Gembirakan Hati Ibu Dengan Kurangkan Sakit Sendinya

cara kuatkan tulang belakang

Gembirakan Hati Ibu Dengan Kurangkan Sakit Sendinya

Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan, malah ada yang sanggup melakukan apa saja, sanggup mengeluarkan sejumlah besar duit untuk kecantikan.

Salah satu produk yang cukup popular dikalangan wanita ialah kolagen. Sekarang ni memang banyak sangat produk kolagen di pasaran, sampai rambang mata nak pilih.

Kolagen sebenarnya bukan untuk kecantikan sahaja, malah kesihatan secara keseluruhan. Kolagen adalah antara binaan penting dalam tubuh kita. Kolagen bukan sahaja ada dalam kulit untuk membentuk kulit yang anjal dan tegang, malah turut menjadi komponen tulang untuk memastikan tulang yang kuat, dalam sendi, rambut, kuku malah dalam mata dan organ-organ dalaman yang lain.

Kolagen dihasilkan secara semulajadi dalam badan, namun apabila usia mencapai 20-an, penghasilan kolagen semakin berkurang dan apabila usia sudah meningkat proses penuaan berlaku dan paling ketara kelihatan pada kulit, sendi dan mata.

cara kuatkan tulang belakang

Saya kongsikan testimonial seorang wanita yang berusia 50 tahun dengan pengalamannya bersama kolagen Shaklee.

………………………………………………………………………………………………

EMAKKU DAH GILA COLLAGEN!!!

Hahahaha. Memang betul mak saya dah gile collagen. Mak saya umur 50 tahun, dah penceh, dok umah jaga cucu (bukan anak saya, tapi anak kakak)

Mula-mula, saya kasi dia Ostematrix, coz katanya nak solat malam-malam lutut sakit, masa tu tak keluar lagi AJHT. Pastu ok dah. Lepas tu katanya tak ada ke untuk hilang penan macam spirulina, saya kasi dia alfalfa.

Lepas tu katanya tak ada ke yang boleh hilangkan pigmentasi, eyebag segala. Kebetulan keluar pula collagen. Sebab dulu dia pernah makan Imedeen. So, dia makan dan alhamdulillah baru seminggu makan nampak kesannya. Tiada lagi eyebag, tiada lagi pigmentasi, tak cepat penat, sendi pun tak sakit dah.

Sekarang tiap bulan dia minta collagen sebab dia makan selang sehari, katanya nak cukupkan 30 hari. Suka hati mak la.

Bukan nak riak, tapi mak saya memang seorang yang sangat jaga makan. Air masak adalah teman setia dia. Jarang sekali dia minum air sejuk atau kordial. Makan pun sikit-sikit je, memang mak saya lebih ramping dari saya tau. Saya pun jeles. Now, tiap-tiap bulan dia akan request collagen bila stok dan abis.

So maybe u all pun boleh bagi 1 pada mak korang. Sebagai hadiah pada mak tiap bulan kan.

~Nurul Radhiah~

kuatkan tulang

Bagaimana kolagen membantu tulang yang kuat.

Tulang yang matang dibina oleh protein dan mineral. Lebih kurang 60% berat tulang adalah mineral yang paling utama iaitu, kalsium & fosfat. 40% lagi adalah air dan protein matriks yang terbentuk sebelum mineral mendap dalam tulang & berfungsi seperti kerangka. 90% protein matriks adalah kolagen yang merupakan protein paling banyak dalam badan manusia. Kolagen sangat kuat dan membentuk tulang, tendon, kulit dan tulang rawan.

Untuk mudah faham bagaimana kolagen menguatkan tulang, bayangkan kita ada tali, gam dan simen. Bagaimana nak gabungkan bahan-bahan ini supaya jadi 1 struktur yang kuat?

Yang pertama, kita jalinkan (seperti dandan rambut) tali supaya menjadi tali yang lebih tebal dan kuat. Kemudian lekatkan dengan gam supaya tali itu menjadi lagi tebal macam tali kapal. Simen tadi dicampur air dan tuangkan ke atas tali. Dengan cara tu, simen akan memenuhi ruang diantara tali dan menambah kekuatannya.

Begitulah analogi bagaimana kolagen membantu menguatkan tulang. Jadi, cuba bayangkan kalau tulang tak cukup kolagen. Hanya dipenuhi dengan mineral kalsium dan fosfat, tentulah tidak sekukuh jika ada rantaian kolagen.

Bagaimana kolagen mengurangkan sakit sendi

Lebih kurang 30% protein dalam badan adalah berasaskan kolagen. Untuk sendi, kolagen membantu mengembalikan keanjalan sendi akibat proses penuaan yang menjadikan sendi sakit dan mengeras. Kolagen juga dikatakan boleh mengurangkan keradangan dan turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi.

Kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat kolagen terhadap sendi, yang mana kolagen jenis II lebih banyak membantu mengurangkan sakit sendi.

Dengan menjadikan sendi lebih anjal, kolagen membantu melindungi sendi daripada kecedaraan fizikal dan menjadikan sendi lebih kuat.

 

Tentu seronokkan sebagai anak bila boleh menggembirakan ibu bapa? Ibu bapa ni kadang-kadang mereka tak inginkan wang ringgit pun daripada anak-anak, mungkin kesihatan yang lebih baik itu membuatkan mereka gembira dan bahagia. Jadilah antara anak yang membahagiakan mak ayah.

Hubungi saya untuk tempahan produk atau sebarang konsultasi.

Fyda Noh : 012 621 1883

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *