Haid Tak Teratur Mungkin Tanda Hormon Wanita Tak Seimbang

kitaran haid tak teratur

Haid Tak Teratur Mungkin Tanda Hormon Wanita Tak Seimbang

Bila cerita pasal hormon wanita yang tak seimbang, ia adalah 1 topik yang susah sebenarnya untuk seimbangkan balik. Hormon yang stabil boleh membantu kita untuk jalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan menjalankan hidup yang kita impikan.

Walaupun hormon wanita dihasilkan di ovari, tapi sebenarnya banyak benda-benda lain yang mempengaruhi hormon ini. Termasuklah kesihatan sistem penghadaman, kelenjar yang ada kat otak, kelenjar adrenal, tiroid dan pendedahan keadaan kepada bahan kimia yang juga terdapat dalam skincare dan kosmetik.

Jadi, dalam artikel ni saya nak share macammana keadaan hormon tak stabil ni dan bagaimana nak betulkan balik.

Sebelum tu, anda boleh tonton video ni dulu.

 

Hormon Wanita Yang Utama

1. Estrogen – Fungsinya untuk membina lapisan dalam uterus yang penuh dengan salur darah untuk persediaan jika berlaku persenyawaan.

2. Progesteron – Homon yang membantu untuk merehatkan otot dan membantu menebalkan lapisan dinding rahim tu dan sangat perlu untuk memastikan kandungan itu dapat diteruskan. Jika hormon progesteron rendah, risiko keguguran adalah lebih tinggi.

3. Testosteron – Hormon yang diperlukan menaikkan nafsu seksual dan dihasilkan di ovari dan kelenjar adrenal.

4. DHEA – Hormon ini menjadi pemula kepada hormon-hormon pembiakan yang lain

5. FSH – nama penuhnya follicle-stimulating hormon yang membantu kematangan kantung-kantung yang mengandungi telur wanita

6. LH – nama penuhnya Luteinizing hormon yang membantu pembebaskan telur matang daripada kantungnya.

Kitaran Haid Yang Biasa

Di Asia, rata-rata wanita dapat haid pertama dalam umur 12-14 tahun dan mengalami menopaus lebih kurang 50-55 tahun.

Dalam kitaran haid yang tipikal, kitarannya ialah selama 28-30 hari. Sebab itu setiap bulan wanita mengalami haid.

HARI 1 – Permulaan fasa folikular

  • Hari 1 ialah hari pertama haid
  • Pada peringkat ini hormon estrogen dan progesteron ialah lebih rendah
  • Kelenjar di pituitari mula membebaskan FSH
  • FSH mematangkan folikel yang mengandungi telur yang belum matang
  • Folikel ini menghasilkan lebih banyak estrogen untuk menebalkan lapisan dalam rahim untuk persediaan jika berlaku kehamilan.

HARI 12-14 – Fasa ovulasi

  • Bila estrogen makin meningkat, hormon LH pula ada dibebaskan daripada kelenjar pituitari dan testosteron turut meningkat
  • Bila LH makin tinggi, telur yang matang itu akan dibebaskan
  • Pada fasa ini, hormon progesteron perlu lebih tinggi untuk memastikan dinding rahim yang tebal tadi maintain dan bersedia jika berlakunya persenyawaan.

HARI 14-28

  • Jika berlaku persenyawaan, hormon progesteron dan estrogen akan terus tinggi untuk meneruskan kandungan.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, hormon estrogen dan progesteron akan menurun dan pendarahan akan berlaku
  • Maka, kitaran haid itu diteruskan.

haid tak teratur

Apa Yang Berlaku Jika Anda Mengalami Masalah Hormon Tak Teratur?

Ada banyak simptom yang boleh berlaku jika hormon wanita terlalu tinggi atau terlalu rendah. Namun, kadang-kadang tak ramai yang menyedari masalah itu kerana masalah haid ni 1 benda yang sensitif dan seringkali dianggap sebagai masalah biasa.

Contoh yang paling senang nak kaitkan ialah menopaus. Menopaus berlaku apabila hormon wanita berada pada yang yang rendah. Secara teknikalnya, menopaus adalah keadaan estrogen-dominan sebab masa tu progesteron sangat-sangat lebin rendah. Estrogen berada pada paras yang lebih rendah semasa haid, badan masih menghasilkan estrogen daripada sel lemak dan kelenjar adrenal.

