Buta Akibat Diabetes, Bagaimana Cara Kurangkan Risiko?

komplikasi kencing manis

Buta Akibat Diabetes, Bagaimana Cara Kurangkan Risiko?

Apabila seseorang disahkan menghidap diabetes atau kencing manis, bermakna dia harus bersedia dengan pelbagai komplikasi yang akan berlaku akibat penyakit ini. Kencing memang boleh mengganggu fungsi semua organ dalam tubuh. Yang paling dirisaukan ialah gangguan kepada mata kerana nikmat penglihatan boleh terganggu. Oleh sebab itu, pesakit kencing manis bukan sahaja perlu dipantau paras gula, malah termasuk fungsi penglihatan dan organ-organ lain untuk mengesan kerosakan awal dan tindakan sewajarnya boleh diambil.

Mata dan penglihatan

gangguan penglihatan

Untuk lebih faham apa yang berlaku dalam masalah penglihatan ini, kita bincang sedikit bagaimana mata berfungsi. Mata adalah objek bebola yang dilindungi oleh membran luar yang tebal.Pelindung di bahagian depan lutsinar dan melengkung. Kawasan yang melengkung itu ialah kornea yang menumpukan cahaya disamping melindungi mata.

Apabila cahaya melepasi kornea, ia akan melalui ruangan cecair yang dipanggil ruangan hadapan (anterior chamber) yang dipenuhi cecair yang dipanggil cecair aqoues. Kemudian, cahaya akan masuk ke dalam anak mata, dan difokus atau ditumpukan oleh kanta mata. Akhirnya dia akan melalui ruangan belakang (posterior chamber) yang juga dipenuhi oleh cecair dan akhirnya melalui retina di mana reseptor-reseptor yang sensitif kepada cahaya berada.

Retina akan menghantar signal imej yang dilihat ke otak.

Gangguan penglihatan pada peringkat awal

Gangguan penglihatan pesakit kencing manis pada pesakit diabetes pada peringkat awal berlaku kerana kandungan gula darah yang tinggi menyebabkan kanta mata mengembang. Lalu proses untuk menumpukan cahaya tidak dapat dilakukan dengan baik. Apabila paras gula dapat dikawal, seseorang itu akan mendapatkan kembali penglihatannya. Jadi, adalah penting pesakit kencing manis memastikan paras gulanya terkawal.

Namun, penglihatan kabur juga merupakan gejala awal daripada masalah mata yang lebih besar akibat diabetes itu sendiri. Tiga masalah besar yang sering terjadi kepada pesakit kencing manis ialah:

1. Katarak

2. Glaukoma

3. Retinopati diabetik (berkaitan saraf)

Untuk post kali ini, saya hanya akan membincangkan mengenai retinopati diabetik sahaja.

Retinopati Diabetik

Retinopati diabetik merupakan salah satu komplikasi diabetes yang serius dan sebab utama buta dikalangan orang dewasa yang berusia 30 dan 65 tahun. Ini adalah keadaan yang melibatkan kerosakan kepada saluran darah di retina. Jadi, retina juga turut rosak dan tidak dapat berfungsi sebagai pengesan cahaya.

Bagaimana retinopati diabetik terjadi?

Paras gula yang tinggi akan meningkatkan pengaliran darah ke retina. Ini menyebabkan saluran darah mengembang dan turut meningkatkan bahan-bahan yang mendap pada saluran darah dan menyebabkannya menyempit. Salur darah yang tersumbat ini akan merangsang pertumbuhan salur darah baru untuk menghantar nutrisi yang cukup kepada retina. Namun, salur darah ini sangat rapuh dan boleh pecah sehingga menyebabkan penglihatan kabur.

Gejala retinopati diabetik

Pada peringkat awal, umumnya retinopati diabetik tiada apa-apa gejala. Kalau ada pun, hanyalah kabur penglihatan yang ringan. Oleh sebab itu, retinopati diabetik biasanya dikesan melalui pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, mungkin pemeriksaan ini dijalankan setahun sekali. Sekiranya terdapat tanda-tanda retinopati diabetik, pemeriksaan mata akan dilakukan dengan lebih kerap.

Tapi, jika paras gula darah terus meningkat dan tidak dikawal dan tiada pencegahan atau pemeriksaan mata, maka penghidap kencing manis mungkin boleh mengalami gejala berikut yang menunjukkan mata sudah semakin rosak.

  • Nampak bintik-bintik pada pandangan
  • Titik gelap pada bahagian tengah pandangan
  • Sukar melihat pada waktu malam
  • Pandangan semakin kabur atau mungkin buta

komplikasi kencing manis

Pencegahan retinopati diabetik

1. Pengawalan gula dan tekanan darah

Mahu tak mahu, paras gula perlu dikawal dengan makan ubat mengikut saranan doktor. Dengan pengawalan gula, risiko retinopati diabetik dapat dikurangkan.

Begitu juga dengan pengawalan tekanan darah untuk penghidap tekan darah tinggi dikatakan memberi manfaat untuk mengurangkan risiko terjadinya retinopati diabetik.

2. Amalkan cara hidup yang sihat

Mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis, bersenam da elakkan merokok.

3. Mengikut nasihat doktor dan makan ubat seperti yang diarahkan.

Ini adalah paling penting kerana tidak ramai pesakit yang suka makan ubat atau cucuk insulin. Tapi terpaksalah bersabar untuk kesihatan. Dan jangan lupa ikut temujanji yang ditetapkan. Sekiranya ubat hampir habis dan tidak cukup sehingga temujanji seterusnya, pastikan bekalan ubat sentiasa ada sama ada dengan beli sendiri di farmasi atau pergi saja ke klinik untuk ambil ubat.

Suplemen Untuk Melindungi Mata Pesakit Kencing Manis

Saya sangat suka nak cadangkan Vivix Shaklee kepada semua pesakit kencing manis supaya dapat menjalani kehidupan lebih sihat. Vivix bukanlah ubat untuk menyembuhkan kencing manis, tetapi salah satu bahan aktif dalam Vivix iaitu resveratrol telah mendapat perhatian saintis kerana memberi impak yang positif kepada kesihatan.

Melalui banyak kajian, resveratrol terbukti dapat

1. Menurunkan paras gula puasa – yang menjadi indikasi kepada kemampuan badan untuk mengawal gula.

2.Mengurangkan kerintangan insulin, sekaligus meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin.

3. Meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Kolesterol HDL akan membantu mengangkut kolesterol berbahaya daripada aliran darah.

Secara tak langsung resveratrol membantu mengawal paras gula dalam darah. Dan ini sangat membantu untuk mencegah atau melambatkan komplikasi kencing manis.

rawat katarak

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan atau order Vivix untuk kesihatan mata, boleh whatsapp saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

Atau jika nak dapatkan sendiri Vivix secara online, boleh klik link di bawah..

Saya nak kawal penyakit kencing manis. Kemudian, boleh hubungi saya untuk info lanjut

Sumber : Diabeticforecast
Davidson’s Principle & Practice of Medicine

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *