Gatal Badan Alahan Makanan Laut, Bagaimana Nak Kurangkan Histamin Secara Semulajadi? 

alahan udang

Gatal Badan Alahan Makanan Laut, Bagaimana Nak Kurangkan Histamin Secara Semulajadi?

Ramai orang yang kehairanan kerana tiba-tiba ada alergi pada usia dewasa walaupun sebelum ini tak pernah pun alahan pada benda tu. Apa yang berlaku bila seseorang tu mengalami masalah alahan atau alergi.

Nak tau apa yang berlaku?

Ia berpunca daripada histamin, yang merupakan 1 bahan yang dihasilkan oleh sel kita dan juga ada dalam makanan yang merupakan pencetus kepada alahan. Bila histamin meningkat dalam badan, ia boleh menyebabkan gatal, bersin, hidung berair, sakit perut atau diarea. Untuk orang yang ada alergi, sangat bagus la untuk ambil tahu jenis-jenis makanan yang tinggi histamin dan rendah histamin untuk mengawal masalah alergi ni.

Jom Ambil Tahu Pasal Histamin

Histamin adalah bahan yang dihasilkan daripada sejenis asid amino yang dipanggil histidin. Histamin dihasilkan oleh sel imun kita yang namanya basofil dan mast cells, dan bahan ni mempengaruhi imun atau keradangan dalam badan. Histamin melebarkan salur darah, menyempitkan otot saluran pernafasan, meningkatkan cecair dalam perut dan merupakan neurotransmitter yang bertindak di otak.

Histamin menjadikan lapisan kapilari darah lebih telap, maksudnya sel-sel yang besar termasuk sel darah putih dan protein boleh melalui salur darah untuk menyerang benda asing yang masuk ke dalam badan. Respon ini bergantung kepada reseptor histamin yang berada pada sel.

alahan udang

Bagaimana Histamin Mencetuskan Alergi?

Dalam badan, histamin akan diuraikan oleh enzim diamine oxidase (DAO), jadi jika histamin yang dihasilkan melebihi histamin yang diuraikan, maka seseorang itu akan mengalami alahan.

Ini mungkin boleh berlaku jika anda makan makanan yang tinggi histamin atau makanan itu menjadikan sel menghasilkan lebih banyak histamin. Ataupun jika badan tak boleh hasilkan enzim DAO yang cukup untuk menguraikan histamin. Ada beberapa keadaan yang menjadikan enzim DAO rendah:

  • Makanan yang menghalang DAO atau meningkatkan penghasilan histamin.
  • Ubat-ubatan yang menghalang penghasilan dan fungsi DAO
  • Makanan yang tinggi dengan histamin dan menghalang fungsi DAO
  • Masalah kesihatan seperti sindrom usus bocor (leaky gut) dan keradangan usus (IBD)

Ubat-ubatan dan masalah usus ni mungkin kita tak boleh kawal la, tapi kita boleh kawal apa yang kita makan. Jadi, di sinilah kita perlu tahu apa kah makanan yang tinggi dengan histamin. Dan ada juga makanan yang mungkin meningkatkan histamin dalam badan seseorang. So, yang ini sendiri kena kenali dan mungkin perlu elak makanan itu la.

Apakah Makanan Rendah Histamin Dan Bagaimana Makanan Ini Membantu Mengurangkan Sensitif Kepada Histamin?

Diet yang rendah histamin direka untuk orang yang mengalami masalah sensitif kepada histamin. Ini termasuklah makanan yang memang tinggi dengan histamin dan meningkatkan penghasilan histamin dalam badan. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa makanan ini boleh mengurangkan simptom alergi seperti ruam dan keradangan pada kulit.

Makanan ini membantu untuk membuang histamin yang berlebihan atau bahan-bahan yang mencetuskan penghasilan histamin dan mencegah daripada berlakunya alahan yang kronik.

Tapi sebelum tu, bagaimana nak tahu anda sensitif kepada histamin.

Bagaimana Nak Tahu Anda Sensitif Kepada Histamin

Langkah-langkah nak tahu adakah anda ni sensitif kepada histamin ialah:

  • Jika anda pernah mengalami simptom alahan.
  • Catat setiap makanan atau apa-apa yang anda guna (contohnya sabun ke, skincare ke) yang menjadikan alahan tu muncul
  • Cuba berhenti makanan atau apa-apa yang anda guna tu dan catatkan perubahannya

Makanan Yang Tinggi Dengan Histamin

Kandungan histamin dalam makanan sebenarnya susah nak dipastikan. Bergantung kepada berapa lama dah makanan tu dan macammana makanan tu diproses, mungkin makanan yang sama mengandungi paras histamin yang berbeza.

Secara kasarnya, makanan yang segar paling rendah histamin dan makanan yang dijerukkan atau makanan proses mengandungi kandungan vitamin yang paling tinggi. Dan tindak balas ni juga berbeza antara setiap orang.

Antara makanan yang tinggi dengan histamin ialah:

  • Cuka
  • Jeruk
  • Kimchi
  • Tomato
  • Minuman alkohol
  • Terung
  • Makanan dalam tin
  • Daging yang diproses – contohnya sosej
  • Bayam
  • Makanan yang dihasilkan daripada yis
  • Yogurt
  • Keju
  • Kefir

Makanan Yang Mungkin Mencetuskan Penghasilan Histamin

  • Pisang
  • Kekacang
  • Rempah
  • Makanan laut
  • Koko
  • Putih telur
  • Pengawet makanan
  • Betik
  • Nenas
  • Tomato
  • Oren
  • Lemon
  • Strawberi

Makanan Yang Mungkin Menghalang enzim DAO

  • Kafein
  • Alcohol
  • Minuman tenaga

Makanan Yang Rendah Histamin

  • Quinoa
  • Nasi
  • Epal
  • Tembikai
  • Anggur
  • Sayur-sayuran segar
  • Santan
  • Telur
  • Teh herba

Selain itu, anda boleh amalkan tips pemakanan yang saya kongsikan di bawah.

Tips Pemakanan Untuk Histamin Rendah

  • Cuba amalkan makanan yang segar
  • Masak sendiri di rumah
  • Elakkan makanan proses dan makanan ringan
  • Makanan vitamin dan suplimen selepas berbincang dengan doktor anda
  • Jumpa dietitian dan rancang pemakanan anda
  • Kenal pasti pencetus dan penyebab alahan
  • Jaga kebersihan dalam rumah

Vivix, Suplimen Terbaik Untuk Mengawal Alahan

Vivix adalah suplimen keluaran syarikat Shaklee yang sangat tinggi antioksida dan polifenol tumbuhan. Antara polifenol yang terdapat dalam Vivix ialah resveratrol, namun Vivix adalah 10kali lebih hebat daripada resveratrol sahaja.

alahan

 

alergi makanan laut

Selain daripada Vivix, ada suplimen lain yang boleh membantu anda yang ada masalah alahan yang kronik, iaitu Nutriferon, DTX yang mengandungi milk thistle dan vitamin C.
Hubungi Fyda untuk info lanjut dan konsultasi di 012 621 1883, atau boleh klik link di bawah

Masalah Alahan Makanan Laut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.