Haid Tak Teratur Sebab Stress, Ramai Dah Dibantu Dengan Cara Ini

cara kawal stress

Haid Tak Teratur Sebab Stress, Ramai Dah Dibantu Dengan Cara Ini

Salah 1 indikator masalah kesihatan kaum wanita ialah bila ada masalah haid. Sama ada tak datang haid, haid lambat atau tak teratur. Ini boleh bikin stress pada kaum wanita sebab mungkin haid tak datang ni ialah tanda mengandung.

Walaupun ramai wanita yang panik bila ada masalah haid, namun selalunya penyebab masalah haid ini ialah stress. Stress boleh menyebabkan period atau haid tak teratur, dan haid tak teratur menyebabkan stress. Jadi kitaran tu akan berterusan. Jadi, kat mana akhirnya masalah ini?

Tapi..

Kita hanya boleh cakap masalah haid tu disebabkan oleh stress selepas kita dah tentukan bukan mengandung, tidak menyusukan bayi, bukan PCOS, nak dekat menopaus, tiada masalah tiroid dan juga tak mengambil apa-apa kaedah perancang. Maksudnya kena buat siasatan dulu sebelum tentukan yang masalah haid itu disebabkan oleh stress.

cara kawal stress

Bagaimana Stress Menyebabkan Haid Tak Teratur

Stress mengganggu kestabilan haid dengan mengacau hormon. Untuk kitaran haid yang teratur, hormon wanita perlu mencapai tahap tertentu dan bekerja dengan harmoni. Stress pula mengacau kitaran ini.

Stress menyebabkan peningkatkan hormon stress, iaitu kortisol dan kortisol ni pula boleh mengacau hormon lain.

Sebab haid kita ni ialah kitaran, jadi bila peringkat awal tu dah terganggu, maksudnya proses tu tidak diteruskan. Sebab itulah haid akan terganggu.

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Stress Dan Haid

1. Stress meningkatkan paras kortisol

Kortisol ni akan mengganggu paras gula dan seterusnya mengganggu ovulasi dan haid.

2. Kortisol menghalang penghasilan progesteron

Penghasilan kortisol dan progesteron berasal daripada bahan yang sama. Jadi bila stress, lebih banyak kortisol dihasilkan, jadi progesteron makin berkurang. Ini bukan sahaja mengganggu kitaran haid, tapi juga menyebabkan risiko sukar hamil.

3. Ovulasi tidak berlaku

Hormon kortisol boleh menghalang ovulasi. Ini memang logik sebab bila seorang wanita tu stress, badan dia tu tak sesuai untuk perkembangan bayi. Sebab tu sangat penting untuk pastikan badan berada dalam keadaan sihat sebelum nak mengandung.

4. Stress selepas ovulasi menyebabkan hormon tak stabil

Jika ovulasi dah berlaku dan tiba-tiba stress, mungkin boleh menyebabkan pendarahan sedikit (spotting) dan haid tak teratur.

5. Haid yang lambat mungkin bukan waktu haid yang betul

Haid yang lambat ni mungkin cuma darah tu perlu keluar dan bukanlah disebabkan ovulasi. Maksudnya haid tu bukanlah dalam kitaran yang normal.

3 Cara Elakkan Masalah Haid Akibat Stress

Walaupun ada orang cakap, normal la tu haid tak teratur sebab stress. Saya cadangkan anda dengarlah perubahan badan anda tu.

Stress bukan masalah yang kecil walaupun benda tu biasa berlaku. Tapi masalah kitaran haid tu maksudnya ada masalah pada badan anda dan tindakan perlu diambil.

Haid tak teratur, haid yang lambat tu tandanya badan berada dalam stress yang berpanjangan. Untuk dapatkan balik kitaran haid yang teratur, untuk hasilkan telur (ovulasi) perlu kembalikan badan kepada keadaan tak stress. Masalah dia, bukan sekadar masalah kesuburan tapi stress tu sendiri adalah punca pelbagai penyakit kronik dan juga masalah haid yang lain termasuklah PMS, kejang dan jerawat yang teruk.

Saya cadangkan 3 tips bagaimana nak selesaikan masalah ini. Dah tentu ada banyak cara lain lagi lah.

1. Tidur dan rehat yang cukup

Tidur yang tak cukup dan tak ikut jadual boleh menyebabkan stress yang tak selesai. Gunalah waktu malam untuk tidur dan rehat dan kalau boleh tutup semua lampu dalam suasana yang gelap dan bangun awal dalam keadaan lebih cergas dan lebih bersedia meraikan hari itu.

2. Sibukkan diri dengan sesuatu yang kita suka

Stress memang tak boleh dielakkan, tapi untuk bertindakbalas kepada stress itu adalah pilihan kita. Selalunya benda yang kita stress ni kita selalu terfikir-fikir sampai tak ada ruang untuk buat benda lain.

Carilah aktiviti yang boleh buat kita lalai terhadap benda yang kita stresskan tu. Kalau boleh selesaikan, selesaikan.

Yang penting, ini lah masa untuk diri sendiri dan lupakan apa yang berlaku di keliling.

3. Suplimen antioksida

Shaklee menyediakan 2 suplimen antioksida tinggi yang dapat membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Vivix ialah suplimen yang kita ambil waktu pagi untuk membantu membaiki sel kita dan mengurangkan paras kortisol, iaitu hormon stress. Jadi suplimen ni boleh membantu membaikpulih sel-sel rosak dan mengurangkan risiko penyakit.

ResV pula kita ambil sebelum tidur untuk membaikpulih sel semasa kita tidur dan membantu tidur lebih lena dan bangun pagi lebih segar.

tips mencegah kanser payudara

 

Testimoni 1

tips badan bertenaga

 

Testimoni 2

badan penat lesu

 

Testomoni 3

haid tak teratur

 

Testimoni 4

haid lambat

Anda ingin dibantu untuk masalah haid tak teratur?

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883

WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.