, saya teruskan dengan GLA Complex untuk stabilkan kembali hormon dalam badan. Saya juga mengamalkan BComplex, Omega Guard dan Ostemetrix setiap hari untuk bantu mengurangkan sengal-sengal badan dan sakit lutut yang saya alami.

Setelah dua bulan konsisten mengamalkan supplemen Shaklee ini, alhamdulillah badan saya kembali cergas. Saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan paling menggembirakan haid saya kembali normal. Saya tahu setiap perancang keluarga mempunyai kesan sampingan berbeza bergantung pada tahap keupayaan badan seseorang. Saya sangat bersyukur kerana telah berjumpa penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi dengan izin Allah jua. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.

Apa Kata Pengguna Vivix Tentang Haid Tak Lancar

period tak tetap

haid tak teratur

 

haid tak lawas

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Untuk dapatkan Vivix atau konsultasi produk dan masalah kesihatan anda, boleh hubungi Fyda – Coach Kesihatan Wanita di 012 621 1883

Atau direct wasap – www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.