Kemungkin Punca Masalah Hormon Tak Seimbang

1. Masalah tiroid – tiroid memainkan peranan penting dalam mengawal hormon pembiakan. Jika hormon tiroid tidak berfungsi dengan baik, maka paras hormon lain tak stabil dalam badan.

2. Keradangan dalam usus

3. Gangguan pada kelenjar adrenal – termasuklah tak cukup tidur dan stress.

4. Berat badan meningkat atau turun, perubahan makanan dan kekurangan nutrien

5. Terdedah kepada toksin iaitu xenostrogen

6. PCOS (polycystic ovarian cyst)

Tanda-Tanda Hormon Tak Stabil

Tanda estrogen rendah

  • Gangguan tidur – terutamanya sering terjaga masa tidur
  • Kekeringan pada vagina dan sakit semasa hubungan intim
  • Haid tak teratur atau tidak haid
  • Mood swings atau kemurungan
  • Tak dapat fokus dan berfikir dengan baik
  • Sakit kepala
  • Sakit payudara
  • Kurang keinginan untuk bersama suami
  • Keletihan tanpa sebab

Tanda progesteron rendah

  • Sakit kepala
  • Lebih moody, gementar dan kemurungan
  • Kurang keinginan untuk bersama
  • Haid tak teratur
  • Berat naik
  • Fibroid
  • Endometriosis
  • Kerap keguguran bila mengandung
  • Masalah tiroid

kitaran haid tak teratur

Cara Semulajadi Untuk Mengembalikan Kestabilan Hormon

Yang paling utama sekali, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda. Dapatkan nasihat yang betul dan sesuai dengan keadaan kesihatan anda daripada orang yang pakar.

Selalunya masalah hormon tak stabil ni akan diberi pil hormon, namun sebenarnya nak stabilkan hormon bukan semudah dengan pil hormon, sebab itu bukan cara semulajadi.

Ada beberapa cara semulajadi yang mungkin boleh membantu mengembalikan kestabilan hormon wanita, ini termasuklah:

1. Betulkan sistem badan yang lain

Sistem badan kita berkait antara satu sama lain, maksudnya jika anda mengalami masalah hormon tak stabil, penyebab dia mungkin berpunca daripada sistem yang lain.

Antaranya ialah sindrom leaky gut ataupun dalam Melayunya sindrom usus bocor. Sindrom ni berlaku akibat keradangan yang tinggi dalam usus, maka usus tak dapat menyerap nutrien yang baik daripada makanan kita.

Selain daripada tu, kita kena jaga kelenjar adrenal kita yang menghasilkan pelbagai hormon, termasuk hormon DHEA. Stress boleh menyebabkan lebih banyak kortisol dihasilkan, dan juga dihasilkan daripada DHEA. Jadi, hormon progesteron akan berkurangan.

Kemudian, kurangkan pendedahan kepada toksin daripada persekitaran, terutamanya dalam skincare dan kosmetik. Banyak bahan kimia di persekitaran kita ialah xenostrogen yang bertindak menganggu kestabilan hormon.

2. Senaman

Senaman yang disarankan untuk mengawal hormon ialah senaman yang boleh menyingkirkan lemak. Kalau nak search kat You Tube boleh cari High Intensity Interval Training.

Saranan Pemakanan

Pilihlah makanan yang mengurangkan keradangan, termasuk asid lemak omega 3, air yang ditapis dan banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian.

Saya juga sangat cadangkan anda tambahkan suplimen antioksida dan antiradang yang sangat powerful yang boleh membantu membaikpulih sel dan melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas yang mana boleh menyebabkan berlakunya masalah hormon tak seimbang.

Selain itu suplimen ini juga membantu kestabilan hormon secara langsung.

haid tak teratur

datang bulan tak teratur

 

Untuk dapatkan produk ni dan konsultasi percuma, boleh hubungi Fyda di 012 621 1883, atau klik link ini

Saya Nak Bantu Hormon Tak Stabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.